22 Mei 2011

Selamat Bertanding & Semuga Berjaya Untuk Mohd Sabu

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Mohamad (gambar) atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat.

Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini.

“Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

“Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa,” katanya pada sidang media di sini.

Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, “ia memberangsangkan.”

“Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan.

“Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding,” katanya.

Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu.

Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang.

Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas.

Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak.

“Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu.

“Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding,” katanya.

Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu.

Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu.

Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain. -TMI

Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS

Mohamad Sabu yakin berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan.

KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Mohamad Sabu mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PAS.

“Saya mahu membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memenangi masyarakat bukan Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau sejurus selepas sidang media Bersih bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli tengah hari tadi di ibu pejabat PAS pusat di sini.

Beliau yang membuat percubaan kedua untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan pencalonan yang diterima dalam pilihanraya parti 2009.

Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah pencalonan yang diterima.

Tetali mengaku tidak membuat sebarang penilaian mengenai peluang untuk memenangi jawatan No 2 parti.

“Saya akan teruskan kerja parti saya,” kata Mohamad.

Sementara itu, Dr Hatta yang diumumkan akan bertanding jawatan naib presiden memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima surat pencalonan.

Beliau juga yakin dengan pencalonan yang diterimanya.

“Saya bangga menerima pencalonan dari perwakilan dan boleh lepas tahap kelayakan.”

“Kalau saya lebih hebat dari calon lain, lebih baik saya jadi dan saya bersedia memikul tanggungjawab sekiranya ia membantu parti menjadi lebih kuat,” kata Dr Hatta.-FMT



Ulasan GB

Selamat maju jaya kepada Sdra Mohd Sabu.

17 ulasan:

Pak Mat berkata...

InsyaAllah, Bang Mat akan mengambilalih jawatan Tim Pre dengan jayanya. Aku sokong 110% Bang Mat untuk bantu Presiden Parti dalam menjayakan misi menawan Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Para sahabat Nabi saw dicalonkan untuk sesuatu tugasan mengurus umat tetapi mereka tidak berkempen untuk diri sendiri. Sebaliknya mereka berterusan menasihat dan mengajar orang ramai supaya takut kepada azab Allah sambil mengharapkan rahmat Nya atas kepimpinan yang diputuskan. Samake perilaku para pemimpin dan para pemilih dalam PAS yang berdegar-degar dengan islamimisme itu...?

Tanpa Nama berkata...

Tumbangkan UG dalam perjalanan menuju PUTRAJAYA

Tanpa Nama berkata...

Bagus kalau menang sebab ada jasa dan wawasan, serta istiqamah dalam perjuangan

Tanpa Nama berkata...

semoga berjaya menentang arus bergabung dengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

pemimpin yang banyak jasa kepada rakyat, memang patut menang, insyaallah

padwo berkata...

mesyuarat cyber trooper Umno telah memutuskan bahawa kadar kejayaan taktik pro-UG kurang memuaskan.. mereka kini menukar taktik kepada menyokong anti-UG kerana topik ini lebih mudah membuat orang PAS bergaduh daripada topik pro-UG..

wahid berkata...

melalut lah kamu padwo, kau buktikan dulu minit mesyuarat tu, kalau ya pun kau pro-UG jgn lah sebakan fitnah macam tu sekali untuk kalahkan kump anti-UG

padwo berkata...

benda-benda rahsia ni mana ada minit mesyuarat.. orang PAS ye la, bincang mesyuarat kat kedai mamak, lepas tu tinggal minit kat atas meja..

Tanpa Nama berkata...

Pelik klu bang mad tak menang jasa bang mad kepada parti cukup besar ketegasan bang mad amat diperlukan untuk menumbangkan BN dan menjadikan PAS dominan dlm PR. Kesabaran dan istiqamah bang mad pasti membawa kejayaan insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Selamat maju jaya Abang Mat.

Insyaallah kami pilih Abang Mat pada hari pengundian nanti.

Cuma harap satu jer..j/k pemilihan tunjukkan ketelusan dengan membenarkan wakil Abg Mat tengok depa dok kira undi.

Kita teruskan perjuangan hingga Pas juga di 'BERSIH' kan.

Tanpa Nama berkata...

padwo said...

"benda-benda rahsia ni mana ada minit mesyuarat.. orang PAS ye la, bincang mesyuarat kat kedai mamak, lepas tu tinggal minit kat atas meja.."

tu menunjukkan kamu tu sengaja mereka-reka kata "mereka kini menukar taktik kepada menyokong anti-UG" semata-mata kamu nak org benci kepada mat sabu dan kumpulan anti-UG.

mengaku ajelah....

Arespun berkata...

Nak ikut jasa Nakhaie pon besar jasanya.. Tanah Markaz Tarbiyah Taman Melewar pon sebahagiannya beli pakai duit dia..

Tanpa Nama berkata...

Arespun, dgn sebab tiada keikhlasan dan kejujuran Nakhaei, maka tercampaklah ia keluar dari parti islam sekalipun jasanya banyak...

malah wali Allah pun ada yg tersungkur walaupun amal ibadatnya banyak tapi kerana tiada keikhlasan dan kejujuran jadilah amalannya debu-debu berterbangan...

Tanpa Nama berkata...

Jasa dan pengorbanan Mat Sabu kepada PAS memang besar dibandingkan dengan Nasa.Tuan Brahim pun baru beberapa tahun kebelakang ini baru dengar suara.Namun perwakilan biasanya jarang melihat dan meneliti jasa dan pengorbanan calun.Depa nak tengok serban dan jubah.Kalau ulamak tak buat kerja pun tak apa,asal ulamak.Hinggakan sampai ketahap jadi anai-anai dalam parti pun depa masih mahukan ulamak.Inilah penyakit PAS.Itu sebab buku karangan Dr.Mujahid,menyeru agar ahli-ahli membawa PAS keera baru dan perubahan,dapat tentangan dari beberapa pihak dalam PAS.

padwo berkata...

aku tak kisah penyokong Mat Sabu ke tak, aku cuma menentang golongan yang suka melabel dan berpolitik secara keterlaluan.. golongan yang takda beza dengan Umno dan BN.. siapa lawan cakap Umno/BN dia dilabel pembangkang, siapa lawan Mat Sabu dia dilabel pro-UG.. sejarah membuktikan sejak zaman sahabat lagi pemimpin selalunya OK je, pengikut je yang terlalu fanatik sampai berbunuhan..

Tanpa Nama berkata...

yg keterlaluan ialah gol ug, suka tindas macam perangan pemimpin umno jugak. cuba lihat apa hassan ali buat pada shaari sungip dan khalid samad, apa mustapha ali dan hadi awang buat kepada ust ahmad awang.

ug memang fanatik dan gol tak sedar diri.