24 Apr 2011

Apabila Mustafa Ali Mengadu Diftnah....

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil. -HD

Ulasan GB

Selalu GB menyatakan bahawa di dalam kehidupan kita hukum karma atau "sunnatullah" akan sentiasa berlaku. Ia tidak berubah, firman Tuhan.

Datuk Mustafa kali ini "difitnah" namun beliau (dan kita juga) perlu akur bahawa tidakkah media arus perdana akan sentiasa memutar-belitkan berita daripada pimpinan PR? Bukankah itu sudah menjadi tugas mereka?

Semalam GB mengadiri Muktamar PAS Kawasan sebagai perwakilan dan perasmi muktamar (mungkin tanpa sengaja) mengimbau kembali kejadian kegagalan 16 Sept.

Umum mengetahui peristiwa itu, dimana, akhirnya Datuk Mustafa ditegur oleh Mursyidul Am PAS.

Kisah itu kisah lama, tetapi jika ia belum "dibersihkan" dengan sepenuhnya maka, "hantunya" akan terus berkeliaran meracau mangsa. Itu pun sunnatullah juga.

Jangan pula terperanjat GB menggunakan istilah "hantu" di atas, ia hanyalah satu gantinama terhadap "dirty energy" yang ada pada aura manusia dan alam sekelilingnya.

Para ilmuan sentiasa mengkaji "sunnatullah" ini untuk menemukan jawapan-jawapan dan memecahkan persoalan terhadap beberapa kemusykilan yang dihadapi oleh manusia di mayapada ini dan diantaranya ialah Fibonacci.

GB tidak mahu mengulas panjang mengenai isu fitnah ke atas Datuk Mustafa tersebut, tetapi kita semua sepatutnya ambil iktibar dari kejadian tersebut.... dan semuga pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS & PR akan sentiasa terpelihara dan dilindungi Allah s.w.t. daripada difitnah terus-terusan oleh si pemfitnah keparat tersebut. u, Untuk menadapat "perlindungan" itu maka jalan mudahnya, kita jangan wujudkan fitnah kepada jemaah. Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah pula lalai.

12 ulasan:

Kedahlanie berkata...

nak buat camna GB..
mereka lagi suka bercakap dgn media NAJIB dari bercakap dengan media kendalian BEROK-BEROK nie.....

almaklumlah dalam hati ada taman....

Tanpa Nama berkata...

salam GB,
dalam web portal pro pembangkang pun ada tulisan yang mustaffa ali akan mengkaji semula pakatan dengan PKR. kenapa plak dia menafikan..adakah berita dalam portal pro pembangkang seperti malaysiakini, malaysianinsider tu pun selama ini buat fitnah ke?

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah Presiden parti yang memilih Mustafa Ali sebagai S/U nya, sudah tentulah beliau juga sama cerdiknya macam Mustafa Ali. Dan 2 orang ini jugalah yang telah menyerahkan kembali Trengganu kepada BN tempuh hari. Kalaulah orang2 PAS ada akal sikit, mereka patut sedar pemimpin2 ini sudah wajar di ketepikan. Macam mana nak tadbir Putrajaya, nak jaga sebuah negeri pun tak boleh. Geng Trengganu ini sudah patut dihentikan dari menjadi saf kepimpinan teratas. Ramai lagi tokoh2 yang lebih progressif dalam PAS yang wajar diberikan peluang.

iswara berkata...

Terlajak perahu boleh diUndur,Terlajak Cakap inilah padahnya.Gatal mulut nk buat sidang akhbar kononnya aku SU boleh buat apa saja.Bila kena batang hidung sendiri mulalah Menyalahkan orang lain sedangkan mulut kamu gatal bercakap depan musuh.Sedar dirilah bahawa kamu yg bersalah.Kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.Ego mu memudaratkan Jama'ah.

Tanpa Nama berkata...

senang je... pulau semua media umno

sb dehlawi berkata...

Dah tahu akhbar tu putar belit mengapa bagi statement. Mustapa ali tak belajar pengalaman lalu, bukankan dia pernah berkali-kali ditipu akhbar itu, mengapa tak serik-serik nak bagi statement lagi. sekarang PKR dah marah

Tanpa Nama berkata...

memang betul apa iswara kata..dia gatal mulut nk buat stetment kenapa..dok umah main dgn cucu lagi baik..bila ada isu besar melibatkan parti ..baru buat press stetment..muafakat dulu antar komponen nak ckp apa kt press conference...

ni tak..mentang2 jadi S/U parti...main hentam saja buat stetment dan bila dah kena cili...dok ckp bukan aku yang makan cili..aku hidu je cili tu..tk makan..jgn salah lapor...tk tengok ke letak ke hidung je..bkn masuk mulut...lebih kurang gitu laa situasi mustaffa ali ni skarang..

Tanpa Nama berkata...

nak ugut saman la pulak... hahaha... ripoter rekod lah statement ko tuh... berani saman la...

geng uji ni gila nak jadik menteri dan perdana menteri... tu yang jadik gini... gi masuk AKIM la wehhhh!!!

Tanpa Nama berkata...

Pas masih berbau hamis Terengganu.

Dengan kesempatan pemilihan kepimpinan kali ini ahli-ahli Pas eloklah menilai semula dengan melantik pemimpin-pemimpin yg tidak jumud kenegerian dan segar dalam membaca selok belok politik tanagair.

Semoga Pas terus segar dan releven dalam perjuangan untuk mengambil tempat UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Puak UG ni memang selalu bekalkan lembing kepada UMNO untuk tikam PAS dari belakang.Sudah tu,sembunyi tangan konon Utusan salah itu dan ini.Ini yang ahli-ahli biasa PAS tak faham-faham.Wala,wala,wala.Itulah sebabnya TGNA kata UG ni karut.

Tanpa Nama berkata...

puak UG memang macam tu, singkir saja dalam muktamar

Tanpa Nama berkata...

Bukan kali ini saja dia menyalahkan akhbar salah lapor cakap dia. Bahkan sebelum ini setiap kali dia bagi press statement, lepas itu dia akan cakap balik kata akbar salah petik statement dia.

Kenapa perkara ini berlaku? adakah kerana wartawan tak dapat memahami cakap dia yang berputar-putar atau memang dia cakap berpusing-pusing hingga wartawan susah nak faham apa yang dia cakap? Dah banyak kali jadi macam ni, tapi masih dilantik jadi orang penting PAS, bila orang kritik dan tak sokong, kata orang tak wala'... tapi hakikatnya orang ramai bukannya bodoh nak membuta tuli menyokong mamat pandir macam ni. Akhirnya dengan Pas dan presidennya pun jadi busuk.