10 Mac 2011

SYIAH: Lain Yang PAS Tanya, Lain Yang BERNAMA Laporkan

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. -HD



3 ulasan:

hussin berkata...

didahinya tertulis "tok guru is not Pas".

Apakah Muktamar Pas 2011, akan merupakan "medan pertempuran" paling sengit bakal disaksikan sepanjang sejarah Muktamar Pas selepas Muktamar Khas saranan TGNA diketepikan. Buat pertama kali ahli2 Pas benar-benar ada pilihan dan berpeluang untuk menukar kepimpinan. Apakah ahli2 Pas begitu serius mengatur persiapan rapi daripada semua segi, selain bersedia mengambil manfaat daripada apa jua insiden, khususnya kelemahan yang tertonjol selepas Muktamar Pas Ke 54 dan 55, bagi memastikan "Biar Pas kalah asal Islam menang" tersasar serta menyanggah "tok guru is not Pas", sekali gus menghapuskan virus UG dalam Pas!

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/03/amaran-keras-dari-merlimau-kerdau.html#comments

Mi Mercik berkata...

dhjenis penipu semuanya nk tipu..akhbar yg gila babi..patutpn penjualan kebelkngan ini merosot sb jenis penipu rupanya.rkyt mlysia dn sedar akan pmbohngan ini dn mncari alternatif bg sumber berita

Tanpa Nama berkata...

Nasa ni tak ada kerja lain ke?Sejak dipilih jadi Tim.Presiden PAS tak ada satu kerja atau projek yang dia buat.Asyik pergi luar negeri buat lawatan.Khabarnya Nasa ni banyak duit sebab itu tak ada masa untuk buat kerja PAS.Rumah pun bukan main besar dan hebat walau pun baru sepenggal jadi ahli Parlimen.Ah! ulamak,mesti wala pada ulamak.