3 Apr 2011

Pelajar Anak Yatim, 7 Tahun, Dipukul Guru Sehingga Koma

Pelajar dipukul hampir dua jam

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. -HM



Anak yatim koma dibelasah guru

ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7 malam Khamis lalu selepas mangsa dibawa guru berkenaan ke bilik sebelum dua tangannya diikat dan disoal siasat berhubung insiden kecurian.

Mangsa dikatakan merayu dilepaskan tetapi tidak diendah dengan guru terbabit didakwa terus memukul dan menyoal siasat sehingga kanak-kanak itu diserang sawan dan terus pengsan.

Guru itu yang panik kemudian mendapatkan bantuan rakan setugasnya sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kira-kira jam 1.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi, berkata Saiful Syazani yang tidak sedarkan diri akibat masalah jantung dan pendarahan otak kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pediatrik.

“Sebaik menerima laporan bapa mangsa, polis menggerakkan usaha memburu suspek sebelum lelaki itu menyerah diri di Balai Polis Arau, petang semalam (kelmarin) dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah," katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8 malam kelmarin, dia bergegas ke HSB dan terkejut melihat tubuh anaknya penuh kesan lebam dengan muka bengkak dan lebam pada mata kiri serta pipi selain melecet pada tangan kiri.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan mahu mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan," katanya yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Jitra.

Katanya, Saiful Syazani yang tinggal bersama keluarga angkat di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006, seorang yang pendiam. -BH


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku yang jadi bapa budak itu,aku akan cari guru tersebut dan belasah dia cukup-cukup.Lepas itu baru pergi buat report polis.

Tanpa Nama berkata...

wahai guru-guru semua, jadikanlah kisah ini suatu pengajaran. walau ianya hanya melibatkan satu atau dua kes tapi menyebabkan nama baik guru tercemar. Anda semua berhak menegur atau memukul anak murid anda tapi biarlah berpatutan dan jangan sampai menjadi seperti ini. Jika tidak mampu mengawal perangai anak murid anda, minta bantuan guru lain atau memanggil penjaga anak murid untuk berbincang. Saya percaya tindakkan ini mampu mengatasi masalah yang sering dihadapi guru-guru terhadap murid-murid yang nakal. Bagaimana pun saya tetap berterima kasih kepada semua guru-guru atas jasa mu yang telah mendidik saya dan anak-anak hingga berjaya.

Tanpa Nama berkata...

he is my cousin..
sedih gila2!
;(

ayah dia lama kot x jenguk.
bila dah jadik camni,
barulah nampak batang idung sanak sedara saiful
kat hospital, sebelum nie sikit pon xmai
tengok!

apa2 pun, saiful baru saja meninggal.
innalillah..al-fatihah...
='(

Allah akan membalas ats segala perbuatan
kejam ustaz tu!

cikgu Ila berkata...

Tak sangka Anon 0928 nak jadi bahalul macam cikgu tu jugak !

Anon 1000, saya setuju dengan anda !

Anon 0105, doa kita untuk adik Saiful. Moga guru tersebut dapat pengajaran, dan guru2 lain jadikan panduan dalam mendidik anak bangsa !

Guru 1 Malaysia berkata...

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Soalnya sekarang, adakah masyarakat masih percaya pada guru? atau masyarakat sendiri juga kurang ajar pada guru depa?

Tanpa Nama berkata...

Mengapalah begitu kejam guru tersebut membelasah murid darjah satu selama dua jam?Benarkah kanak2 tersebut yang mencuri?Kalau benar sekalipun adakah dengan mengikat kanak kanak 7 tahun ditingkap sekolah dam membelasah selama 2 jam tindakan yang rasional?Kemana perginya guru guru lain? 2 jam adalah masa yang lama? Tak akan tak ada seorang guru yang perasan.Tidak adakah cara lain. Terlalu jelas guru ini menurut emosi dan bukan akal fikiran yang waras? darjah satu bayangkanlah. Jika saya ibu nya saya tidak dapat memaaafkan nya dunia dan akhirat. Mentang mentanglah dia anak yatim.............

Tanpa Nama berkata...

