22 Jul 2011

BERS✔H: Tayangan Video Versi PDRM - Nak Bodohkan Rakyat Pun Biarlah Berpada-pada

Bersih : Polis Tutup Kezaliman Diri, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.

Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong." tambahnya. -tvnews


Video 'layanan baik' polis ditayangkan

Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasuki kawasan hospital),” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.

Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan “layanan baik” mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.

Semua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.

Sesi tayangan dan taklimat selama sejam 30 minit itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, bagi menjawab salah laku yang didakwa dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2,0 pada hari berkenaan. -mk




Ulasan GB

Seperti dijangka, Polis hanya menyiarkan klip video yang cantik dan yang wangi untuk PDRM, tetapi yang hodoh, yang buruk yang kejam tidak disiarkan.

Nak membodohkan orangramai. Disangkanya orangramai juga bodoh seperti mereka.

Polis mendakwa mereka diprovokasi. Sedangkan yang polis sendiri memprovokasi tidak pula didedahkan.

Satu dunia dah saksikan dan dah tahu keganasan polis pada perhimpunan BERSIH 9 Julai. Agensi berita luarnegara seperti Al-Jazeera, BBC, AP, AFP, malah dari negara jiran seperti Indonesia dan Singapura juga membuat liputan. Semua mereka berbohong?

Come on police, be real. You can fool some of the people all the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all of the people all the time.

Ini bukan zaman batu, bukan zaman Ahmad Nisfu. Ini zaman teknologi. Ini zaman I.T. Ini zaman maklumat di hujung jari.

Seperti yang GB selalu utarakan, bukan kita menghasut orang membenci polis, tetapi tindakan polis sendirilah yang selama ini menyebabkan mereka dibenci.


17 ulasan:

Lang berkata...

videonya blur la bro.. lepas tu wajah penunggang tak nampak... apa yg terjadi dibelakang pajero pon tak tahu...

pulis pon claim abg mat menipu... doktor mana yg disuruh buat laporan? betul ke x-ray tu kaki bang mat?...

persoalan yg sebenar hanya abang mat, yang bawa motor, doktor yg rawat dan pak pulisi yg terlibat je yg tahu hal sebenar... siapa tipu, siapa bohong, siapa benar, siapa salah hanya mereka yg terlibat je yg tahu... kalau lihat luaran masing2 claim dia yg betul..

putera ledang berkata...

DASAR POLIS JAHAT MANA NAK MANGAKU. DIA SAJA YG BETUL ORG LAIN SEMUA NAK FITNAH DIA. MATI BALIK HIDUP TAK KAN MENGAKUNYA, LAGI BOLIH SPIN DIA AKAN SPIN SAMPAI PENING orgramai,mana tak hari cakap lain, esuk kpn cakap lain,tulat t/kpn lain juga pening....

antahberantah berkata...

Tayang video tu dalam kelambu KPN lagi baik. Biar sakatsuku dia yang nonton dan siok sendiri

Sports berkata...

always in the state of denial... mat sabu kata kene langgar land rover polis... video tu tunjuk tak langgar pun... orang Islam yg menipu korang julang jadi pemimpin?...

apsal GB tak comment pasal ulasan mat sabu awal2 dulu tu? kenapa dia taknak buat ulasan melainkan di mahkamah? percaya plak dia kat mahkamah? media pembangkang banyak, kasi explain laa...

mmg dah dunia akhir zaman, ingatkan berkopiah berkain pelikat nak perjuangkan agama last2 menipu n bekerjasama sama lawyer lina joy... lebih kurang korang pakai baju liverpool dulu tulis carlsberg pegi masjid, tok imam marah tapi jawap bukan minum pun cuma pakai...

adi360 berkata...

pelik jugak.. kata cctv, tak sangka plak kedudukan cctv tu rendah begitu.. rasa tingginya macam paras lampu depan pajero.. cctv salalunya dipasang pada kedudukan yang tinggi supaya video yang dirakam jelas menampakkan keadan sekeliling..

Tanpa Nama berkata...

Serius, kalau tak sentuh motosikal tu pun, dengan pemanduan merbahaya land rover tersebut yang bergerak laju di depan motosikal dengan keadaan kelihatan sengaja menghadang dengan secara berdepan motosikal tersebut, sudah cukup untuk menyebabkan kemalangan.

Kalau penunggang motosikal tak membrek atau memperlahankan motosikal , dah tentu beliau sudah melanggar land rover tersebut secara berdepan dan kepalanya terhantuk cermin sisi land rover.

Saya sendiri pernah mengalami kemalangan hampir sama semasa sebuah kereta memintas motosikal saya semasa ingin membelok masuk ke simpang. Walaupun sedikit sentuhan dari kereta yang laju sudah boleh menyebabkan motosikal hilang imbangan dan terjatuh.

Beruk Ketawa berkata...

Nama pun 'Polis UMNO'.

Takkan 'Polis UMNO' nak persalahkan UMNO.

