1 Mei 2011

Isu Sumpah Balas: Kenapa Utamakan Hal Yang Tidak Wajib Berbanding Qazaf Yang Wajib?

Asri: Sumpah tak wajib tapi Anwar harus balas elak buruk sangka

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata sumpah bukan satu paksaan, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya melakukan sumpah balas untuk menghilangkan sangkaan buruk ekoran tindakan “Datuk T” kelmarin.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan tindakan ahli perniagaan Datuk Sharyl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” melakukan sumpah laknat yang didakwanya hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain, dalam kes ini Anwar.

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

“Tapi, oleh kerana mereka dah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja . . . jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan,” kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS hari ini.

Pandangan yang hampir sama dilahirkan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam.

Asri berkata, melakukan sumpah bukan satu paksaan atau pun kewajiban tetapi dapat mengatasi buruk sangka.

“Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya.

“Jika isteri suruh suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah menghukum jika suami bersumpah dia tidak buat dan memang dia tidak buat. Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan,” katanya.

Namun tegas beliau, politik negara ini sudah “jijik dah kotor” ekoran perkembangan terbaru ini.

“Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut,” kata beliau.

Shazryl, yang mendedahkan rakaman video seks yang si pelakunya mirip Anwar pada 21 Mac lalu, melakukan sumpah laknat di Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul di sini petang kelmarin.

Laporan media semalam menyebut, Anwar memutuskan tidak tampil untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks itu dan tidak menyahut cabaran Shazryl selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh agama lain.

Anwar berkata, Nik Aziz menasihat beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah.

“Beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkan saya dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadap saya.

“Malah, saya turut mendapat simpati ulama dari Indonesia atas tuduhan yang dikenakan terhadap saya,” katanya ketika berucap di Dewan Kampung Bukit Seputeh dekat Ampang malam kelmarin.

Oleh itu tegas Ketua Pembangkang itu, beliau tidak akan melayan desakan untuk bersumpah laknat sebaliknya akan terus memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat.

Dalam kenyataan semalam, Juanda juga berkata beliau amat setuju Anwar segera bersumpah untuk menafikan tuduhn kotor ke atas beliau walaupun pilihan di tangan beliau sendiri.

“Saya mahu kes ini segera selesai. Ia malukan umat Islam. Saya sekarang di Mekah atas undangan kerajaan (Arab) Saudi dengan mufti-mufti lain,” kata beliau.

Juanda menambah, kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa perlu membawa bukti tuduhan, yang kena dakwa perlu bersumph kalau dia menafikan tuduhan.

“Datuk Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah yang kena tuduh kalau dia nak nafi tuduhan.

“Memadai lafaz, wallahi tuduhan itu palsu. Mahkamah Syariah wajib proaktif putuskan hal ini segera untuk tutup aib umat Islam,” kata beliau.

Juanda juga berkata badan kehakiman Islam tidak harus menjadi “penonton saja” dalam kes semasa ini dan semua pihak perlu menjaga imej Islam terutama mereka yeng memperjuangkan Islam. -TMI


Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda.

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah,"
katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi. -mk


Ulasan GB

Mengapa desak sesuatu yang TIDAK WAJIB, sedangkan Qazaf yang wajib tidak pula ditekankan?

Bukankah itu penyimpangan keutamaan di dalam menetapkan sesuatu yang lebih aula?

Memang Anwar dibolehkan atau tidak melakukan sumpah-balas. Tetapi ia tidak wajib.

Sedangkan QAZAF wajib dilakukan Eskay.

Takut dengan sangkaan buruk ekoran tindakan “Datuk T” kelmarin? Kita bukan hendak mendapatkan restu dan ridha manusia, apatahlagi puak UMNO. Yang penting ialah restu dan redha Allah s.w.t.

Justeru itu tugas umat Islam sekarang ialah PASTIKAN Qazaf itu diletakkan ditempatnya yang lebih wajar dan abadi, bukan sumpah laknat, bukan sumpah-balas.



1 ulasan:

jom linux berkata...

Pada pendapatan saya, cara terbaik menyelesaikan isu politik yang tak memberi faedah kepada umat islam malaysia ialah Anwar keluar dari PKR, meletak jawatan sebagai ketua pembangkang tapi masih kekal sebagai ahli parlimen.

Anwar sudah menjadi medan fitnah yang tak kunjung selesai. Soal Anwar salah atau tidak cerita lain. Sekurang2nya modal fitnah sudah kureng.

Berundurnya Anwar dari PKR akan membuat negara menjadi aman dari politik gila. PKR tak ada faedah untuk umat islam. Kecoh saja lebih. Perangai sebiji macam amno. Pilihanraya parti penuh tipu, lepas tu berebut kerusi. PKR hidup kerana Anwar.

Bosan weh. Saya tak nampak apa PAS buat. PAS sudah tenggelam jadi tukang tambah saja.

Tak ada dengar cerita pun PAS berkerjasama dengan Sabily Malaysia melancarkan kempen sistem operasi bebas, percuma dan halal. Tak ada guna cakap pasal Islam tapi komputer menggunakan perisian cetak rompak. web :
sabily.org

Indonesia ada BlankOn Sajadah. PAS masih dengan windows.