4 Jul 2011

17 Ahli PAS Jasin Direman 3 Hari Kerana Miliki Baju BERSIH

Tujuh belas ahli dan pemimpin PAS Melaka ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memiliki baju-T BERSIH.

Antara yang ditahan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Yuhaizad Abdullah, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jasin, Fauzi Maelah, Adnan Abu, Ali Mahadi, Abd Hannan, Ibrahim Talib, Ust Hasri, Ust. Sofi, Azizan Anuar, Tn Hj Samsudin dan beberapa ahli PAS Jasin.

Mereka ditahan berikutan kerana dikatakan tindakan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih, 9 Julai ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua mereka ditangkap kira-kira 1.15 petang selepas bertindak mengedar risalah mempromosi perhimpunan haram itu, selain terdapat kemeja T kuning tertera logo Bersih.

“Serbuan dan tangkapan dilakukan kerana dua sebab iaitu berkaitan tindakan mengajak orang ramai untuk menghadiri perhimpunan itu nanti.

“Semasa serbuan polis turut menemui sebanyak 113 kameja T tertera logo Bersih serta tulisan tertera tuntutan pertubuhan haram itu di bahagian belakang, selain sebanyak 303 risalah mempelawa ahli untuk hadir bersama-sama ke perhimpunan itu nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Ghee Lye, polis akan melakukan siasatan segera untuk diambil keterangan dan sekiranya tiada halangan, akan dibebaskan selepas siasatan selesai.

“Penangkapan ini selaras dengan tindakan diambil polis seluruh negara bagi menghalang perhimpunan haram berkenaan,” katanya.

Kesemua mereka ditahan telah dibawa ke mahkamah di Ayer Keroh pagi ini.

Semalam blog ini melaporkan polis telah bertindak masuk ke perkarangan Pejabat PAS Jasin di Simpang Kemendor dekat sini kira-kira jam 1.00 petang sebaik sahaja selesai Seminar PAS Ganti Umno yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jasin yang bermula pada jam 9.00 pagi.

Seramai 30 orang anggota polis yang berpakaian preman telah merampas kira-kira 200 helai baju Bersih 2.0.

Sementara itu beberapa orang polis yang beruniform yang lain menunggu di luar.

Dalam pada itu kesemua ahli PAS yang ada di perkarangan pejabat tersebut dihalang dari meninggalkan pejabat tersebut sehingga tangkapan dibuat.

Semua kenderaan diperiksa, nama tuan punya kenderaan dan nombor telefon masing-masing diambil.

9 ulasan:

Awanama berkata...

pakai baju 1 malaysia berdaftar dengan ROS? semoga allah tumbangkan pemerintah BN dan UMNO

Awanama berkata...

adakah MAHAFIRAUN sudah kembali? MAHAZALAIM sudah mula menunjukkan taringnya.....

Awanama berkata...

kalau rakyat malaysia terutama pemuda tak bangun sokong BERSIH nanti hutang PTPTN sampai tua, bila anak cucu pula belajar hutang makin bertambah, pemimpin UMNO makin kaya, rakyat makin kayap

Awanama berkata...

Insyaallah kami pemuda di malaysia sokong BERSIH dan akan turun ramai-ramai, lagi pun bukan ada kerja dah jadi penganggur terhormat berijazah, kalau setakat nak sapu sampah, tak payah masuk IPT

Awanama berkata...

pemerintah BN macam raja zaman dulu yang zalim, tengok orang pakai baju bersih nak rampas, kalau pakai baju kotor dan koyak rabak bagus, biar kasta UMNO saja pakai baju yng bersih

Awanama berkata...

JOM RAMAI-RAMAI SOKONG BERSIH 2, KITA SAYANG NEGARA DARI DIJAHANAMKAN OLEH UMNO, ANAK CUCU KITA NANTI NAK TINGGAL MANA?

Awanama berkata...

UMNO parti haram, asyik nak buat kerja haram, dia buat khutbah halal, orang islam buat khutbah haram, orang buat kerja halal dia kata haram, dia buat kerja haram dia kata halal, UMNO memang parti haram

lawyerbersih berkata...

Atas dasar dan undang-undang mana pulak orang Jasin ni kena reman? Yang kena reman tu,elok saman balik polis,IGP dan kerajaan kerana sudah melanggar Perlembagaan Malaysia.Bersih diharamkan tidak ikut peraturan betul atau melalui Parlimen.Akta mana yang haramkan Bersih?Akta mana yang larang orang pakai baju kuning?Biar ramai yang saman balik kerajaan,baru padan muka.

Awanama berkata...

umno sudah jadi seperti yahudi,kalau yahudi tidah menghurmati piagam bangsa2 bersatu umno tidak menghurmati perlembagaan malaysia,kalau yahudi membunuh orang islam plastin umno telah membunuh penduduk memali,kalau yahudi tidak menghurmati hamas apabila menang pilihan raya pelastin umno tidak menghurmati pr yang menang plihanraya negeri perak.