6 Jun 2011

Isu Tugu 1Malaysia: Jamil Khir Dicabar Kemukakan Kepada Kerajaan Runtuhkan Semua Tugu 1Malaysia

Menteri agama setuju tegahan bina tugu 1M'sia

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia.

"Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan.

Diminta menghuraikan pendiriannya secara lebih lanjut, Jamil Khir berkata: "Kita tidak buat tugulah, kalau kita ikut pandangan mufti".

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas melawat Surau An-Najah di Taman Batu Muda, Gombak di ibu negara.

Jawatankuasa itu sebelum ini berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.


PMM: Tugu 1Malaysia bukan keperluan mendesak

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpandangan bahawa pembinaan Tugu 1Malaysia "bukan keperluan mendesak" yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan.

"PPMM mengesyorkan kepada pihak Kerajaan agar menumpukan kepada perkara-perkara yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat berbanding dengan pembinaan tugu tersebut," katanya.

Zainul Rijal (kanan) mengulas saranan pemimpin PAS, termasuk ahli jawatankuasa PAS Dr Mujahid Yusuf supaya Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengkaji secara terperinci berhubung pembinaan tugu 1Malaysia.

Saranan itu dibuat ekoran keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis baru-baru ini menegah pembinaan tugu itu, antaranya kerana mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Zainul Rijal turut menggesa MFK membincangkan pendirian Perlis itu, seterusnya mewartakannya supaya ia menjadi undang-undang.

"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahaja tidak mempunyai kuatkuasa perundangan, selagi belum diterima oleh negeri serta diwartakan.

"Pihak kerajaan seharusnya peka dengan sentiviti Islam ini supaya tidak tergelincir dari landasan hukum syarak yang sebenar.

"Setiap tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan perlu mengambilkira kedudukannya di dalam Islam sebagai agama bagi Persekutuan," tegasnya sambil mengingatkan supaya agenda kerajaan selari dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan -mk



Ulasan GB

Jika sungguh bagai dikata, kita minta Menteri tersebut kemukakan kepada kerajaan agar semuag tugu-tugu 1Malaysia yang telah dibina itu diruntuhkan segera.

Ada berani menyatakan kebenaran tersebut?




3 ulasan:

Awanama berkata...

bukan setakat tugu, kerajaan BN yang jadi tugu warisan penjajah juga patut diruntuhkan

Awanama berkata...

Pemimpin UMNO pun dah jadi tugu yang menghempap dan menindas rakyat, tumbangkan saja

Awanama berkata...

Betul, betul betul.... anon2 di atas