28 Apr 2011

Nadir Bumi Bukit Merah: MB Dan Exco Wajar Letak Jawatan

Lim Guan Eng jamin tiada loji nuklear di negeri PR

Hanya Pakatan Rakyat (PR) adalah satu-satunya yang akan mengutamakan kesihatan rakyat dan kepentingan umum dari mengejar keuntungan syarikat dengan memastikan tiada kemudahan nuklear mahupun projek pemprosesan nadir bumi (rare earths) di Pulau Pinang.

Sangat mengejutkan apabila kerajaan negeri Perak secara senyap telah bersetuju dengan sebuah syarikat di Hong Kong untuk membenarkan projek pelombongan nadir bumi dibina di negeri itu sedangkan kemarahan orang ramai masih timbul ke atas kontroversi pembinaan Kilang Lynas di Gebeng, Pahang.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham Hong Kong bertarik 18 Mei, CVM Minerals Limited telah mengumumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangi bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) bagi melaksanakan projek tersebut di Bukit Merah, Ipoh.

Syarikat Hong Kong tersebut melalui anak syarikat tempatan, CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon lesen kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri bagi membolehkan mereka meneroka kawasan yang dijangka meliputi 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah juga merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pelupusan sisa radioaktif yang berjumlah RM300 juta. Sebaik memperolehi lesen, CVM Mineral dan PKNP akan menandatangani perjanjian bagi menetapkan terma dan syarikat dalam melaksanakan projek tersebut. Menurut sumber, CVM Mineral akan menjadi pemegang saham utama sementara PKNP akan menguruskan 135, 300, 000 saham CVM iaitu kira- kira 4.73% dari keseluruhan saham syarikat itu.

Aktivis alam sekitar telah menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth Milk yang dikaitkan dengan lapan kes leukimia termasuk tujuh kematian. Baru- baru ini kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa laporan lengkap sebulan dari Lynas hampir siap dan diikuti dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

Bukan hanya rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia menentang keputusan yang pendek fikiran ini.

Jelas Barisan Nasional (BN) terlalu mengejar keuntungan sehingga buta dalam mengutamakan masalah lingkungan hidup, keselamatan dan kesihatan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Rakyat Perak harus bangkit semula bagi mengembalikan kerajaan PR di bawah pimpinan Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengelakkan projek pelombongan nadir bumi terus beroperasi di Perak.

Pada mulanya Pahang dan sekarang Perak. Pelombongan nadir bumi ini sememangnya tidak boleh dipandang ringan tanpa mengadakan rundingan yang sewajajarnya kerana risiko yang bakal ditanggung amat tinggi. Hanya negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil sikap tegas dan tanpa berkrompomi menentang pemprosesan dan pelombongan nadir bumi ini.

Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang telah berlengah telah bertindak lebih maju dengan terlebih dahulu menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan umtuk menentang setiap kemudahan loji nuklear untuk ditempatkan di negeri ini. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin pada 21 Mac 2011 sebagai bantahan terhadap pembangunan kilang nuklear di Malaysia. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga turut menyatakan pendirian kerajaan negeri untuk tidak membenarkan sebarang kemudahan seperti itu di Pulau Pinang.

Selepas berlakunya bencana nuklear di negara secanggih Jepun, kerajaan BN seharusnya menghentikan projek tersebut. Bagaimana BN boleh memastikan tiada risiko berbahaya sejurus pembinaan loji nuklear kepada kesihatan dan keselamatan awam ketika kerajaan BN tidak boleh membina bumbung stadium tanpa runtuh dan memastikan atap Parlimen tidak bocor?

Melalui surat yang dibalas kepasa saya pada 20 April 2011, Peter Chin mengatakan bahawa adalah mustahil untuk membina loji nuklear di Pulau Pinang kerana kepadatan penduduknya yang tinggi. Namun tekad kerajaan BN adalah untuk meneruskan pembangunan loji nuklear menjelang 2020 di kawasan lain di Malaysia.

Rakyat Pulau Pinang boleh tidur dengan aman dan yakin tentang keselamatan anak- anak mereka selagi PR memerintah. Malangnya kepada mereka yang tinggal di negeri- negeri di bawah pemerintahan BN kerana negeri tersebut berkemungkinan mempunyai loji nuklear menjelang tahun 2020. Jelas BN telah memperjudikan kesihatan dan keselamatan rakyat.

Hanya negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Pulau Pinang tidak sanggup menanggung risiko tersebut. Atas alasan ini jugalah rakyat Perak, Pahang serta negeri- negeri BN lain harus belajar bahawa hanya kerajaan pemerintahan PR dapat memastikan bahawa projek pemprosesan nadir bumi serta sebarang pembinaan loji nuklear dibina yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan keluarga mereka.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.


MB, Exco ‘terkejut’ MoU firma HK lombong nadir bumi di Bukit Merah

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Menteri Besar menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

“PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

“Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Zambry, ekoran tumpuan ramai selepas krisis nuklear di Jepun selepas bencana berganda bulan lalu dan isu loji Bukit Merah, beliau tidak gembira kerana PKNP tidak memaklumkannya mengenai MoU dengan CVM.

Aktivis alam sekitar menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng, dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth milik, yang dikaitkan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian.

Ibu pejabat CVMSB ditubuhkan pada 2007 untuk melombong dolomit dan mengeluarkan ketulan magnesium di Malaysia.

Ia beroperasi di Perak sejak Jun 2009 dan juga menerokai perlombongan bijih besi, arang batu dan mangan.

Pengerusi CVM, Goh Sin Huat merupakan bekas ketua pegawai eksekutif Ho Wah Genting Berhad.

Ho Wah Genting, yang turut mempunyai pegangan dalam CVM juga dilaporkan mahu menyertai perlombongan timah untuk memperluaskan asas perolehan.

Syarikat itu juga berkata, pemeteraian dengan sayap pelaburan Perak belum selesai lagi.

“Sehingga tarikh pengumuman, tiada perjanjian sahih diputuskan antara syarikat dan PSDC dalam mewujudkan perkongsian,” kata CVM dalam maklumannya.

PSDC mengumumkan ia juga berminat untuk membeli 135.3 juta saham CVM iaitu kira-kira 4.73 peratus daripada keseluruhan saham syarikat itu. -TMI



Ulasan GB

Sungguh hairan, seorang MB dan seorang exco tak tahu menahu kegiatan yag dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bersama CVM Minerals Limited dari Hong Kong bagi melaksanakan projek pelombongan nadir bumi di Bukit Merah, Ipoh.

"Terkejut" katanya, atau buat-buat terkejut?

Kalau MB dan exco sendiri tak tahu menahu mengenai kegiatan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak yang memang merupakan sayap utama pelaburan negeri, maka sewajarnya MB dan exco itu meletakkan jawatannya masing-masing.


2 ulasan:

Hairun Azmi berkata...

Kerajaan kapitalis tidak langsung memikirkan nasib rakayt.


Sony Play Station di ceroboh pengodam

bulya nazim bin lob aziz berkata...

Terkejut... kerana terlampau banyak masa dihabiskan kepada politik lucah.