1 Mei 2011

Video Seks: Hishamuddin Juga Boleh Disaman [updated]

Video seks: Hishammuddin tetap mahu saman Anwar

KLUANG, 1 Mei — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau (gambar) berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah supaya masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

“Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan Ketua Umum PKR mengaitkan beliau dengan video seks terbabit semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

“Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut,” katanya.

Akhir Mac lalu, Hishammudin melantik peguam Tan Sri Cecil Abraham bagi mewakili beliau dalam memfailkan saman terhadap Anwar.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video kononnya aksi beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara 21 Mac lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan.

Ulasan GB

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein juga boleh disaman kerana membiarkan Datuk T bebas tanpa ditahan oleh pihak berkuasa.

Sedangkan kesalahan Datuk T menerbit, memiliki dan menayangkan video lucah adalah JELAS merupakan kesalahan di bawah undang-undang.

Mengapa polis tidak menahan dan mendakwa Datuk T sehingga sekarang?

Mengapa Menteri Keselamatan Dakam Negeri bertindak secara tidak berkecuali malah dilihat berpihak kepada Datuk T berkenaan dengan membiarkan polis memberikan kawalan keselamatan semasa sumpah laknat dilakukan, malah menyediakan baju kalis peluru kepada mereka dan jelas juga polis bersubahat dengan konspirasi Datuk T berkenaan?

Justeru itu jangan mengugut orang lain jika kementerian sendiri sudah tidak menjalankan tugas dengan adil dan saksama malah dilihat bersekongkol dengan pesalah undang-undang negara.

Malahan, rakyat melalui parlimen berhak untuk meminta Hishamuddin meletakkan jawatannya sebagai menteri yang gagal di dalam menjalankan amanah dan tugasnya sebagai menteri di dalam isu video seks Datuk T ini.

GB mencadang UNDI TIDAK PERCAYA diusulkan untuk menteri yang bernama Hishamuddin Tun Huseein ini.

6 ulasan:

Art Pokon berkata...

Bro GB...

saya setuju .... Menteri dan kerajaan boleh disaman kerana tidak melaksanakan undang-undang.

Hampa ingat Malaysia ini hanya untuk ahli UMNO saja ka...pirahhhh....

udang galah berkata...

Buat masa kini...kita buat apa pun tak mendatangkan apa-apa kesan... bukan masanyer lagi buat kita... terpaksa lah kita bersabar dengan ujian tuhan...ingat...semua ini dugaaan dari Allah jua...

Tanpa Nama berkata...

Umno perlu dikalahkan dlm pilihan raya kalau tidak berterusanlah tiada perubahan dlm negara. Maruah bangsa dan agama akan terus tergadai dgn agenda yg mementingkan diri dan kroni untuk kumpul kekayaan yg untungnya yahudi laknat. Harta bumiputra masih ditakuk lama walaupun dipemerintah oleh pemerintah yg sntiasa melaungkan smgt utk membela nasib org melayu tlh (54 thn) sekian lama hakikatnya tiada apa2. Dimana silapnya.

Tanpa Nama berkata...

Semua olang dah tau ma , itu latok memang tak lak tau punya dia tau nganga saja lo ,gua bukan mahu cakap itu olang punya otak kepala gua mau kasi tau lu olang semua gua sudah tinggat ini malaya dalam banyak ama lo tapi gua belum jumpa ini macam punya punya bolo punya latok

Tanpa Nama berkata...

sapa yg dah bergelumang dalam umno akan jadi bodoh piang...caya lah...nafsu dah melebihi akal.....sebab itu otak jadi beku....

Tanpa Nama berkata...

hisham ni memang tak layak jadi menteri tapi orang umno semuanya bangang senanglah untok hisham ni kelentong orang yang bangang.