1 Dis 2010

Wikileaks: Amerika Putuskan Rangkaian Pengkalan Data Pentagon

Amerika hadkan Pentagon peroleh maklumat diplomatik

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini mengehadkan kebebasan Pentagon untuk memperoleh maklumat sensitif diplomatik selepas ribuan maklumat sebelum ini didapati bocor sehingga memalukan kerajaan dan negara lain.

China pula menuntut AS mengambil tindakan spesifik, manakala agensi perisikan Russia dikatakan semakin teruja untuk memperoleh maklumat sulit dan rahsia itu selepas laman web pembocor maklumat WikiLeaks mendedahkan maklumat kabel AS, terutama berkaitan tentera AS, baru-baru ini.

Jabatan Negara AS berkata, pihaknya menutup sementara kebebasan Pentagon untuk memperoleh beberapa maklumat keselamatan.

Ia sekali gus mencegah budaya sebelum ini apabila maklumat besar dikongsi bersama oleh agensi kerajaan AS sejak peristiwa serangan 11 September 2001.

“Kami menutup sementara hubungan Pentagon untuk mencapai maklumat dalam pangkalan data induk dan rangkaian maklumat sulit lain," kata jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley kepada pemberita.

WikiLeaks dan pihak berkusa AS setakat ini tidak lagi menjelaskan bagaimana kandungan ratusan ribu kabel maklumat rahsia itu boleh bocor tetapi seorang suspek ialah Bradley Manning, bekas pengalisis rahsia tentera berusia 23 tahun.

Pentagon kini berdepan dengan persoalan bagaimana terlalu banyak data sensitif boleh dicapai oleh askar berpangkat rendah itu yang ditahan pada Mei lalu sejak WikiLeaks mengeluarkan video mengenai serangan helikopter AS di Baghdad, Iraq pada 2007. - AFP

Tiada ulasan: