21 Apr 2011

Nyata Datuk T Pendusta: Rakaman Video Seks Di Kondominium Bukan Di Hotel

Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu. -hm

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya orang MUNAFIK itu suka berdusta...itulah keadaanya bila akidah tidak bertunjang...masuk Islam sekadar sedikit habuan dunia...Hai orang2 yang waras hentikan lah permainan ini..sesungguhnya inilah permainan orang2 yang fasik.

faezal berkata...

kondominum...?? mm.. macam sama citer ngan liwat part 1 dan part 2 je.. cuma mangsa je lain jantinaa.. hahaha.. simpati kat anwarr

Tanpa Nama berkata...

aikk tak kan datuk t...tak tahu dia ambil jam kat hotel atau kondominium..ke datuk tu mabuk pill kuda...

Tanpa Nama berkata...

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Apasal tak tanya pompuan cina tu aja siapa lelaki tu, kan mudah?

EmasMaster berkata...

Udah2 ler penaya orang

otaklunyai berkata...

selagi kera jaan syaitan tak dijatuhkan ... hari-hari rakyat kumpul dosa fitnah utk bekalan di akhirat.... Nauzubillah!!!

Tanpa Nama berkata...

woi faezal,

ape ko merepek ni? kang dh ternag2 membohong mula2 kata hotel ni alih2apartment pulak..ke nak bersubahat ngn org munafik ke?

Unknown berkata...

Sesiapa yang bergelar Public Figure janganlah lagi buat sesuatu masalah.Please...jika sesiapa antara kita ni tak buat sesuatu yang buruk,nescaya tidak ada orang boleh menjatuhkan kita kecuali Allah.

Tanpa Nama berkata...

Apabila nur keimanan semakin hilang... Kebisuan ulama umno... kerana perut

anti-zul noordin al-ghuyub berkata...

aku rasa faezal tu nak sebut ni semua konspirasi UmnoUpco..

Tanpa Nama berkata...

Datuk Trio tu mana kenal hotel atau kondo..bg mereka..kalau bgunan tinggi..semuanya hotel...ahahaha..bgnunan klcc pun dia org akan ckp hotel...org yg tak tau undang-undang dunia dan akhirat. Yg dia tahu nak menjahanam kan orang sebab sakit hati, dendam atau politik...

Tanpa Nama berkata...

shahjb
confirm anwar yang kena. . kalau ikut versi asal perempuan cina atau thailand. dia org bukan pun kenal anwar. . nie org malaysia now skrip ke tiga akan berlaku macm saiful n azizan atau siapa saja janji fulus masuk . . bukan susahpun 'lu cakap ini orang buat i bayar lu 3 juta'
gitulah skrip seterusnya

Tanpa Nama berkata...

renovate bilik kondo, beli katil, almari & meja sama dlm video...

Tanpa Nama berkata...

Habis tu camna, laci kat spa yang kena kopak tu angkut sekali kut. Aiiyo sudah tukar laa!

nana

Tanpa Nama berkata...

mereka nak buat macamana pun itu hak mereka yang penting rakyat sudah tahu..... siapa datuk T se3benarnya...perempuan cina yang dimaksudkan itu udah dikenal pasti dan dari pengakuannya jelas ianya membuktikan Datuk T seorang penipu.... dan sekirannya mereka mahu membabitkan SAUDARA ANWAR JUGA RAKYAT sudah tahu bahawa itu satu penipuan. tak perlu dibperbedsarkan lagi yang perlu mereka lakukan ialah mendakwa Datuk T ..

Ketiga-tiganya mesti dipenjarakan dengan hgukuman berat selama 20 tahun dengan 80 sebatan itu yang betul kerana kedudukannya sebagai seorang datuk yang berforfile tinggi, sebagai contoh tasuladan kepada rakyat kerana memfitnah, menyebar, memiliki dan menpertontonkan kepada khalayak ramai sehinnga tersebar ke seluruh dunia.

Tanpa Nama berkata...

geng trio datok T mana kenai hotel dgn kondo, kedai nombot dgn kedai runcit...disko dgn mesjid. geng datok T spesis geng lelaki monopos sampai depa taktau nk beza. bodo seropa lembu bengong seropa kaldai. kecik2 takmau nk mampoih.

Tanpa Nama berkata...

Mufti Perlis berkata, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di mahkamah syariah melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi “hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku.”
Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”
“Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,” katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat.”

Tanpa Nama berkata...

jANTAN DALAM GAMBO TU sekali pandang MACAM tpm

Tanpa Nama berkata...

kalau pRDm memang telan bulat2 skrip china doll tu..tapi pDRm mesti kena telan org yg buat skrip tu...