21 Apr 2011

Abd Aziz Bari Kritik Presiden PAS Kerana Beliau Letak Harapan Tinggi Kepada PAS

Kenapa PAS dikritik

TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Manketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif.

Ulasan GB

Nampaknya ulasan Tuan Ibrahim Tuan Man lebih adil dan lebih positif kali ini terhadap kritikan yang diberikan oleh Prof Abdul Aziz Bari berbanding dengan beberapa ulasan beberapa pimpinan dan ahli PAS (termasuk blogger) yang lebih banyak melakukan serangan balas kepada Prof Abd Aziz.

Malah Presiden PAS, TG Haji Hadi sendiri tidak pula menunjukkan sebarang riaksi negatif terhadap kritikan pedas Abdul Aziz, sebaliknya menyambutnya dengan menyatakan beliau sedia ditentang jika ada calon layak. Beliau menambah faktor usianya yang telah semakin tua dan perlunya barisan pelapis untuk meneraju parti.

Yang peliknya yang lain pula menyerlahkan ketidak-matangan mereka mengulas dengan penuh emosi menghentam semula pandangan Abdul Aziz tersebut.

p/s Markah positif untuk TITM bagi Muktamar nanti berbanding negatif untuk para penyerang intelektual. Take note about it!

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jawapan paling mudah = TGHH wajib letak jawatan..bila pertahankan lagi, itu tandanya gila kuasa..org dah taknak, tp masih selamba wat muka tebal..PAS akan tersungkur selagi golongan UG ada..

AHA berkata...

Siapa yang giler kuasa? Siapa yang tak mau TGHH? Yang marah adalah org yang tak berilmu agama. Menang kalah adalah kuasa Allah. Kenapa nak lawan takdir Allah? Jgn guna nama Dr. kalau nak komen ikut rasa, malu nt Dr2 lain,kalau setakat komen nak jatuhkan ulama'. Dah tau parti PAS adalah pimpinan ulama' kenapa cuba memperlekehkan pimpinan Nabi, balik pikir ikut Islam. AHA

anak bapak berkata...

kalau ada yg ambik berat selalu kat kita tu namanya dia sayang kat kita la......
mcm prof aziz kita nie.....
pasai tu dia selalu tegoq.selalu ambik pot ngan kita....
kalau dia benci misalnya...lantak pi laa hangpa....aku peduli apa.....

orang pas nie kekadang tu nasehat orang saja pandai......
bila kena sikit mcm nie....bagai nak gila dibuatnya....

semua orang sayang kat Pas nie....cuma kadang tu......sekali sekala kena ketuk laa kepala sikit.......baru tak perasan lebih......

ahli pas kena kenai laa puak UG UG nie laa yg dok buat sighu dlm jamaah....
yg nie laa prof kita tu tak bekenan sangat....
cakap nak lwn grombolan.....tapi bila jumpak dok berdakap hang aku.......
orang dan ahli dok nilai prangai mcm nie laa.....
prestasi mingguan...bulanan dan tahunan dlm gerakerja Pas koi mandom...koi bercelaru...tu pasai aziz tegoq tu........

ada paham?????????........

Waris berkata...

Pandai pun TITM jawab. Dah kritik bnyk kali tapi masih tak berubah. Masih lagi sibuk keluar negara sedangkan isu dalam negara gagal diselesaikan. Tak nampak peningkatan ,alah makin lama makin teruk. Mereka yg emosi perlu disekolahkan lagi

Tanpa Nama berkata...

Salam, TGHH perlu melihat kepada keperluan zaman sekarang, beliau memang penting dan masih boleh menjadi penasihat atau ulama' pakarrujuk macam Al Qardawi. Kepimpinan perlu Pas Kembali meneliti kemampuan dan keperluan semasa. Wallalua'lam.

lah berkata...

Salam, TGHH perlu melihat kepada keperluan zaman sekarang, beliau memang penting dan masih boleh menjadi penasihat atau ulama' pakarrujuk macam Al Qardawi. Kepimpinan perlu Pas Kembali meneliti kemampuan dan keperluan semasa. Wallalua'lam.

