1 Apr 2011

Memang Benar SPR Tidak Boleh Diharapkan Untuk Pilihanraya Yang Bebas & Adil

SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi. -TMI


SPR: Tidak adil TI-M dakwa kami tak boleh diharap

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan “tidak adil” bagi Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa pihaknya sebagai tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan kenyataan TI-M itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau hairan kerana badan pemantau itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau yang juga bekas setiausaha SPR berkata pihaknya menjalankan kedua-dua tugas menguruskan pilihan raya dan juga menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

“Saya hairan kerana TI-M sedar dan faham bahawa tanggungjawab memantau dan membanteras apa-apa perbuatan rasuah termasuk rasuah politik dan rasuah semasa pilihan raya adalah di bawah bidang kuasa SPRM,” kata beliau dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, TI-M mendakwa SPR tidak boleh “diharap” sepenuhnya dalam memastikan proses pilihan raya negara ini adalah bebas dan adil.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, SPR telah gagal untuk memperlihatkan agensi itu adalah “bebas” dalam menjalankan fungsinya meskipun mereka dijamin autonomi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” kata beliau.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang pilihan raya sedia ada tidak dikuatkuasakan dengan sebaik mungkin dan banyak kesalahan pilihan raya tidak dikenakan hukuman yang sewajarnya.

“SPR hanya menguruskan proses pilihan raya, bukannya menguatkuasakan (undang-undang),” kata Low semalam ketika negara bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Hari penamaan calon adalah 6 April manakala pengundian akan diadakan 16 April.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) secara konsisten menuduh SPR tidak menjalankan fungsinya dengan bebas dalam kebanyakan pilihan raya kecil, menyebabkan banyak aduan dikemukakan terhadap suruhanjaya tersebut.

Bagaimanapun SPR mempertahankan ia tidak memihak Barisan Nasional dan menolak dakwaan ia tidak bebas.

Dalam penjelasannya, Wan Ahmad juga berkata, SPR memang memandang serius dan berusaha untuk membanteras apa jua bentuk rasuah dalam pilihan raya, sebab itu suruhanjaya itu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkenaan dan meminta mereka memantau apa jua aktiviti rasuah semasa pilihan raya.

“Benar bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ada seksyen-seksyen tentang rasuah, tapi apa-apa perbuatan rasuah atau aduan-aduan tentangnya SPR minta bantuan atau serah kepada tanggungjawab SPRM.

“Sama juga kalau perbuatan-perbuatan jenayah dan hal-hal keselamatan berhubung kait pilihan raya adalah di bawah bidang urusan polis,” katanya.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang, katanya, SPR merupakan badan yang menguruskan dan menjalankan pilihan raya.

“Semua undang-undang penjalanan dan urusan pilihan raya SPR laksanakan dan kuat kuasakan.

“ Tentang penguatkuasaan hal-hal rasuah... SPRM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengenainya. Jadi tidak tepat dan tak adil pihak TI membuat kenyataan seperti,” katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Majoriti rakyat menyatakan memang SPR tak boleh diharap untuk memastikan proses pilihan raya negara ini dikendalikan dengan bebas dan adil.

Kerana? Sikapnya yang tidak berkecuali, tidak telus dan terlalu berpihak kepada parti kerajaan UMNO BN.

Tidak percaya? Buat satu pungutan suara.

Bukti: Terlalu banyak. Diantaranya keengganan menggunakan dakwat kekal, menyerang pembangkang tetapi membiarkan parti kerajaan melakukan pelbagai kesalahan pilihanraya, pemindahan pengundi tanpa notis, pengundi pos yang ditambah secara mendadak, timbalan pengurusi SPR yang terlalu lama berkhidmat dan pelbagai lagi.

Kata kami: SPR boleh menipu sesetengah orang di dalam sesetengah masa, kamu tidak boleh menipu semua orang di dalam semua masa.

Alasan: Kebenaran akan tetap akan muncul juga.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat Malaysia yang mengundi disetiap pilihanraya selama ini.. saya dah rasa bosan dengan segala tegoran dan laporan terhadap sikap SPR yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Ada kalanya saya amat bersetuju jika sekiranya diboikot sahaja pilihanraya ni. Akan tetapi saya lebih setuju sekiranya ramai-ramai keluar kejalanraya mengikut arus perdana apa yang berlaku diluar sana. Kerana itulah cara penyelesaian yang terbaik.

Khairi berkata...

Salam,

Kalau SPR yakin mereka adil, kita minta Pimpinan kita desak SPR benarkan kita "audit" senarai pengundi, kita yakin terlampau banyak "non-compliance" dan keraguan dalam "master data" SPR. Kita mahu "full access" ke sistem pengkalan data SPR. Saya sanggup menjadi auditor! Ada berani?

panjang berkata...

pajang said,

salam, tahniah bro khairi.. wa suspek lu sbb berani cabar dorg tapi almaklom seantero dunia, dorg x akan berani sahut cabaran lu.. dorg lebih rela ngaku x bertelo dr diaudit. umPORno dan sekutu gomennya dah busuk sesangat.. kalau dorg kalah, dorg masuk dlm sbb bukti kesalahan tu dah jelas lagi terang cuma dakwaan double standard, so by hook or by crook dorg kene menang. tipu dgn cara paling bangang pun dorg sanggup sebab masih ramai lagi yg sanggup dibodokan especialy org melayu (DAP menang kat tempat majoriti cina.. umporno mng dimajoriti melayu...) x gitu?

Tanpa Nama berkata...

adil bermaksud "letak sesuatu kena pada tempat" cara bekerja pun dah tidak betul macamana nak kata adil dan telus. Jika buat kerja ikut kehendak orang yang berkuasa dan menyalahi syariat. macamana wang gaji yang kita dapat tu? janganlah hanya betul pada pandangan kita. Rujuklah Kitab jika kita orang Islam. Memang tak akan jumpa keadilan jika kita rujuk kitab orang putih atau law sendiri kita bikin. Jika orang yang tak patut mengundi pun kita daftar, yang tak cukup umur pun kita daftar (polis yang baru training)pun boleh undi pos (orang lain yang memangkah) macamana pilihanraya tu dikata berjalan dengan baik. Rakyat today macam2 undang dikenakan tetapi orang ternama macam tak ada undang.Insaflah SPR bila pencen nanti tiada yang peduli kita.

Tanpa Nama berkata...

nak suka pulak bila ckp bab spr ni..

dlm kain sendri pun tak terjaga...hahahahahahaahahha..kl tak xdok la zaid berahim merajok..


stat masa ngundi sampai la ke proses nak kumpul peti undi dan kira undi...wakil parti bertanding baik bn mahupun pr telah dipertanggungjawab utk perhatikan peti undi utk elak penipuan...

benda tu xnak persoalan pulak...hahahahahahahha

1 Malaysia berkata...

"Dia tu dok hairan pasal apa orang kata dia tak adil." Bangang punya manusia. Kalau dah munafikun, mana nak sedar yang dia tu munafikun. Inilah manusia yang sanggup mengkhianati bangsanya sendiri semata-mata kerana sedikit ganjaran dunia. Kasihan melihat mangkuk ayun ni.

Waris berkata...

Yg dok sebelah kiri dlm gmbr tu... USELESS