18 Jan 2011

UMNO Terdesak Terbit "Selangor Terkini Tiruan" Guna Logo Kerajaan Selangor

Kerajaan Selangor Buat Laporan Polis, Akhbar Guna Logo Rasmi Tanpa Kebenaran

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor semalam membuat laporan polis berhubung penerbitan akhbar “Selangor Terkini” yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang Isnin.

Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, laporan itu adalah bagi pihak polis memulakan siasatan ekoran penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu.

Dakwa sumber itu, kandungan akhbar itu adalah usaha untuk mencemarkan imej Selangor dan mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.

“Tindakan menerbit akhbar menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran adalah salah. Maka pihak kerajaan negeri membuat laporan untuk polis menyiasat perkara ini.

“Setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui siapa yang menerbit, malah kami tidak tahu kewujudan akhbar ini,” katanya di sini.

Sumber itu memberitahu, akhbar terbabit juga berniat jahat dengan bertindak menghentam pentadbiran kerajaan negeri dalam setiap laporan penerbitannya.

“Akhbar Selangor Terkini itu sudah diedarkan secara meluas kepada orang ramai,” katanya. -mstar

Berita berkaitan:


Akhbar tiruan Selangorkini akan muncul

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Selangorkini, akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor kini terbukti berkesan apabila ada pihak dikatakan sedang berusaha untuk menerbitkan akhbar yang seumpama itu.

Menurut sumber, akhbar tiruan itu dinamakan Selangor Terkini dan edisi pertamanya bakal terbit mulai Januari ini.

Selangor Kini yang diterbitkan oleh pejabat MB Selangor yang mula diterbitkan pada hujung 2008 kini dicetak 120,000 naskah dua kali sebulan.

Ia diedarkan secara percuma melalui pejabat Adun Pakatan Rakyat di seluruh negeri itu disamping diletakkan juga di tempat-tempat lain yang dikunjungi oleh orang ramai di negeri itu.

Melihat kepada kandungan edisi pertamanya, penerbit akhbar ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar kerana gambar beliau ada pada muka depan dan belakang akhbar ini.

Pihak kerajaan negeri Selangor dikatakan tidak membantah penerbitan begini kerana ia menunjukkan media mereka berkesan tetapi penggunaan logo rasmi kerajaan negeri adalah tidak betul. -harakahdaily



4 ulasan:

Unknown berkata...

moga mereka bertaubat

Tanpa Nama berkata...

Apa yang hendak ditakutkan. Biarkan mereka tulis dan sebar. Macam Utusang orang baca free sahaja nak beli tak akan ada, tak caya pun kita.. Action speaks louder than words. Itu cakap orang putih, kalau Arab orang gerombolan kurang percaya. Buat macam Kelantan, Kedah, Penang, Selangor, NS dan Johor. Bising-bising berisi, MBnya bersih belaka. Sori tersasul pulak, NS dan Johor belum lagi.

Tanpa Nama berkata...

kalau umno bn di selangor boleh guna lambang kerajaan negeri untuk cetak akhbar, macam mana pakatan rakyat di ns, johor, perak,melaka dll bolehlah terbitkan akhbar gunakan lambang kerajaan negeri ?

calvin berkata...

makin aku meluat dgn p'buatan depa ini...ish ish ishh