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat menang pilihan raya pun hukum islam tak tertegak tak guna jugak...yang paling penting perjuangan islam tu no.1...

sekian...MRA

fathi berkata...

insyaAllah mensyuarat kawasan besok saya akan cadangkan Husam Musa sebagai presiden, Mat Sabu sebagai Timbalan. walaupun personally saya mahu TGHH kekal. tapi biar ada persaingan, biar orang2 yang selama ni hanya tahu mengutuk ada peluang untuk memilih, sekurang-kurangnya di peringkat kawasan saya.

aje getik berkata...

AHA geng UG gak kot..hahaha
adakah golongan ulama tak boleh ditegur..?? kami tegur bukan sbb agama tp sbb otak TGHH tak habis2 dgn UG..mulut kata xde tp dlm otak berbelit2..UG takkan tamat selagi puak2 pembelit ada dlm pas..kalo TGNA dah xde, pas akan hancur lebur..tak percaya, cuba bangkitkan hal UG dgn anak2 muda..kalo rasa nak kena ludah, silakan..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Ni baru jawapan matang dari pemimpin Pas bukannya macam pemuda tu. Dah terlebih dose wala' sampai kurang akhlak kepada orang yang menegur.

Tanpa Nama berkata...

Hak mengkritik tu biasalah. Takan dengan musuh pun kita tak boleh berbaik. Salahudin al-Ayub pun pernah menghantar doktornya untuk merawat musuhnya Richard Lion ketika mengalamai kecerderaan. yang tu dikatakan berakhlak...

Tanpa Nama berkata...

Presidan PAS dan Nasha harus ditukar.

-fread-

Tanpa Nama berkata...

Jika yang dok komen suruh tok guru letak jawatn ni pasal ape. Apa halnya? Nak kritik jangan sampai tak ada akhlak. Ni jamaah Ialam... bukan pejuang kebangsaan. Bila Muktamar nanti pi la tengok. Jika perwakilan tak suka atau ada calon yang layak, tok guru tak ada masalah. bukan seronok atau suka-suka. Amanah yang kena pikul. Setakat ini TGHH adalah yang terbaik selepas ketiadaan al Marhum Us Fadil Noor.

mamatkeliang berkata...

adat dan adab...ni komen komen perwakilan ke? ntah ntah mesyuarat agong kawasan pun tak hadir..malu company.

kembara putih berkata...

Ramai pemimpin PAS kurang matang dan kadang2 kebudak2an, padahal katanya membawa imej Islam. Jika kita begitu bersemangat kritik Najib, jadi bila orang lain kritik TG Hadi, kita tak boleh terima, melenting, "jangan campur urusan parti kami"...kadang2 rasa pemimpin PAS ni amalkan pemikiran komunis pun ada. Ubah la wahai pemimpin PAS, TOLONG MATANG SIKIT. Umur masing2 dah tua tapi perangai mengalahkan budak2.

Aziz Bari selalu kritik PAS sebab dia memang sayang PAS. Kekalahan PAS di Beting Maro rasanya beliau tak boleh terima. Memanglah semuanya ketentuan Allah, tapi jika kurang berusaha maka tak boleh menang juga. Mungkin Aziz Bari rasa PAS khususnya TG Hadi kurang bijak untuk menang, kurang berusaha, malas, perkiraan matematik lemah, lesu macam Pak Lah.

kembara putih berkata...

Lagi satu typikal pemikiran pemimpin PAS dah ahli2, jika siapa yg nak lawan TG Hadi dan Nasharuddin digelar cuba menjatuhkan golongan ulama'. Tolonglah jadi orang dewasa wahai pemimpin PAS. Ulama' perkara lain, lawan perkara lain, jangan wujudkan persepsi yg gila2 demi mengekalkan jawatan orang tersayang, jika takut hilang jawatan maka rajin lah bekerja, jika takut hilang jawatan maka bekerja lah dengan bijak dan selalu guna akal.