21 Apr 2011

Anak Khir Johari Tempelak Mahathir: BN Yang Mainkan Isu Perkauman, Bukan DAP

Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian?
Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa "masyarakat Cina" akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

*Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari selaku Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

4 ulasan:

the end of be end berkata...

Arwah Ust fadzil noor dulu pernah berdoa agar umur tun dilanjutkan supaya beliau dapat melihat kerosakan yang akan berlaku di negara akibat daripada tindakannya. Mungkin selari dgn takdir skrg tun sedang menikmati hasil usaha dan titik peluhnya. saya hanya nak ingatkan tun kita manusia tak lari dari silap. bila silap kita mestilah mengaku, menyesal dan bertaubat utk tak mengulanginya. saya harap tun dapat bertaubat sementara sisa umur masih ada. saya sebagai umat nabi amat marah apabila tun pernah berkata dizaman nabi dulu tiada pisau cukur. kenyataan tun seolah2 nak mempersendakan rasul yang memang hidup dizaman yang tiada pisau cukur. kenapa tun berkata begitu? org melayu memang pandai bahasa sindiran. dan apa yg tun kata memang menyindir rasul dan zaman baginda. sedarkah tun kurun baginda adalah kurun sebaik2 kurun. walaupun tiada pisau cukur tapi berkatnya byk. lebih elok dari zaman tun yg penuh dgn rasuah, bala, buang anak, rogol anak. org mesir skrg umur 40 ada yg berhenti kerja kerana nak tumpu akhirat. cuba tun amik iktibar tu. berhentilah dari membicara pasal negara. siapkan lah diri utk menunggu kedatangan malaikat maut.

Tanpa Nama berkata...

wow...skrg boleh doa utk lihat kerosakan??? mana satu doa yg dimakbul? nape tk doa umur tun pnjg n mmbantu utk membetulkan keadaan...baru ku tau skrg blh doa mcm tu ye...coz ustaz aku ajar selama ni doakn yg baik2 walau utk org yd buat jahat pd kita...kerana jk doa kita makbul (org itu brubah kearah kebaikan)manfaatnya byk pihak yg dapt bkn kita aje.

Tanpa Nama berkata...

dey madet kutty...aku doakan semoga ALLAH taala memanjangkan umoq engkau supaya pecah pekong di dada, terbongkar rahsia yg kami taktahu...semoga ngkau hidop tak tenang aman didunia

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya Allah Maha Adil memakbulkan do'a orang yang teraniaya! Penuhkan usia subsidi Tun dengan memperbanyakkan taubat dan do'a. Lupakah bahawa Tun pernah kata dia tak mahu jadi Menteri Kanan seperti Lee Kwan Yu, tetapi ingin beribadat sebagai persediaan untuk hari akhirat. Tapi Tun masih berkokok di pentas politik. Ingatlah ajal boleh datang pada bila-bila masa tanpa bertangguh walau sedetik.