3 Jan 2011

Waspada: Bangla Kaki Raba Dalam Komuter

Kaki raba dalam tren

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan bank tidak menyangka menjadi mangsa seorang lelaki warga Bangladesh gila seks apabila diraba ketika dalam tren komuter, Rabu lalu. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Yani, 25, menaiki tren di Stesen Sentral Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Shah Alam. Beliau berkata, pada mulanya, dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki terbabit yang berhimpit berhampirannya kerana menyangka ia tidak sengaja, tambahan pula keadaan dalam tren agak sesak dengan orang ramai.

“Tiba-tiba saya berasa ada sesuatu merayap di punggung saya, tetapi keadaan tren yang bergoyang membuatkan saya berfikir mungkin lelaki di belakang saya itu tersentuh secara tidak sengaja,” katanya.

Bagaimanapun, dia mula pelik selepas lelaki itu masih memegang punggungnya, malah mula bertindak meraba dengan berlakon seolah-olah tidak sengaja menyentuhnya.

“Perbuatan lelaki itu tidak disedari orang ramai kerana kedudukan yang rapat sehingga sukar bergerak berikutan tren kebiasaannya penuh dengan penumpang pada waktu berkenaan.

“Selepas tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, saya cuba menepis tangannya dan beredar ke depan sedikit di hentian seterusnya selepas ada penumpang turun,” katanya.

Beliau berkata, sangkaannya lelaki itu tidak mengekorinya meleset selepas dia sekali lagi meraba punggungnya.

Yani yang geram dengan tindakan itu kemudian menampar tangan lelaki terbabit sehingga dia terkejut lantas beralih ke belakang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Saya sempat melihat gelagat lelaki itu yang berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Saya juga sempat merakam gambarnya melalui telefon bimbit saya.

“Tidak puas mengambil kesempatan ke atas saya, lelaki itu kemudian beralih pula kepada seorang lagi wanita yang berada berhampiran,” katanya.

Katanya, lelaki itu melakukan perbuatan sama kepada wanita terbabit tanpa menyedari diperhatikan.

“Saya yang geram melihat perbuatannya yang tidak serik lantas menghampiri mereka dan sekali lagi menampar tangan lelaki itu.

“Tindakan saya itu membuatkan lelaki itu terkejut sehingga wanita yang dirabanya turut terpinga-pinga melihat tindakan saya. “Pada mulanya wanita itu menyangkakan saya yang melakukannya, namun selepas diterangkan baru dia faham,” katanya.

Katanya, selepas kegiatannya terbongkar, lelaki itu terus melarikan diri sebaik tren berhenti di Hentian Seri Setia bagi mengelak ditahan. -hm

Ulasan GB

Berhati-hatilah bila di waktu kesesakan. Berbagai perkara boleh berlaku. Bukan sahaja kena raba, malah penyeluk saku/peragut pun ramai.



2 ulasan:

Toshio (Zharfan) berkata...

Dah jadi macam Jepun. Peraba Jepun dipanggil Chikan. Chikan menjadi sesuatu fenomena dimana semua perempuan terkena terutama pelajar sekolah menjadi mangsa Chikan di Jepun.

lady berkata...

nampaknya fungsi ladies coach di komuter langsung tidak menjadi!sepatutnya ada kawalan menghalang lelaki menaiki ladies coach..beberapa hari lepas saya naik komuter..sepanjang garisan tanda ladies coach, ramai lelaki selamba je berdiri, kemudian bila tren sampai, selamba je seorang laki ni tolak perempuan2 lain, nak masuk. sedangkan itu ladies coach. langsung tiada pegawai yg mengawal. adakah kawalan hanya pada waktu2 lengang shj??bagaimana weekends?waktu puncak spt waktu habis kerja??pengawal pun habis kerja??