6 Jun 2011

[Video] Pengarah Ditamas Dibebaskan, Khir Menyusul Kemudian?

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan mantan menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di Shah Alam, empat tahun lalu.

Gambar: BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bersama isteri, Datin Seri Zahrah Kechik meninggalkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Terdahulu, Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni (gambar kecil), dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam, empat tahun lalu. - Foto Roslin Mat Tahir

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan namun ia ditunda hingga Rabu ini.

Katanya, ini bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Penangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan perkembangan terbaru itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini.

"Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima,” kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu.

Pada 6 Disember lalu, Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -tvsnews



Ulasan GB

Ini pun sandiwara jugak. Jika masih ingat, Peguam Negara pernah mengarahkan kepada Khir Toyo supaya beliau diam dari mengulas isu pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

GB sudah ulas ketika itu. Petikan:


Apakah ada agenda tersembunyi Peguam Negara untuk menyelamatkan Khir Toyo dengan mengarahkannya supaya berdiam ekoran pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini?

Apakah dakwaan di mahkamah sebelum ini terhadap Khir hanya satu lagi "wayang"?

Dakwa lepas lu dilepaskan jugak.

Alasan penghakiman nanti: tiada kes prima facie, atau pendakwaan tidak mempunyai bukti mencukupi atau macam-macam lagi...

Ia berdasarkan kepada beberapa kes pemimpin UMNO BN yang pernah dibawa ke mahkamah selepas itu dibebaskan, seperti :

Bekas Ketua Pemuda UMNO WP, Datuk Norza Zakaria,
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim,
Bekas Setiausaha UMNO Bhgn Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,
ADUN Mesra UMNO, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi
Bekas ADUN Jelai, Datuk Omar Othman
Bekas ADUN Semenyih, Ahmad Kuris


dan ramai lagi.

Mana ada kes pemimpin UMNO yang pernah dihukum kerana rasuah oleh mahkamah walapun dah berpuloh diseret?


9 ulasan:

Awanama berkata...

kalau BN atau UMNO cepat saja tidak bersalah?

Awanama berkata...

keadilan boleh ditegakkan jika BN tak perintah malaysia lagi?

anak wak parjoe berkata...

Wahai anak watan selangor, soal seseorang itu bersalah atau tidak itu satu bab tetapi tanyalah diri kita secara jujur, seikhlasnya, apakah kita mahukan pemimpin yang menunjukkan kemewahannya sedangkan ada rakyat yang masih menderita....... Bukan soal parti, umno tak apa tetapi biar lah lebih islamik....... ( Kelab penyokong Khir dah bubar ke ? )

Awanama berkata...

Betul anak wak parjeo,

Islam tak beri kita tunjukkan bermewah2 wlu mampu esp pemimpin, nanti rakyat sedih & marah.

Contoh paling mudah, di kalangan adik beradik misalnya, kdng2 ada yg susah sikit tu, tak payah le kita tayang2 barang2 kemas berkebih2 bila balik kg hari raya misalnya. Terkebil2 mata mereka & terguris hati mereka.

Yg paling haru nanti, sbb segan, kemungkinan dia sanggup berhutang supaya tak nampak miskin depan adik beradiknya. Sebaliknya yg kaya tu tolong2 modalkan utk meniaga ke, pelajaran anak2 sedara ke dsbnya.

Tapi ... jgn lupa pantau amalan agama depa. Sbb ramai la ni, miskin harta & miskin amalan Islamnya.

Joe Radzif berkata...

teringat satu khutbah jumaat menceritakan di zaman Khalifah dulu,

ada satu gabenor dari wilayah mana akoo tak ingat,
tapi gabenor tu lah orang yang paling miskin dalam wilayah dia

Awanama berkata...

pemimpin UMNO asalnya papa kedana, tiba-tiba kaya mengejut, apa berlaku sebenarnya?

kembara putih berkata...

Sekarang ni main wayang saja. Yakin 100% Khir Toyo akan dibebaskan kelak dengan alasan pihak pendakwa gagal memberi bukti kukuh.

eden mantin berkata...

Mano ahli kolab ponyokong Khir yang ditubuhkan hari tu ? Apo tunggu lai bagi la komen sikit. Toringoin den nak donga ekau punyo komen..............

Awanama berkata...

ramalan rakyat tepat sekali, SPRM akan membebaskan pemimpin UMNO dari sebarang kesalahan, kalau rakyat kasta bawahan sprm akan tindas habisan.