Bila pertahankan Kebenaran POLIS, maknanya pertahankan UMNO la tu. Takkan kau orang tak faham-faham.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Begitu mudah menyalahkan polis. Berceramah seluruh negara kata LandRover langgar dia 'heads-on' nak dramatisekan cerita. Itulah yang polis cuba jawab. Dengan bukti & fakta harus dijawab dgn bukti & fakta, bukan dengan hati & perasaan.
Kalau benar polis zalim & langgar SOP, rakyat akan tentang polis. Kalau benar polis difitnah, hak rakyat utk sokong.

Amalkan Islam kah anda? Mudah menyalahkan orang lain selain dari diri sendiri.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

anon 8:06

Apa Mat Sabu kata? Beliau menyatakan beliau akan jawab di mahkamah. Di situ bukti dan fakta akan dibentang. bangang!

Tanpa Nama berkata...

anon 8:06

kenapa 2 minggu baru tayang....kalau benar PDRM tak ganas dan mempunyai bukti yang sahih mengapa tak tayang dari awal, paling lambat dalam berita jam 8.
tak perlu panggil kumpulan tertentu untuk tonton..serah kepada rakyat untuk menilai...
kepada anggota PDRM, kami hormat anda jika betul berada d pihak yang benar...tapi cara memberi respon terhadap himpunan bersih, sebelum,semasa dan selepas membuat ramai golongan muda meluat...

Tanpa Nama berkata...

msg2 mmg xkan mgaku salah sendiri,salah masing2..nk kemukakan bukti yg btol2 sempurna mmgla ssh & rumit sket..hanya bole ckp,mgaku,mnafi,mnunjukkan bukti yg seminimum mgkn jerla...hakikatnya,kebenaran pasti akan muncul jgk nnt..sapa benar,sapa yg bersalah...

Tanpa Nama berkata...

CCTV kat mana tu yang rendah sangat tu? tak pernah aku jumpa lagi CCTV kay bahagian luar bangunan serendah nie, Lagi-lahi kalau tepi jalan konfirm kena rembat. Kalau tengok dari Video ketinggian CCTV tu cuma paras dada je. Atau pakai Video Cam je nie, POLIS buat rakaman semula kot, siapa pengarah dan penerbitnya Hisham BAPOK ke?

Tanpa Nama berkata...

Video Bersih versi Polis UMNO Haramjadah lebih kurang sama aje dengan video lucah Eskay... penuh dengan pertanyaan dari jawapan...

Kita perlu hantar video Bersih versi polis itu ke Amerika dulu untuk disiasat sama ada ianya tulen atau tidak.

Kita perlu dapatkan pengesahan dari pakar di Korea dulu sama ada pelakon dalam video tersebut ada lah Mat sabu atau bukan....

Memandangkan rakaman cctv yang dipertontonkan itu pendek dan Land Rover yang memotong motosikal itu seolah-olah telah menghempit motorsikal Mat sabut ketebing jalan sehingga ia dilihat telah tergolek ditepi jalan. Tapi polis UMNO Haramjadah menafikan mereka melanggarnya....

Maka Datuk Salleh Mat Rashid selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam perlu melakukan upacara sumpah laknat dulu sebelum membuat kenyataan akhbar bahawa beliau berkata benar hanya berpandukan rakaman cctv tersebut...

Tanpa Nama berkata...

mengong.. itu cctv nak masuk parking basement laaa.. kasi pegi la tempat tu tengok sendiri... tak payah bagi assumption bodo... aku mula percaya gak dia kene langgar tapi bila tengok kecederaan mmg bodo, kalau langgar head-on at least lutut n bahu la wei... mmg tak pernah alami eksiden motor la tu nak buat cerita...

apapun yg penting KENAPA mat sabu awal2 KATA dia head-on sama land rover, itu saja yg dia kene jawap!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau dilihat tindakan polis terhadap peserta bersih umumnya semasa perhipunan itu aku berani pejam mata mengatakan polis memang sengaja melanggar mat sabu atas arahan pehak atasan begitu juga dsai mereka sengaja dengan niat untok mencederakan dsai tetapi dengan kecekapan bodygard beliau, beliau hanya mengalami sedikit kecedraan sedangkan bodygard dsai mengalami kecederaan sirius dipipi terpaksa melakuan pembedahan.

Tanpa Nama berkata...

Dah..dah...dah...
Tak payah nak bertekak saper betul saper salah.
Nanti kat mahkamah, masing2 jawab ler. Kalau salah, tapi tak dihukum bersalah...@kalau tak salah dihukum bersalah...tu smua dunia jer.
Mahkamah ALLAH S.W.T lebih agung daripada segalanya. Masing2 jawab ler sekadar termampu...selebihnya anggota badan yg menjadi saksi.

Amin berkata...

rasanya Mat Sabu buat laporan polis mengatakan kereta WAJA yang langgar beliau...bukan PAJERO kot...atau saya yang salah baca.