5 Jan 2011

Khairy Lihat Gelap Masa Depannya Dalam UMNO, Umum Bersara Dari Politik

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.-mstar

Ulasan GB

Kemenangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO satu ketika dulu pernah dipertikaian. Begitu juga kemenangannya sebagai Ahli Parlimen.

KINI, jawatan-jawatan yang dipegangnya itu seolah-olah begitu "panas" sehingga beliau merasakan jalan untuknya naik di dalam UMNO sudah tiada lagi.

Moralnya: begitulah sesiapa juga dan di dalam parti apa pun, jika mendapat jawatan dengan cara yang dilihat tidak demokratik, lambat-laun anda akan terjelepok jatuh sendiri, tanpa sesiapa perlu menjatuhkan anda. Tak percaya? Tunggu dan lihat.

Kepada Khairy, selamat maju jaya selepas ini, semuga anda diberikan hidayah Allah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bijak KJ... sblm dia tidak terpilih utk jadi calon, awal2 lagi dia umum tidak mahu bertanding.

Tanpa Nama berkata...

Inilah pejuangan Melayu....nak eseh koba kan. Hantu Rayo Hantu Kum Kum...dah Kayo...Assalamaualaikum!

Tanpa Nama berkata...

Dia dah tahu dah...yang kecil, yang besar, yang muda, yang tua, yang lelaki, yang perempuan tak suka dia...lebih baik dia berundur dari asik kena kutuk kena sumpah

Tanpa Nama berkata...

Satu iktibar kepada mereka yang "menggunakan" dan "bersandar" kepada bapa,bapa mertua,suami mahu pun adik-beradik - berkokok dan mendabet dada kerana bapa atau mertua berkuasa.Bila "dinding bersandar" dah lesap baru,tau nasib.

Tanpa Nama berkata...

kutuk lagi ulama macam tok guru nik aziz...kan dah kena bala