2 Jan 2011

Polis Tak Benarkan Pemuda Yang Ditahan Solat Suboh

3 pemimpin Pemuda PAS Jasin ditahan polis

AYER KEROH, 1 Jan: Tiga pemimpin Dewan Pemuda PAS Jasin ditahan polis di Dataran Ayer Keroh awal pagi tadi atas tuduhan mengedarkan risalah tanpa permit yang melanggar akta mesin cetak dan penerbitan.

Ketiga-tiga mereka termasuk ketuanya, Aminuddin Abdul Jalil, 40; bendahari, Rashidi Ismail, 32 dan AJK, Daud Dalip, 24.

Mereka telah ditahan pada jam 12.15 pagi tadi selepas selesai mengedarkan risalah di Dataran Ayer Keroh pada program ekspedisi bertemu rakyat sempena sambutan tahun baru 2011.

Aminuddin berkata, sebaik sahaja selesai mengedarkan risalah mereka telah ditahan oleh ASP Mohamed Yusoff Basha dari Balai Polis Ayer Keroh.

"Kami telah disoal siasat di Balai Polis Ayer Keroh sehingga jam 2.45 pagi dan dipindahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir.

"Soal siasat tersebut berlangsung sehingga jam 12.00 tengah hari baru kami dibebaskan dengan jaminan polis," katanya yang juga bekas calon PAS Dun Sungai Rambai pada Pilihan raya Umum 2008.

Menurutnya, penahanan itu tidak melemahkan semangat beliau dan rakan-rakannya untuk terus membongkar segala penyelewengan dan salah laku kerajaan negeri Melaka dan kerajaan pusat.

Beliau berkata demikian sebaik dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, petang ini.

Daud pula kesal dengan tindakan pegawai penyiasat polis yang tidak membenarkan mereka menunaikan solat Subuh sehingga waktu solat hampir habis baru dibenarkan.

"Saya minta untuk solat Subuh tetapi polis tidak benarkan sehingga 5 minit hendak habis waktu baru saya dibenarkan untuk solat Subuh.


"Ini merupakan satu tindakan yang zalim dan melanggar hak asasi saya sebagai orang Islam, lebih malang lagi pegawai itu pun Islam juga," katanya kesal.

Rashidi pula berkata, tindakan polis menahan mereka merupakan tindakan yang tidak masuk akal kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sepatutnya bebas menyuarakan pandangan dan idea masing-masing.

"Kami tidak menerima sebarang bantahan atau cemuhan dari para pengunjung Dataran Ayer Keroh itu, cuma pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPTHJ) yang bersikap kasar menghalau kami.

Menurutnya, penahanan beliau bersama rakan-rakannya itu merupakan satu pencabulan kepada kebebasan bersuara rakyat yang melambangkan bahawa negara ini adalah sebuah negara yang tidak bebas dan sentiasa mencengkam rakyat.

Kira-kira 30 orang pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka hadir pada program Ekspedisi Dakwah yang bermula pada jam 11.00 malam tadi.

Program tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek. -harakahdaily

Ulasan GB

Mana rakyat tak marah pada polis? Dahlah menjadi lembu kepada pemerintah UMNO, bertindak pula melampau batas menghalang umat Islam menunaikan kewajipan.

Solat itu wajib, jika and atidak bersolat, and tidk wajar menghalang orang lain menunaikannya, walau dalam keadaan apa sekalipun. Dosa anda toda besolat anda tanggung, namun kini, anda turut memikul dosa menghalang orang dari mendirikan solat.

PAS, sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan menghantar memorandum bantahan keras kepada Ketua Polis Negara. Bukan sekadar keluarkan berita di Harakahdaily.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yahudi mana nak beri peluang orang Islam solah.Mana lebih besar dan berkuasa? Akta Polis atau Hukum Allah SWT?Hishammudin tolong jawab.

Tanpa Nama berkata...

APCO sedang beraksi

ariffaiman berkata...

Kalau bangsa Cina memang polis cepat bertindak TAPI kalau bangsa Melayu sampai tua laaaaaaaa kes tak settle..
Jadi Cina lebih untung ????!!!