1 Apr 2011

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Projek 'Lautan Biru Strategi 3' tiada kaitan pilihan raya

SERIAN: Projek 'Lautan Biru Strategi 3' yang dikendalikan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan pedalaman negeri ini, tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad, berkata jika ada pihak mengaitkan projek berkenaan dengan politik, mereka sebenarnya silap kerana ia sudah lama dirancang.

Malah, katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek membina kediaman rakyat miskin menerusi Program Bantuan Rakyat (PBR) sudah dikeluarkan sejak tahun lalu.

“Saya ingin menegaskan, projek ini bebas daripada sebarang unsur politik, jauh sekali berkaitan dengan pilihan raya Sarawak.

“Kami melaksanakan projek ini demi kesejahteraan rakyat miskin di luar bandar dan harap ia tidak dikaitkan sebagai projek pilihan yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya selepas majlis penyerahan rumah PBR kepada Juwim anak Nyaie, di Kampung Bunan Gega, di sini, semalam.

Sebanyak dua rumah baru dibina di kampung berkenaan, manakala empat lagi dibaiki mengikut program berkenaan.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zain dan Panglima 1 Divisyen,Mej-Jen Datuk Awi Suboh.
Ibrahim berkata, sebanyak 9,400 rumah PBR akan dibina di seluruh negara tahun ini dan di Sarawak sebanyak 3,183 unit akan dibina dengan kos sebanyak RM1.03 juta.

Bagi projek pembinaan rumah baru, setiap projek memerlukan peruntukkan antara RM40,000 hingga RM44,000 manakala untuk projek membaiki pula memerlukan kos RM12,000 setiap satu.

Katanya, kementerian memilih ATM sebagai rakan kongsi untuk menjayakan projek ‘Blue Ocean’ kerana ia dijamin cepat dalam tempoh singkat dan menjimatkan kos.

Sementara itu, Zulkifeli, berkata, selain membantu agensi lain melaksanakan projek untuk kemudahan rakyat, ATM khususnya Tentera Darat juga memanfaatkannya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Selain PBR, beliau berkata, pihaknya juga melaksanakan projek pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, termasuk jalan sepanjang 76 kilometer dari Ba' Kelalan ke Long Luping di hulu Baram.

“Malah, anggota kami juga terbabit dalam projek bekalan air bersih di 12 daerah negeri ini bersama Jabatan Kesihatan dan sebanyak 37 lokasi sudah dikenal pasti dengan peruntukkan sebanyak RM5.2 juta disediakan,” katanya.

Ulasan GB

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ATM menyangkakan semua rakyat bodoh seperti mereka.

Cuba menggunakan topeng bernama 'Lautan Biru Strategi 3" apabila rela menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk berkempen di pilihanraya negeri Sarawak.

UMNO BN menggunakan pelbagai strategi untuk "merasuah" rakyat, sekalipun mereka berselindung di sebalik pelbagai kumpulan dengan pelbagai jenama.

Diantaranya seperti diatas, lansung tidak bermaruah memperalatkan Angkatan Tentera. Jika benar tiada muslihat dan tiada apa-apa kaitan dengan PRN Sarawak, mengapa perlu namanya "Gelombang Biru" yang tiada lansung kaitan dengan ATM? Bukankan "Gelombang Hijau" lebih bertepatan dengan warna sesebuah angkatan tentera? Celoreng biru hanya digunakan oleh pelatih PKLN. Sejak bila ATM menurunkan darjatnya serendah itu? Itulah kedudukan mutu dan darjat ATM sekarang ini.

Selain dari itu, UMNO BN juga menggunakan NGO yang membawa penari-penari separa bogel menganjurkan majlis makan malam dan mengadakan cabutan bertuah mengagihkan pelbagai hadiah untuk rakyat yang selalu dilakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Apa-apa pun semua penipuan UMNO BN tidak akan kekal. Satu hari rakyat akan tetap buka mata dan UMNO BN pasti tumbang juga!

1 ulasan:

Awanama berkata...

ATM macam SPR dan SPRM, BN punya