27 Jun 2011

Kes Video Seks Anwar: Balik Kepada Hukum Islam - Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih tetap dengan pendirian bahawa kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dirujuk kepada undang-undang Islam untuk membuktikan kesahihannya.

Walaupun laporan yang dikemukakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendakwa 99.99 peratus Anwar sebagai pelaku dalam video terbabit, Abdul Hadi menegaskan hanya hukum Islam yang boleh menyelesaikan perkara itu.

Yang boleh menyelesaikan masalah ini adalah hukum Islam, sama ada nak tuduh dia (Anwar) liwat ke, qazaf ke, apa sahaja tuduhan mesti balik kepada syariat Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Penyerahan Watikah Pelantikan Exco Dewan Pemuda Pas Sesi 2011-2013 di Permai Inn, di sini, malam kelmarin.

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, satu laporan dikemukakan kepada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menyebut pelaku lelaki dalam video seks bersama seorang wanita dipercayai warga China ditayangkan kepada sekumpulan wartawan 21 Mac lalu, memiliki 99.99 peratus persamaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, seorang daripada tiga tertuduh kes berkenaan berkata, laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torressani mendapati lelaki itu menyerupai Anwar dan ketepatannya 99.99 peratus.

Abdul Hadi ketika ditanya sama ada beliau mempercayai laporan yang dikemukakan itu, beliau menafikan namun tetap berpandangan ia perlu dibicarakan mengikut perundangan Islam dan mempertahankan Anwar tidak bersalah selagi tiada bukti.

“Bukan tak percaya tetapi mesti balik pada hukum Islam dan mengikut kaedah perundangan Islam yang diguna pakai perundangan British orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan,” katanya. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan fakta penafian sebelun ini..? Apa yang UBN tak boleh buat untuk melalukan kejahatan mereka..?

Tanpa Nama berkata...

kita ucap tahniah kepada datok johari abdul kerana bersusah payah mencari bukti orang dalam vidio sek itu sebenarnya bukan dsai kalau kita tengok hidung arang tersebut sama dengan hidung rahim tambi chik muka pun ada mirit rahim tambi chik tak mustahil orang dalam vidio tersebut rahim tambi chik kerana beliau telah terpalit dengan kes zina sehingga melahirkan seorang anak luar nikah beberapa tahun yang lalu bagamana pun kes itu tidak dihebohkan oleh midia perdana kerana takut hilang sokongan rakyat terhadap umno/bn seperti kes sui lek polis sepantas kilat bertindak keatas individu yang mengeluarkan vidio sex sui lek kerana takut hilang sokongan.