3 Apr 2011

[Video] 20 Maut, Rakyat Afghanistan Serang Pejabat PBB Bantah Jone Bakar Quran

Miami - Pastor Terry Jones dari Florida, yang mencetuskan kegemparan antarabangsa tahun lalu dengan ugutan mahu membakar al-Quran, kembali menjadi fokus selepas membakar kitab suci Islam itu — kali ini membawa kesan balas yang sangat berat — 20 maut di Afghanistan.

Reuters melaporkan, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, sebahagian besarnya kakitangan asing. Ada mangsa yang dipenggal kepala.

Protes berdarah itu diadakan selepas solat Jumaat semalam di bandar Mazar-i-Sharif. Jones, 58, seorang pastor fundamentalis dan ketua gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.

Tujuh orang terbunuh dalam protes di Afgahanistan dan beberapa negara Islam lain ketika itu. Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House.

Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan. Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kita suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang.

Program itu berlangsung kira-kira enam jam. Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.

Dalam pada itu, John King CNN memutuskan untuk tidak menyiarkan temu bual dengan Jones ekoran tindakannya membakar al-Quran. King berkata Jones ada memberitahunya bahawa beliau tidak akan “sama sekali membakar al-Quran” tetapi telah mengubah fikiran.

Jones telah diingatkan kesan ke atas Amerika Syarikat dan pasukan tentera antarabangsa di rantau Timur Tengah jika terus mahu membakar al-Quran.

Sementara itu, akhbar Los Angeles Times pula melaporkan dalam e-mel yang dihantar semalam, Jones tidak memberikan alasan beliau berubah fikiran sekali lagi.

Bagaimanapun beliau mengecam keganasan di Afghanistan sambil menyifatkannya sebagai “sangat tragis dan satu tindakan jenayah.”

Justeru beliau menggesa kerajaan Amerika Syarikat dan PBB membawa mereka yang melakukannya ke muka pengadilan. Jones mendakwa Islam bukan agama yang membawa “keamanan.”


10 lagi maut protes bantah bakar al-Quran

KANDAHAR, 3 April — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan - pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat bulan lalu.

Serangan berani mati juga disaksikan di pangkalan tentera NATO di Kabul, sehari selepas pejabat misi PBB di Mazar-i-Sharif, di utara Afghanistan, dan membunuh tujuh staf asing.

Ia merupakan serangan paling buruk ke atas pejabat PBB di Afghanistan.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa bendera putih Taliban.

Dua yang terbunuh adalah anggota polis Afghanistan, kata seorang pegawai.

Duta PBB Staffan de Mistura berkata, pihaknya akan mengkaji semula aspek keselamatan tetapi tidak akan meninggalkan negara itu ekoran serangan kelmarin.

Penunjuk perasaan marah dengan tindakan Pastor Terry Jones yang menyelia tindakan membakar al-Quran di depan 50 orang di gereja yang diketuainya di Florida, 20 Mac lalu.

Kelmarin, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja-kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat PBB selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.

Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.

Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House.

Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Pengadilan Al-Quran dan kemudian menyelia tindakan membakar al-Quran. — Reuters




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kamu jones telah membakar hati setiap orang islam serta melenyetkan2 muka kami kamulah sepatutnya dipersalahkan bukan mengalehkan kepada pehak lain.