18 Jan 2011

TV3 Dikecam Hebat Bincang Isu Payudara Secara Terbuka

Isu payu dara undang kritikan

RANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton.

KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. -kosmo

Ulasan GB

Tutup aje lah siaran TV3 tuh yang semua orang tahu ia hanya menjadi alat propanda.

Kini satu demi satu kontroversi timbul. Baru beberapa hari lepas Lembaga Penapisan Filem mengarahkan Drama Bersiri "Sakti Delima" yang menayangkan unsur tahyul dan khurafat dihentikan. Dan kini TV3 menundang kontroversi membincang isu payudara secara terbuka. Dah gedik dan dah gila sangat plak sang jurugambar sehinggakan sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan... hmmm

Kita meminta agar jurugambar berkenaan dikenakan tindakan disiplin. Ia amat keterlaluan.


6 ulasan:

hj din muar berkata...

Jangan salahkan jurukamera tu, sebab dia pun diarahkan untuk fokus kepada bahagian dada tu oleh penerbit gedik !

Tanpa Nama berkata...

Syarat bagi Wanita & Puteri nak jadi calon yg boleh menang mesti Payu Dara macam Rosmah.....tak ada Dara masih boleh dipertimbangkan???

Cumi Manzui berkata...

Hari ini kita bincang secara terbuka tentang pembesaran payu dara. Esok lusa kita akan bincang pembesaran anu lelaki ....... akhir sekali, kita kan bincang aksi suami isteri di bilik .... apa nak jadi dengan negara kita ni? Nak patah balik ke alam jahiliah kot. Yang sedihnya ialah orang Islam pun turut serta dan mendedahkan aurat pulak tu.

Yanaam berkata...

Radio Red FM lagi hebat.
http://www.ohbulan.com/video-red-fm-persendakan-bahagian-sulit-wanita-dengan-buah-buahan/

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pengecara kena buka buah dadanya untok pamerkan inilah bentok buah dada yang dikehendaki.

kembara putih berkata...

Rancangan tu untuk menarik belia2 yang keruntuhan akhlak, kerana golongan ini adalah pengundi tegar UMNO. Yang buang bayi, yang hisap dadah, yang berzina ni pengundi tegar UMNO.