10 Jan 2011

Suara Rakyat Selangor: 300 Lawan 30,000

Kiri: 300 bakar patung di Jalan Kebun, kanan: 30,000 Solat hajat di Stadium Shah Alam

300 Penduduk Berdemonstrasi Protes Kenyataan Shuhaimi, MB Selangor

KLANG, 9 Jan (Bernama) -- Kira-kira 300 penduduk Kampung Jalan Kebun di sini hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Shuhaimi Shafie yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dakwaan memutar belit titah ucapan baginda.

Mereka menuntut Shuhaimi agar segera memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai Adun.

Sambil melaungkan 'Daulat Tuanku' dan menyanyikan lagu 'Selamat Tuanku', penduduk kampung terbabit turut bertindak membakar poster Shuhaimi bagi menggambarkan kemarahan mereka.

"Kami berasa malu dengan tindakan Shuhaimi kerana sebagai orang Melayu dan juga Adun beliau tergamak berbuat demikian kepada Sultan Selangor serta sanggup dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan politik peribadi," kata anggota Jawatankuasa Penduduk kampung itu Buang Abdul Basir kepada pemberita.

Shuhaimi dalam blognya baru-baru ini didakwa berkata bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak perlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Kamal Ariffin Kaimin yang turut menyertai demonstrasi itu berkata penduduk kampung juga kesal dengan tindakan Abdul Khalid yang sanggup memutar-belitkan titah ucapan Sultan Selangor baru-baru ini mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru.-- BERNAMA


Solat Hajat penuh sesak di Stadium Malawati

SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -harakahdaily


Ulasan GB
Ia juga adalah manifestasi rakyat Selangor bersangkutan isu Khusrin.
Untuk perhatian Setiausaha Sulit Sultan Selangor juga.

Untuk PM, pilihanraya mengejut, ada berani?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia nie jika Islam melayu bersatu bangsa lain memang tak berani angkat muka.... masalahnya sejak 53 tahun melayu yahudi telah dicipta oleh pihak penjajah....yg dinamakan UMNo menjadi punca perpecahan Melayu.

org2 melayu & ahli umno bawahan terus diperbodohkan oleh wakil Yahudi iaitu pemimpin UMNo yg tau dgn isu-isu Raja dan ketuanan melayu akan membuatkan melayu boleh terus diperbodohkan...TAPI hanya melayu UMNo sahaja yg akan teruas diperbodohkan sedangkan pemimpin-pemimpinnya terus memperkayakan diri, keluarga & kroni.

man kutty berkata...

Geng 300 tu bukan cerdik manapun, tengok perangai depa pun kita yang mampu berfikiran waras dan rasional. Yang TV pun... 300 punya cerita bukan main yang 30,000 haram dia tak habag pun ! Saya tak ajak sokong sesiapa tetapi saya ajak semua berfikiran MATANG !

Tanpa Nama berkata...

Itulah sebaik-baiknya.
Serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Kuasa.
BN merancang.
PR pun merancang.
Tapi perancangan Allah yang paling afdal.

Fidodido berkata...

bila kita pilih yahudi utk memimpin Islam, jd cmni la, akal ada ke...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...Tahniah.....Tahniah.. teruskan program begini