24 Mei 2011

DHPP Harap Timb Presiden Bukan Ulamak Agar PAS Dapat Sokongan Golongan Berlainan

Petaling Jaya: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Hu Chang Paw berharap para penyokong bukan Islam berpeluang terlibat lebih aktif dalam program dan aktiviti parti.

Hu berkata langkah pertama yang sepatutnya dibuat ialah dengan memastikan penyertaan penyokong bukan Islam di dalam mesyuarat parti di semua peringkat.

“Pada ketika ini, para penyokong hanya menerima jemputan untuk menyertai mesyuarat di negeri Perak,” kata Hu yang mengetuai 25,000 penyokong bukan Islam dalam PAS.

DHPP Pusat dirasmikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Klang pada tahun 2010. Sebelum itu ia berfungsi sebagai kelab sejak tahun 2004.

Hu menambah bahawa PAS perlu lebih terbuka dan melibatkan para penyokongnya agar PAS boleh maju ke hadapan.

Dua usul demi parti

Hu turut ditanya berkenaan dengan mesej yang akan dibawa beliau sebagai mewakili DHPP dalam sesi muktamar PAS pada 3 Jun ini di Pusat Tarbiyah Taman Melewar, Gombak dekat Kuala Lumpur.

“Cadangan pertama ialah penubuhan sebuah kumpulan pemikir atau ‘think tank’ yang akan menyusun strategi parti dan diwakili semua kaum. Ini adalah kerana buat masa ini PAS tidak mempunyai kumpulan pemikir yang khusus dan melibatkan semua pihak.

“Kami juga akan mengusulkan penubuhan sebuah yayasan dengan dana permulaan sebanyak RM10 juta. Wang tersebut akan digunakan untuk tujuan pelaburan dan latihan yang melibatkan program parti.

“Ia berguna agar kita boleh menggaji golongan cerdik pandai untuk menjadi kakitangan parti,” tambah Hu.

Hu berharap agar Timbalan Presiden dipilih dari golongan bukan ulama.

“Mereka berdua (Presiden dan timbalannya) perlu berupaya mendapatkan sokongan pihak-pihak yang berlainan. Jika kedua-duanya dari satu kumpulan, maka adalah payah untuk mendapatkan sokongan golongan bukan Islam,” jelas Hu.


Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden atas alasan ahli DHPP tidak mempunyai hak mengundi.

Abdul Hadi berjaya mengekalkan jawatannya sebagai presiden apabila menang tanpa bertanding tempoh hari. - FMT.




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada point kat kenyataan Pengerusi DHPP Pusat tersebut. So, fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

atau PAS dah tak perlukan sokongan bukan Melayu/Islam lagi?

Tanpa Nama berkata...

harap pemimpin PAS yang baru dilantik ambil serius cadangan dari DHPP ini

-fread-

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn anon2 di atas.

Fikir2kan ... menuju ke arah Islam untuk semua golongan, tua, muda, remaja, lelaki & wanita, nelayan, buruh, pakar2 tu pakar ni, artis, peniaga, dll, dalam bentuk & penyampaian yg mudah & difahami termasuk yg Islam keturunan yg masih kurang faham/jahil (sbb mmg tak belajar atau terlebih belajar yg kdg2 terlampau ilmiah hingga org awam2 tak faham).

Libatkan lebih ramai sedara2 seIslam yg dulunya bukan Islam, kerana mereka ni lebih memahami kaum2 & puak2 mereka dlm bahasa, budaya dsbnya.

tok tua.

Tanpa Nama berkata...

mana group perpaduaWANG?