19 Apr 2011

4 Wanita Direman Kes Bunuh Di Hotel

Kota Bahru: Empat wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian membabitkan seorang ibu lima anak, Rozi Hana Md Zin, 34, di sebuah bilik hotel, di sini, tengah hari kelmarin.

Suspek berusia antara 39 dan 49 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada petang hari sama.

Perintah tahanan reman yang bermula semalam itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu, Amni Mat Jahari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perintah tahanan reman itu bermula semalam sehingga 23 April ini.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian dengan kelalaian.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati wujudnya unsur jenayah terhadap kematian mangsa.

“Bagaimanapun, kami masih meneruskan siasatan berhubung kes ini,” katanya. -hm

Tiada ulasan: