28 Apr 2011

Kes Khalwat Ahmad Azhari Bang Bang Boom Akan ke Pendakwaan

Kes Khalwat Pengacara Akan Ke Pendakwaan

KAJANG: Fail siasatan kes khalwat pengacara Bang Bang Boom, Ahmad Azhari Mohamad Ali dengan seorang isteri orang telah dilengkapkan dan akan dihantar ke bahagian Pendakwaan Syariah Selangor untuk tindakanlanjut.

Sumber dari Bahagian Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, mengesahkan perkara itu pada Rabu.

Sekiranya pihak pendakwaan berpendapat terdapat kes terhadap Ahmad Azhari, pengacara tersebut boleh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan bersalah, Ahmad Azhari boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanyasekali.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu pihaknya akan mengeluarkan surat untuk mengarahkan pengacara itu hadir ke pejabatpenguatkuasa bagi menyambung jaminan ke atas dirinya selepas gagal berbuat demikian pada Selasa.

Ahmad Azhari, 28, disiasat atas kesalahan berkhalwat yang dikatakan dilakukan di sebuah apartmen yang terletak di Ampang, dekat sini pada Oktober 2010.

Pada 15 Oktober 2010, Ahmad Azhari mengakui bahawa dia telah hadir ke pejabat agama untuk tujuan soal siasat pada 4 Oktober 2010.

Dia juga mengakui bahawa dia berada di tempat kejadian untuk membantuwanita tersebut mengemas barang kerana akan ke Kota Kinabalu, Sabah dan menafikan ada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama. -mstar


Pengacara Bang Bang Boom di tangkap khalwat

Pengacara program Bang Bang Boom!, Ahmad Azahari Mohamad Ali, 27, bersedia menerima hukuman daripada Mahkamah Rendah Syariah Kajang berhubung kes khalwat melibatkan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah apartmen di Ampang, dua minggu lalu.

Dia yang telah dipanggil untuk disoal siasat pada 4 Oktober lalu dan sedang menunggu perbicaraan di mahkamah.“Saya mengaku saya berada di tempat kejadian dan ini merupakan satu kesilapan saya.

“Kes tersebut dijangka akan dibicarakan pada tahun hadapan. Saya juga telah memberikan keterangan di mahkamah dan bersedia menerima apa sahaja hukuman dan denda yang dikenakan selepas ini,” katanya ketika sidang media program Bang Bang Boom! musim keenam di Sri Pentas TV3, di sini, Khamis.

Ekoran daripada itu, Azahari turut memohon kepada penonton supaya sentiasa memberikan sokongan kepada program Bang Bang Boom! dan mengetepikan masalah yang di hadapinya itu.

Malah dia juga mampu menghadapi kes tersebut dengan baik tanpa mempengaruhi karier seninya.

“Saya harap penonton dapat membezakan antara soal peribadi saya dan rancangan yang saya kendalikan, Bang Bang Boom!. Saya mahu penonton terus menonton dan memberikan sokongan kepada Bang Bang Boom!.

“Saya akui pertama kali melalui saat seperti ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran serta lebih berhati-hati lagi selepas ini. Kes ini merupakan yang pertama dan pastinya yang terakhir dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit program tersebut, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim berkata pihak produksi masih memerlukan khidmat Azahari pada masa akan datang dan tiada tindakan yang diambil walaupun insiden tersebut sedikit sebanyak mencalarkan reputasinya.

“Saya akui apabila soal kerja, kita tidak akan campurkan hal peribadi dan fokuskan tentang kerja. Lagipun, Azahari tiada masalah dengan kami. Jadi, kami hormati setiap masalah yang berlaku melibatkan peribadinya,” jelasnya.

Dalam laporan akhbar sebelum ini, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu mengemas barang di rumah wanita itu yang mahu ke Kota Kinabalu, Sabah. – mstar



Tiada ulasan: