4 Jan 2011

UG Siri Kedua? TGNA Tidak Dedahkan Apa-apa.

Ada perkara dibincang dengan PM

KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.(gambar)

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya. -harakahdaily


Pemimpin PAS-Umno ‘bertemu’, cakap-cakap kerjasama perpaduan muncul lagi

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pemimpin-pemimpin PAS didakwa berhadapan dengan satu lagi ‘perbalahan’ ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.
Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.

Malah dakwaan ini mengulangi ‘krisis’ yang pernah disaksikan sebelum ini.

Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.

Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

“Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja,” kata beliau.


“Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental,” kata beliau secara berseloroh.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir.

Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, “apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan ‘besar’ di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan.”

“Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin,” katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.

The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Akhbar itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diundang sama tetapi beliau dikatakan berada di London ketika itu.

“Apakah beliau (Hadi) mewakilkan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa atau tidak, tidak dapat dipastikan,” katanya.

Akhbar itu menambah, “rasanya pertemuan itu memberi banyak input kepada semua pihak terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaagai orang berkuasa di negara ini.

“Begitu juga pertemuan itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz serta Muhyiddin bukan saja bertanya keadaan diri masing-masing, tetapi hal-hal lain juga,” katanya.
Malah akhbar itu mempersoalkan sama ada pertemuan itu boleh dianggap sebagai rasmi memandangkan ada yang menganggap Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai bukan pemegang jawatan eksekutif dalam parti itu.

“Pertemuan itu disalah tafsir tetapi saya tidak tahu apa agendanya, kemungkinan Tuan Guru akan menjelaskan butiran pertemuan itu,” kata Wan Nik.

“Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin lain hadir sama,” kata Wan Nik lagi.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam ‘debat’ mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.

“OK, tak habis lagi bagi pendapat masing-masing. Habiskan dulu pandangan masing-masing baru boleh ambo (saya) buat kesimpulan. Ambo boleh bagi tahu habis sampai warna baju yang dipakai oleh orang tu... dalam perjumpaan itu. Ada yang hendak nafi lagi?” katanya.

“Aku kata dah berlawan dalam Facebook ni makin nampak Umno dan puak prokerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan,” kata beliau.

Mesejnya juga berkata, “guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni.”

“Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut.

“Betullah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama,” katanya lagi.


Tulisan Fatah itu menarik respons Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad yang turut meminta pemimpin dari Kelantan itu agar membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat.

Kata Idris, beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan sulit yang disebutkan oleh Fatah agar setiap ahli dimaklumkan mengenai perkembangan isu tersebut.

“Parti (juga) boleh mengambil tindakan,” kata Idris dalam mesej Facebooknya.

“Secara rasmi, kami tiada sebarang maklumat. Kami berharap YB Fatah boleh membuat aduan rasmi kepada parti. Saya baru sahaja menghubungi Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali), beliau tidak tahu dan meminta YB Fatah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat,” kata beliau.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Fatah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau.

Bagaimanapun beliau berkata akan menyediakan lebih banyak maklumat “apabila tiba masa yang sesuai” kelak.

Beliau juga enggan menamakan pihak dari PAS yang mengusahakan pertemuan sedemikian.

Isu mengadakan kerjasama politik dengan Umno juga muncul pada 2008 dan kemudian tahun berikutnya ketika PAS mengadakan pemilihan.

Ketika itu didedahkan bahawa Nasharudin dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa tersebut merupakan perdana menteri dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin yang memihak kepimpinan Nik Aziz kemudian menuduh Nasharudin berkonspirasi untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi beliau berjaya mempertahankan kerusi timbalan presiden dalam saingan tiga penjuru membabitkan Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada insidern tahun 1970-an. -TMI
.
Ulasan GB

Maklumat masih samar. GB yakin ini adalah rangka usaha UMNO untuk membentuk UG. UMNO merasakan tidak ada masalah dengan TG Hadi Awang, Nasharuddin dan Mustapha. Tetapi, TG Nik Aziz dilihat sebagai penghalang utama. Dan justerunya, dijemputnya TG Nik Aziz bersama.

Apakah yang sebenarnya berlaku di pertemuan 24 Disember itu?

Kita yakin TGNA tegas dengan prinsipnya mengenai UG iaitu - NTBL - No time bo layan

Dan kenyataan TGNA hari ini tidak menyebut apa-apa mengenai pertemuan itu sebagai menghormati DYMM Yang Dipertuan Agong yang hadir bersama di dalam mesyuarat tertutup itu.

Berita terbaru:


Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu. -mk


3 ulasan:

Kuda Trojan berkata...

Apabila keluar cerita Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertemu dengan Perdana Menteri, yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur... berbagai spekulasi kita dengar.

Benarkah pertemuan itu berkaitan dengan UG atau ada agenda lain yang disembunyikan...?

Nampaknya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz begitu tegas merahsiakan perbualan dan perbincangan dalam pertemuan itu.

Dari apa yang disosek sosekkan... memang ada ahli PAS yang menyamar wala' tapi menjadi talibarut UMNO Baru dalam melaksanakan pelbagai agenda yang berkepentingan.

Kenapa kita mesti gentar dengan kumpulan UG yang bercita-cita ingin menyatukan PAS dengan UMNO Baru...?

Kalau anda ahli PAS yang sejati, anda perlu menjawab soalan yang mengelirukan.... "Siapa yang jadi penentu bahawa PAS patut atau mesti bersatu dengan UMNO Baru...?

Adakah pemimpin yang dilantik menentukan PAS patut bersatu dengan UMNO Baru atau ahli yang mendokong parti menentukan hala tuju parti..?

Kita mesti tahu membezakan tanggongjawab pemimpin terhadap ahli dan juga tanggongjawab ahli kepada parti.

Penyatuan antara PAS dan UMNO Baru membawa maksud melayu berbalah. Kalau penyatuan itu mencipta kerosakan... apakah ahli PAS mesti menyokong pemimpin atau kumpulan atau orang perseorangan yang bersubahat terhadap kerosakan itu...?

Pekara ini pernah berlaku dan telah diceritakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang mengakibatkan parti PAS pecah empat....

Oleh kerana itu sesiapa saja yang berhajat mengeluarkan idea untuk bersatu dengan UMNO Baru.... usap dada, tanya akal waras sebelum anda dihina dan dikutuk penyokong Pakatan Rakyat.

Waris berkata...

Waima TGNA sendiri sekali pun yg berkehendak dgn umno akan aku tentang habis-habisan. Pada aku umno terlalu hina malah lebih hina dari najis berat anjing & babi. Begitu sekali bencinya aku dgn umno tapi masih ada makhluk2 yg muka tak tau malu sbg pemimpin pas yg masih berkehendak dgn umno.

So... boleh jalan dgn hadi awang (tak nak panggil tuan guru sb pada aku tak layak manusia ni diangkat setinggi tu).

Tanpa Nama berkata...

kalau la TGNA dah tak ada nanti habis la..mesti puak2 yg nak berpadu2 ni naik jungjung...ya allah aku mohon padamu sihatkanlah tubuh badan TGNA amin...