14 Mac 2011

BN Sudah Gila Mahu Teruskan Juga Bina Logi Nuklear

DAP, Gerakan gesa Putrajaya belajar pengalaman Jepun, gugur idea nuclear

DAP dan Gerakan hari ini menggesa kerajaan agar menggugurkan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear dengan mengambil kira nasib yang dialami Jepun selepas dilanda gempa bumi terburuk dan tsunami Jumaat lalu.

Loji-loji tenaga nuklear di timur laut Jepun berhadapan dengan masalah kegagalan reaktor berfungsi dan letupan juga disaksikan kelmarin dan hari ini.

Lebih 180,000 dipindahkan dari kawasan lingkungan loji melibatkan 20 kilometer manakala sekitar 160 orang terdedah kepada radiasi.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago berkata, Malaysia harus menggunakan kebijaksanaan untuk mengelak daripada menggunakan loji tenaga nuklear, sebaliknya menggunakan sumber tenaga lain yang lebih bersih dan selamat.

“Oleh itu, saya menggesa Menteri Peter Chin agar membatalkan kesemua idea mahu menerokai tenaga nuklear,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Wakil rakyat itu merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga, Hijau dan Teknologi Datuk Seri Peter Chin semalam bahawa rancangan Malaysia untuk membina dua loji nuklear akan diteruskan meksipun Jepun berhadapan dengan masalah ekoran gempa bumi dan tsunami dan bahawa “kerajaan tidak akan melakukannya dengan sembunyi-sembunyi tanpa memakumkan orang ramai.”

Santiago berkata Jepun walaupun mempunyai 60 tahun pengalaman dalam tenaga nuklear tetapi ia juga ada rekod kemalangan.

“Jika negara yang ada kepakaran dan pengalaman seperti Jepun boleh menyaksikan kemalangan, maka Malaysia tidak harus pergi kepada nuklear kerana rikisi dan kesan kegagalan sangat besar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga menggesa kerajaan mengkaji semula loji tenaga nuklear dengan meneliti kesan yang dialami Jepun sekarang.

Ketua biro alam sekitar, keselamatan dan kualiti kehidupan Gerakan Dr Cheah Soon Hai menggesa jawatankuasa Parlimen akan menilai semula elemen kelebihan dan kekurangan loji nuklear di negara ini.

“Kerajaan tidak harus mengetepikan kebimbangan dan kekhuatiran orang ramai mengenai aspek-aspek keselamatan. Kebajikan rakyat mesti diutamakan,” kata ADUN Derga ini.

“Kami berharapan kerajaan akan lebih berhati-hati memandangakan kita tidak meramalkan masa depan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, kerajaan Jepun juga memberikan jaminan sebelum membina loji nuklear beberapa tahun lalu bahawa ia selamat dan terletak jauh dari kawasan padat penduduk.

Semalam, Chin berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

“Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir... ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi. -TMI

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam GB,Ni yang saya bimbang.kat malaysiani sebut saja mana projek kerajaan yang tak bermasaalah,bangunan sekolah dan jambatan retak,stadium pun runtuh,bangunan parlimenpun boleh bocor.kalau buat loji Nuklear,lagilah teruk kesannya.

Tanpa Nama berkata...

Mat Mongol ni mana nak dengar cakap orang.Dia takut kad Big Mama aje.Dia tak kisah akan keselamatan rakyat dsn negara yang penting ada masyuuuk.Bina Loji Nuklier bermakna ada tender.Tak kisahlah tender terbuka,tertutup atau tertangkup - pokoknya asal ada tender akan ada komisen....masyuuuuk.

kembara putih berkata...

Selain projek penyaluran air Pahang ke Selangor, projek loji nuklear ni salah satu lubuk buat duit oleh Najib dan UMNO, boleh la claim mahal-mahal nanti.

blackroses berkata...

setuju 100% dengan pandangan TUN DR Mahathir iaitu Malaysia tidak perlu memiliki sebuah logi tenaga nuklear..
sepatutnya kita belajar daripada apa yang telah berlaku dan mengambilnya sebagai pengajaran dunia.. "mother nature has challenged human best effort"