5 Jan 2011

Inkues Benar-benar Buang Masa, Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Diraja

Banyak pihak merasakan kecewa dengan keputusan Inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Teoh, pembantu politik kepada seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor pada 2009, sebagai penghakiman terbuka, iaitu tidak dapat dipastikan sama ada dia dibunuh atau membunuh diri.

Dalam keputusan, Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di tingkat lima, koridor Plaza Masalam di sini selepas beliau memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.

Keputusan itu dilihat seperti direncanakan oleh pihak tertentu di belakang tabir kerana ia hampir menyamai keputusan inkues di dalam kes kematian Gunasegaran sebelum ini di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin telah memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

"Inkues benar-benar buang masa dan buang wang rakyat," tegas seorang ahli NGO hari ini.

"Pergi balik pergi balik mahkamah ini yang kita perolehi hari ini, keputusan yang tidak ada keputusan," ujarnya.

"Ia seperti mahu menutup perbuatan salahlaku pihak tertentu kerana sebelum ini keputusan yang serupa melibatkan kematian tahanan dalam polis," tambahnya

Ekoran itu juga, ahli keluarga mendiang menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan Teoh.

Adik mendiang Beng Hock, Teoh Lee Lan menuntut agar Perdana Menteri Najib Razak mengota janjinya kepada keluarga Teoh - menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock, seandainya keluarga Teoh tidak berpuas hati dengan hasil siasatan inkues.

"Ketika itu Najib hanya berkata, akan 'mempertimbangkan (cadangan memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja) sedalam-dalamnya'.

Kini kami berharap orang awam menyokong hasrat kami untuk menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja yang lebih profesional dan berkecuali, untuk memaklumkan PM bahawa orang awam tidak lupa untuk mengetahui kebenaran," kata Teoh Lee Lan.


Teoh family ‘disappointed,’ wants RCI

SHAH ALAM, Jan 5 – With tears streaming down her face, Teoh Lee Lan made a passionate plea to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to honour his vow to her family and set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) into her brother’s death after a coroner’s court delivered an open verdict today.

Speaking in Mandarin, Teoh Beng Hock’s sister (pic left) slammed the coroner’s open-ended ruling, saying the family was unable to accept the a decision that did not give closure.

“We are disappointed. We are not satisfied. We want the truth,” she said, repeatedly.

She called on Najib to live up to his much-publicised 1 Malaysia slogan putting the rakyat first and give the family the closure they need.

Teoh’s family has demanded a royal commission of inquiry (RCI) be set up to directly probe the circumstances surrounding the 30-year-old’s death to find out the real cause — including if he was pressured to jump.

Teoh was political secretary to Selangor state councillor, Ean Yong Hian Wah, at the time of death.

His body was found on the fifth floor of Plaza Masalam after he had been questioned overnight by the MACC at its then Selangor headquarters on the 14th floor of the same building.

The anti-graft officers were investigating a claim his boss was misusing state funds.

The police initially classified the case as sudden death; they did not rule out foul play.

A Cabinet minister triggered a public outcry when he suggested that Teoh may have committed suicide, a claim which was denounced by the latter’s family.

Teoh was to have registered his marriage with his then two-month pregnant fiancée, Soh Cher Wei, that same week.

Following the outcry, PM Najib met with the Teohs and Soh on July 28.

The PM assured the family “no stone will be left unturned in finding out the real cause of death and, if there is any foul play, action will definitely be taken”.

Najib said the Cabinet has agreed to set up a royal commission of inquiry (RCI) to probe further if the inquest result is not satisfactory. -TMI



Selangor kecewa dengan penghakiman terbuka

Kerajaan Negeri Selangor amat kecewa dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock. Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan.

Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya dan Kerajaan Negeri sarankan pihak polis dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan lanjut.

Bagaimanapun, penghakiman ini mencerminkan kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggung jawab untuk menjaga keselamatan semua tahanan dan saksi dalam sebarang siasatan; kita tidak hairan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM semakin merosot.

Demi mencari kebenaran dan mengembalikan keyakinan rakyat, kita sarankan sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera demi membuat siasatan yang menyeluruh.

Kerajaan negeri ulangi lagi komitmen kami untuk bersama keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam mencari keadilan dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

*Kenyataan media oleh Abdul Khalid Ibrahim (gambar kanan) selaku Menteri Besar Selangor.


Artikel Sebelum Ini

Teoh Beng Hock Tidak Bunuh Diri - Koroner

1 ulasan:

tuan komrad berkata...

wah..bleh plak mati kena ada 2 niat......haramjadah sungguh...