2 Jun 2011

Timbalan Ketua Pemuda: Nik Abduh, Naib Ketua: Raja Ahmad Iskandar

Nik Abduh Nik Abdul Aziz diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Menerusi keputusan berkenaan, Nik Abduh turut mengenepikan penyandang bagi jawatan berkenaan sebelum ini, Azman Shafawi yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi.

Sementara itu dua lagi calon iaitu Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat masing-masing mendapat 193 dan 107 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua pula, ia dimenangi oleh Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob memperoleh 421 undi memenangi saingan kerusi naib ketua.

Beliau menewaskan Mohd Nasir Zakaria yang mengumpulkan 228 undi.

Dua belas ahli jawatankuasa kerja pusat sayap itu ialah Riduan Mohamad Nor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ahmad Baihaki Atiqullah, Mohd Adram Musa, Kamaruzaman Mohamad, Ahmad Fadhli Shaari, Khalil Abd Hadi, Mohd Nazri Chik, Mohd Yusni Mat Piah, Mohd Sany Hamzan, Mohd Nor Hamzah dan Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Keputusan berkenaan diumumkan wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Sufian Husin pada pukul 5.20 petang Khamis.



Muktamar Tahunan PAS: Perwakilan Tegur Kepimpinan Pemuda Gagal Tunai Tanggungjawab

SHAH ALAM: Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana gagal menjalankan tugas terutamanya bagi mencapai sasaran mengambil alih kerajaan menerusi slogan 'Pas menuju Putrajaya'.

Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Jerai, Mohamad Ismail berkata, sepanjang tempoh setahun selepas muktamar tahun lalu, kepimpinan Pemuda PAS hanya dilihat sebagai juara kepada isu-isu semasa tanpa memberiperhatian kepada persediaan dalaman parti untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Kita asyik bercakap tentang nak tawan Putrajaya, malah kain rentang dalam dewan ini pun ada gambar Masjid Putra... simbolik nak tawan Putrajaya.

"Tapi sejak setahun lalu pemimpin Pemuda Pusat tidak turun padang melawat perkembangan di negeri dan kawasan. Jadi macam mana nak tawan kerajaan kalau dalam parti sendiri gagal dipantau dengan baik,"katanya pada sesi perbahasan laporan tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2010-2011 di sini, Khamis.

Selain itu Mohamad turut menegur barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat supaya merancang pelbagai aktiviti yang lebih menjurus kepadapembangunan dan persediaan mempersiap sedia golongan pemuda.

"Buku laporan ini tebal dengan senarai aktiviti-aktiviti seperti serah memorandum, buat kenyataan media, kerjasama itu dan kerjasama ini... tapi tak ada pun aktiviti yang disenaraikan telah dibuat untukmanfaat kepada Pemuda PAS sendiri," katanya.

Sementara itu perwakilan Pemuda PAS Kawasan Jerantut, Abdul Rahman Abdul Malik turut menegur Ketua Pemuda PAS di beberapa negeri supaya lebih efisyen terutamanya komitmen menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemuda Pusat.

Menurut beliau, senarai kehadiran yang tidak memuaskan seperti yang dimuatkan dalam buku laporan yang diedarkan kepada perwakilan memberi gambaran negatif terhadap sayap PAS itu.

"Ada beberapa Ketua Pemuda PAS negeri yang kerap tidak menghadiri mesyuarat tanpa sebab... perkara ini amat memalukan," katanya. -mstar



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan UG yang gila jawatan akhirnya berlawan di antara sama sendiri.

UG Geng Terengganu tumpas di tangan UG Geng Kelantan.

Barulah UG Geng Terengganu, Azman Shapawi tahu betapa buruknya hidup berkomplot.

puakPas berkata...

kah kah kah!
Satu gemuk satu kurus, yang gemuk ketua dan yang kurus timbalan ketua, yang gemuk melembabkan pejalanan Pemuda PAS, yang kurus pula bercita-cita nak jadi gemuk.
kah kah kah !
Pemuda bertekad akan undur ke belakang, ke tahun 40an ketika pemuda pakai kain pelikat dan tidak berseluar dalam.
Tak malukah pemuda PAS, bila tenggok pemimpin pemuda UMNO, PKR, DAP.

Tanpa Nama berkata...

apa yang kita dapat asyik dok benda2 yang merosakkan jamaah. Dimana pun kita...suka kah jika benda yang digemburkan ini menambah renggang ukhuwah jamaah. Musuh akan lebih suka

Tanpa Nama berkata...

itulah pandai sgt geng trengganu ni nak atur-aturkan pemimpin parti, akhirnya calon negeri sundiri sudah kalah.

bukankn Allah itu Maha Adil...

Tanpa Nama berkata...

boring....
dulu kata kat umno suka waris pangkat kat anak2 dan adik beradik...

tapi dok berjangkit ke PKR...

lanie mai kat PAS pulak...

baru ada akai hangpa..

Tanpa Nama berkata...

cakap ja apa2 saja yg anda mahu ! gemuk, kurus, teruk, teserlahlah ! sebab sy tahu Allah sahaja yg boleh mmbalas balasan DOSA kepada anda anda sekali. sy tidak mahu mnmbahkan dosa saya !
tetapi sy brcadang agar PAS dan UMNO berasatu dan melawan DAP dan PKR !
islam 4 ever ~