KESIAN ANAK INI

Sudahlah kesepian daripada kasih sayang
Cikgu tu x tahu ke dia anak yatim?
Kalau dia tahu mungkin ada sedikit
belas di hatinya.
Budak darjah 1 memang belum reti,
banyak kerenah.
Jadi pendidik memang kena banyak sabar.
Sabar menghadapi kerenah anak didik
sabar menghadapi tekanan jabatan dan ibu bapa yang sentiasa seakan
mendesak agar anak cemerlang.
sedangkan hakikatnya anak2 terlalu lemah dari segi pelajaran dan akhlak juga

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya sebagai guru, jika ada aduan, siasatlah dahulu.. jangan ambil tindakan yang melulu hingga membabitkan nyawa.. apakah yang akan terjadi kepada guru muda ini... perjalanan hidupnya masih jauh (jika Allah panjangkan umurnya...) bagaimanakah beliau akan menghadapi hari tuanya... pada pandangan saya.. setiap guru yang dilantik sebagai warden asrama hendaklah dimotivasikan dahulu.. sbb zaman sekarang adalah zaman yang serba mencabar.. walau senakal mana sekalipun pelajar itu.. tidak seharusnya diperlakukan seperti binatang, dia adalah manusia... dan bertindaklah seperti manusia... ATAU APAKAH GURU INI MEMPUNYAI SAKIT MENTAL....

Tanpa Nama berkata...

kenapa guru itu sanggup bertindak sekejam itu.
Barangkali dia juga pernah menghadapi situasi penderaan emosi,fizikal dan mental satu waktu dulu. Sebab itu lah dia sanggup mendera tanpa rasa belas dan kasihan kepada kanak2 kecil yang tidak berdaya.

Tanpa Nama berkata...

Tu La Seabnya.. Ajaran Wahhabi la ni.. main rotan2.. main seksa..!! Bodoh punya Cikgu.. budak 7tahun pun jadi

lah berkata...

Kita semua dari segi pekerjaan,taraf dan kedudukan sama antara satu sama lain, saling memerlukan dan tolong menolong dlam menjalani kehidupan didunia ini. Ynag mulia adalah yang paling bertakwa kepada Allah, tapi semua orang mengaku dan memperlihatkan ketakwaan masing-masing..marilah bermuhasabah diri..

Tanpa Nama berkata...

saya guru darjah 1 juge.. kanak-kanak usia 7 thn memang banyak karenah.. tapi itu bukan alasan kita boleh hukum mereka sesuka hati... tugas guru adalah untuk mendidik bukan menghukum... tindakan guru tersebut memang tidak dapat diterima walaupun apapun kesalahan yg telah murid itu lakukan...

Tanpa Nama berkata...

Keinsafan diperlukan dalam pelbagai situasi, kerjaya mulia ini bukan milik semua orang. Kalau kita tidak biasa dengan kerenah anak2 tak perlulah kita ceburi bidang ini. Itu sebab dikebykkan negara guru2 yang mengajar anak2 tahap 1 selalu ada PHD dan master dalam bidang psikologi kanak2. Negara kita patut mempyi sistem pendidikan yang sama. Kita tak boleh kejar akademik sahaja. Ilmu boleh didapati di mana-mana sahaja. semoga rohnya dicucuri rahmat....

ez berkata...

kerana RM7,murid dibelasah shingga mati oleh guru..apa nak jd dgn dunia skrg? manusia akan jd sejahat2nya.itu petanda akhir zaman.Al-Fatihah utk arwah,semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman.dan berharap pihak yg berkuasa ambil tindakan dan tegakkan keadilan.

Tanpa Nama berkata...

sedihnya..
takziah untuk keluarga adik saiful.

Mama berkata...

Saya terus menangis bila baca berita ni di akhbar. 7 tahun... budak yang masih kecik dan tak tau apa2. hanya perlukan bimbingan dan kasih sayang.

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah untuk adik kecil yang malang..guru hanya pengajar dan pembimbing.Bukan ditangan guru untuk jadikan murid baik,pandai atau berjaya dimenara gading. Itu adalah hidayah Allah S.W.T. Kita hanya berdoa dan berusaha.

Sekiranya ada guru yang tidak boleh menjiwai kanak-kanak..BERHENTILAH dari jadi guru.