6 Jun 2011

Tunang Batal Nikah Melalui SMS Gara-gara Telagah Hantaran

Bertelagah baki wang hantaran

KANGAR: “Maafkan sayang abang, abang sayang yang nak jadi wali itu tidak boleh terima abang lagi atas apa yang abang cakap keluarga sayang zalim.”

Begitu antara kandungan SMS diterima jurujual kenderaan dikenali sebagai Aizat 37, daripada bakal isterinya menyebabkan majlis ijab kabul pasangan berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 10 pagi semalam, dibatalkan.

Semuanya berpunca daripada pertelagahan baki wang hantaran yang sepatutnya dipersetujui kedua-dua pihak dilangsaikan ketika majlis akad nikah semalam.

Justeru, Aizat yang berasa dirinya dipermainkan dan ditipu keluarga gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 10 pagi.

Aizat berkata, dia menerima SMS terbabit daripada bakal isterinya berusia 20 tahun yang dikenali sejak tiga bulan lalu jam 11.44 malam kelmarin iaitu 11 jam sebelum majlis akad nikah dijadual berlangsung di sebuah masjid di Simpang Empat, dekat sini. -HM


Tunang batal nikah melalui SMS

AIZAT merenung barang-barang hantaran untuk majlis pernikahan yang dibatalkan oleh tunangnya melalui SMS di Kangar semalam.

KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.

Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.

"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.

"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.

"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.

Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan.-kosmo


5 ulasan:

Awanama berkata...

pelik juga... mestilah duit hantaran diberi sebelum majlis akad nikah! Kalau benar apa yg saya faham, memang 'bakal' pengantin lelaki 'tak betul'

bunbinban berkata...

x jugak. semua ats budi bicara kedua pihak. Tapi membatalkan penikahan di saat akhir mcm tu tak berapa sopan. Mengaibkan. Di sesetengah tempat, bila di satu pihak membatalkan perjanjian maka pihak yg membatalkan perjanjian kena bayar double kat pihak yg satu lg.

Awanama berkata...

Anon1, salah tu.
Bunbinban, u betul.

Tak pe, ada hikmahnya.. klu lelaki tu org baik di sisi Allah, insyaAllah Allah ganti dgn yg lebih baik termasuk keluarganya sekali. Jadi lah & carilah yg no1 --> agamanya. InsyaAllah yg lan2 menyusul.

Ni mesti kes letak duit hantaran tinggi hingga menyusahkan pihak lelaki.

Awanama berkata...

Adat melayu! benda yang mudah disusah-susahkan. Allah halalkan hubungan lelaki & perempuan dengan sangat mudah melalui akad nikah, tapi menjadi terhalang oleh adat yang menyusahkan. Maka ramailah tertangguh nak berkahwin disebabkan wang hantaran, persiapan majlis itu dan ini. berapa ramai anak luar nikah, perzinaan & maksiat dilakukan oleh pasangan disebabkan kerana tertangguhnya mereka berkahwin oleh adat istiadat melayu. fikir-fikirkan lah kedua-dua pihak terutama ibu dan bapa. kembalilah kepada ajaran islam yang sebenar, Insya'Allah lebih berkat hubungan suami isteri selepas berkahwin.

Wallahu a'lam

ina berkata...

saya setuju dgn ape yg Anonymous cakap..