7 Mei 2011

Perkasa Buat Laporan Polis, PR Juga Patut Buat Laporan Polis Terhadap Blogger UMNO Dan Utusan

Negara Kristian: PERKASA buat laporan polis

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 3.20 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.

"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.

"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.

Sehubungtan itu, beliau mahu polis menyiasat laporan tersebut.

Pada sidang medianya selepas itu, Sharifuddin berkata pihaknya mengetahui perkara tersebut berdasarkan laporan akhbar tersebut.

"Ia boleh memporak perandakan keselamatan (negara) sedangkan Islam adalah agama persekutuan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.

Kira-kira 20 anggota PERKASA Wilayah mengiringi Sharifuddin membuat aduan polis tersebut.

Di Georgetown, Bernama melaporkan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Sementara itu, Jurucakap Pertubuhan Pembelas Islam (PEMBELA) Yusri Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan blog pro-Umno dan Utusan tersebut.

"Jika jelas (berlaku) maka ia bercanggah dengan undang-undang dan boleh membawa kepada hasutan.

"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini. -mk

Ulasan GB

Pakatan Rakyat juga perlu buat laporan polis terhadap dua blogger UMNO tersebut dan akhbar Utusan Malaysia kerana menimbulkan isu yang sengaja direka-reka untuk menghasut rakyat.

Tindakan melampau pihak berkenaan perlu dilaporkan kepada polis, kerana apa yang berlaku pihak tertentu membuat laporan polis terhadap isu berkenaan yang berpihak kepada blogger UMNO dan Utusan Malaysia. GB yakin polis akan membuka kertas siasatan terhadap Jeff Ooi dan bukan ke atas dua blogger UMNO dan Utusan.

Sekalipun umum mengetahui sukar untuk mendapatkan keadilan daripada tindakan polis nanti tetapi jika Pakatan Rakyat tidak membuat laporan polis, maka pihak polis boleh menyalahkan Pakatan Rakyat jika mereka tidak membuka kertas siasatan terhdap dua blogger UMNO dan Utusan tersebut. Jawapan klise mereka: Tiada laporan polis dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap mereka.

Justeru itu, pemimpin PR jangan tidur!



3 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Kemungkinan bukan 2 Blogger tersebut ditahan akta hasutan tetapi mangsa fitnah blogger tersebut yang ditahan pula. Kalau kes video seks diorang terlepas ini kan pula video perkauman.


Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis

.

US SEAL berkata...

Tak leh caya kat Polis....
Otak diaorang ni dah kena spin....biul

La ni...kalau sekarang ni rakyat buat report pasai kecurian....bukan pencuri yang kena tangkap..tapi....orang yang buat report yang akan kena soal, kena belasah dan kena tangkap.

Aku memang tak caya kat polis yang ada ni....

1 Malaysia berkata...

Makin hari makin lantang penyangak dok tuduh orang lain penyagak.
PERKASA pertahankan agama ISLAM? betulkah apa yang AKU dengar ni? Bukankah PERKASA tu sama sebiji dengan UMNO? Yang DEPA dok takut ialah depa yang hilang kuasa.
Depa buat perjumpaan, tak apa dan polis tak tangkap.
Depa buat demo, tak apa dan polis tak tangkap.
Depa kutuk orang lain, tak apa dan polis tak tangkap.
Depa buta fitnah, tak apa dan polis tak tangkap.
Depa tuduh orang lain zina, tak apa dan polis tak tangkap.
Depa tuduh dan fitnah PR sokong orang kristian jadi PM, tak apa dan polis tak tangkap.
Betulkah fasikun dan munafikun ni? Boleh cayakah? Amboi, geli hati apabila mendengarnya. Ha.......
Beruk mayeh.