14 Mac 2011

Kelantan Tunggu Kedatangan Chua Soi Lek

Nik Aziz tunggu MCA tanpa syarat

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kunjungan pemimpin MCA bagi membincangkan pengharaman jualan loteri di negeri itu tanpa sebarang syarat, kata setiausaha akhbarnya.

Ahmad Fadhli Shaari berkata, tarikh dan tempat pertemuan itu bagaimanapun akan ditentukan kemudian, dijangka lusa (Rabu), apabila beliau pulang daripada menghadiri program di Kedah.

"Kita mengalu-alukan kesediaan MCA untuk bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz). Beliau terbuka, tak ada masalah," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS negeri.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh MCA semalam berhubung perkara itu.

Semalam, setelah ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya mahu bertemu Nik Aziz bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, kecuali Nik Aziz, MCA tidak beminat berjumpa dengan sesiapapun bagi mendapatkan penjelasan kenapa pengharaman dibuat itu dibuat selepas 20 tahun PAS berkuasa di Kelantan. -mk


Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.

"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarikh sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya.

"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.

Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.

Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.

"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.- mk


Ulasan GB

Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti ..

Kita juga mahu tahu, kenapa selepas 20 tahun (PAS memerintah Kelantan dan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bersandarkan Islam) barulah sekrang MCA mahu jumpa TGNA?

Walau bagaimanapun, kita ucapkan kepada Chua Soi Lek dan pimpinan MCA supaya teruskan lawatannya ke Kelantan dan bertemu TG Nik Aziz.

Di sana anda akan temui jawapan terhadap segala persoalan yang anda kebingungan selama ini hasil dari persahabatan anda dengan UMNO yang telah banyak menyelewengkan ajaran Islam.

Kalau boleh bawa seramai mungkin ahli-ahli MCA untuk lihat sendiri bagaimana kehidupan masyarakat tionghua di Kelantan daripada anda menuduh yang bukan-bukan.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wa caya tok guru, pertemuan itu akan membuka mata umngok betapa terbukanya minda pemimpin2 PAS, bukan macam sesetengah pemimpin, menyorok bawah ketiak bini bila orang ajak berdebat.

Tanpa Nama berkata...

Berani ke Pelakon Porno tu jumpa TGNA? Nak kena ceramah panjang lebar nanti boleh la konfirm tak beraninya, bagi je statement nak jumpa tunjuk leadership la tu, tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa nak masuk 2 minggu dah.

-wakleman

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya Pelakun tu hanya bercakap saja, tapi apabila sampai masa pertemuan akan dihantar wakilnya sahaja...

Tenti dia tak berani jumpa ULAMAK... memang tak setaraf pun.