20 Mac 2011

Gempa Jepun: Jumlah Korban & Hilang Dijangka Melepasi 20,000 Orang

Jumlah orang yang telah disahkan terkorban atau didaftar sebagai hilang di Jepun telah mendekati 20,000 pada hari semalam. Tapi, ada kekhuwatiran akan korban tewas yang jauh lebih tinggi akibat bencana yang memusnahkan tempat-tempat permukiman besar di pantai Pasifik di pulau Honshu utara.

Pihak Polis Jepun menyatakan 7,653 orang telah dipastikan terkorban manakala 11,746 didaftar secara rasmi sebagai hilang. Seluruhnya mencapai 19,399 korban sampai perhitungan pada pukul 23:00 waktu tempatan semalam.

Harapan untuk menemukan banyak lagi orang yang selamat di tengah puing-puing telah berkurang setelah cuaca dingin yang menggigit melanda bahagian timur laut Jepun. Cuaca dingin juga menyelimuti banyak daerah bencana dengan salji awal minggu ini.

Mangsa korban itu sekarang telah jauh melewati jumlah korban gempa berkekuatan 7.2 pada Skala Richter yang menghentam kota pelabuhan Kobe di Jepun barat pada 1995. Gempa saat itu megorbankan seramai 6,434 orang.

Gempa berkekuatan 9.0 pada Skala Richter pada 11 Mac lalu sekarang menjadi bencana alam paling ramai mengorbankan jiwa di Jepun sejak gempa Great Kanto 1923 yang telah menyebabkan lebih dari 142,000 orang maut.

Ketua Wilayah kota pantai Ishinomaki di Miyagi menyataka bahwa jumlah orang yang hilang ada kemungkinan dapat mencapai 10,000 orang. Demikian pejabat berita Jepun Kyodo melaporkan.

Badan siaran publik NHK mengatakan bahwa sekitar 10,000 orang telah hilang di kota pelabuhan Minamisanriku. Gempa dan tsunami dahsyat di Jepun itu telah menarik masyarakat antarabangsa untuk memberikan bantuan dan pertolongan. Termasuk Rusia dan Beijing yang kebelakangan terlibat perselisihan sengit dengan Jepun yang juga terancam menghadapi krisis nuklear.


Gempa bumi Jepun: Angka korban di Miyagi sahaja lepasi 15,000

TOKYO, 20 Mac — Angka korban bencana berganda gempa bumi dan tsunami Jepun dijangka melepasi 20,000 orang memandangkan wilayah Miyagi sahaja dipercayai sudah mencecah 15,000 orang.

Agensi berita Kyodo memetik polis tempatan berkata 15,000 orang kemungkinan di Miyagi, antara kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Maklumat minggu lalu berkata 10,000 dikhuatiri hilang di kawasan itu.

Lebih 7,000 orang sudah disahkan terbunuh dalam tragedi gempa bumi dan tsunami dalam 140 tahun sejarah Jepun


Tiada ulasan: