1 Dis 2010

Anwar Janjikan Jawatan TPM Untuk Kit Siang?

Pakatan nafi tawar Kit Siang kerusi TPM jika tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menafikan bahawa Penasihat DAP Lim Kit Siang ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya perikatan tiga komponen itu mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Malah, pemimpin-pemimpin PR juga mendakwa mereka tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai perkara itu, sambil menuduh Barisan Nasional (BN) memutarbelitkan fakta bagi mencetuskan ketegangan di kalangan komponen PR.

“Perkara itu tidak pernah dibincangkan. Saya tiada pengetahuan mengenai perkara itu.

“Utusan Malaysia melepaskan peluru kosong, saya percaya mahu mencetuskan ketegangan dalam Pakatan,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada The Malaysian Insider semalam.

Hadi berkata keputusan penting seperti itu tidak akan dibuat tanpa diadakan perundingan bersama pemimpin-pemimpin PR.

Laporan Utusan Malaysia semalam menyebut Kit Siang sudah sah akan diangkat sebagai timbalan perdana menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Kit Siang berperanan membantu tugas-tugas Perdana Menteri yang sudah semestinya akan dipegang oleh Anwar, kata laporan itu.

Menurut akhbar itu, janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan Jumaat lalu bersempena Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.

Sambil menyatakan keyakinan penuh bahawa pakatan pembangkang akan menguasai Putrajaya dan mengekalkan pemerintahan di empat buah negeri, beliau juga optimis akan merampas kembali Perak sambil menyasarkan empat buah negeri iaitu Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang senada dengan Hadi berkata, isu itu tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat kepimpinan PR.

“Saya tidak ketahui perkara itu. Di Pakatan, kami ikut sistem seperti Syura, di mana konsensus di kalangan semua parti adalah sangat penting,” kata Guan Eng kepada The Malaysian Insider.

Anwar, bagaimanapun tidak menafikan atau mengeyakan laporan itu tetapi hanya ketawa apabila ditanya mengenai isu itu.

“Ini laporan Utusan, apa yang anda harapkan? Saya akan menyentuh isu ini pada Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri (yang diadakan di Shah Alam semalam),” kata Anwar.

Begitu juga, Kit Siang tidak mahu mengulas apabila ditanya sama ada Anwar ada menawarkan beliau jawatan timbalan perdana menteri.

“Tiada komen, tiada komen. Saya tidak mahu komen,” kata Kit Siang. -TMI


Wawancara Anwar bersama Sin Chew:
"Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM"


"Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM", demikianlah tajuk laporan wawancara bersama Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, disiarkan Sin Chew Daily pada 27 November 2010. Wawancara bersama Ketua Pembangkang Parlimen ini dijalankan sebelum Kongres Nasional PKR membuka tirai, mengisi ruang kira-kira 1/4 daripada muka surat ke-17 akhbar terlaris di masyarakat Cina ini.

Laporan Sin Chew bermula sebegini, "*Penasihat PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Pada masa yang sama, (beliau yakin) bukan sahaja empat kerajaan negeri yang sedia ada mampu dipertahankan, malah PR boleh merampas semula kerajaan negeri Perak, dan mengambil-alih kuasa kerajaan negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak."

Beliau berkata, seandainya PR menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah **Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pakatan Rakyat mengamalkan sistem demokrasi. Tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan seandainya orang Cina menjawat Timbalan Perdana Menteri, dan ini juga bukan satu penentangan terhadap orang Melayu."

PRU 13 sebelum Jun 2011

Laporan wawancara Sin Chew ini kemudiannya menumpu kepada persiapan Pakatan Rakyat ketika berdepan dengan PRU ke-13. Anwar meramalkan bahawa PRU ke-13 akan diadakan sebelum Jun 2011, atau dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut laporan Sin Chew, Anwar Ibrahim berkata PR telah menghampiri penghujung dalam rundingan pembahagian kawasan pengundian, malah di Sarawak, PR telah mencapai muafakat untuk 95% kerusi.

Laporan wawancara tersebut kemudian terbahagi kepada lima bahagian, dengan tajuk kecil seperti "Kuasa ketiga pro-Barisan Nasional", "Aktiviti PR di Johor mendapat sambutan yang hangat", "Pemilihan langsung PKR bukan sandiwara", "PR terus kukuh biarpun tanpa Anwar" dan "Azmin bukan bermaksud untuk mencantas mereka yang berbeza pendapat".

"Penjara? Anwar ada percaturan"

Sehari sebelum Sin Chew Daily, Oriental Daily juga sempat menemuramah Anwar Ibrahim. Wawancara ini disiarkan pada 26 November di muka surat depan, bertajuk "Penjara? Anwar ada percaturan", dengan kandungannya dimuatkan dalam muka surat A6 dan A7 dalam akhbar berbentuk tabloid tersebut.

Tumpuan laporan wawancara Oriental Daily ini diberikan kepada persiapan PR untuk berdepan dengan PRU akan datang, dan Anwar Ibrahim mengulas dilema UMNO sama ada untuk menyabit atau tidak kesalahan liwat terhadap dirinya. Beliau dilaporkan berkata, UMNO agak bimbang terhadap penentangan yang bakal tercetus seandainya Anwar dijatuhkan hukuman. Pada masa yang sama, UMNO juga khuatir ancaman yang dibawa Anwar jikalau beliau tidak dipenjarakan.

Anwar berkata, BN kehilangan undi Melayu pada PRU tahun 1999 apabila melontarkan tuduhan liwat terhadap dirinya, dan beliau berkata peristiwa ini mungkin berulang dan PR mungkin memperolehi lebih undi Melayu.

Dalam wawancara bersama Oriental Daily, Anwar Ibrahim yakin bahawa PR mampu merampas semula kerajaan negeri Perak, yang dimenangi pada PRU ke-12, tetapi digulingkan kerana lompat parti tiga orang ADUN PR pada tahun 2009. Beliau juga mengulas kerjasama antara DAP dan PAS, yang sudah banyak diperbaiki berbanding zaman dahulu. - petikan MR


Ulasan GB

Demikian stail Anwar bila tersepit, menjanjikan jawatan-jawatan tertentu kepada yang menyokongnya atau ingin manrik sokongan kepadanya supaya beliau boleh jejak dam sebagai PM.

Jangan pedulikan Utusan, kerana ramai tidak mempercayai laporan akhbar berkenaan, tetapi bagaimana pula dengan wawancara akhbar Sin Chew Daily dan Oriental Daily dengan Anwar?

Berdasarkan tarikh wawancara itu diadakan (27/11/2010) ia hanya beberapa hari selepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan menegur Pakatan Rakyat supaya pemimpin PR segera mengatasi masalah dalaman parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat, yang ramai pemerhati politik berpendapat ditujukan kepada Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kemelut kepincangan pemilihan PKR waktu itu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur juga berkata PR juga berhadapan dengan risiko jika pakatan itu terlalu yakin dengan menganggap bahawa perjalanan mereka untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan BN sudah tidak boleh “dihalang lagi.”

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti dengan segera memulihkan kehilangan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat, bukan sahaja ekoran kekalahan di Galas dan Batu Sapi, tetapi juga daripada masalah-masalah dan pergolakan dalaman parti-parti Pakatan Rakyat,” tegas Lim.

Lim berkata pemimpin-pemimpin PR sewajarnya dengan segera mengatasi kesemua masalah yang wujud sekarang dan mengembalikan keyakinan awam yang terhakis.


Justeru itu, Anwar di dalam usaha untuk mendapatkan semula sokongan Lim Kit Siang terhadapnya lalu membuat kenyataan menawarkan kerusi TPM kepada Penasihat DAP berkenaan. Kita yakin Lim Kit Siang pun msudah tahu taktik Anwar berkenaan.

Satu ketika tidak berapa lama dulu, sewaktu krisis Perak meletus, Anwar pernah menjanjikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Zambry dan Jamaluddin Mohd Radzi supaya kedua-dua mereka menyertai PKR.

Kerajaan PR Perak runtuh apabila rancangan Anwar untuk memikat ADUN/MP BN telah dipintas oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib yang telah lebih cepat melarikan 3 orang ADUN PR untuk isytiharkan diri mereka calon Bebas.

Sebelum ini juga, GB telah mendedahkan bahawa, Anwar di dalam keghairahan untuk menjadi PM telah sanggup mengenepikan dan memijak PAS sehingga Presiden PAS dengan nada yang kurang menyenangkan telah membuat kenyataan berikut yang ramai berpendapat ia ditujukan kepada Anwar:

Sebelum itu Presiden PAS menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.

Beliau tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.

“Kita parti yang memimpin, menjadi teras, bukan dipinggirkan mudah-mudah oleh orang,” tegasnya.

PAS mempunyai wawasan yang panjang iaitu dari dunia sehingga akhirat, bukan setakat 2020. -petikan harakahdaily


10 ulasan:

joostspring berkata...

parok la greenboc kena hentam dgn pencacai2 anuwar@aljuburi(gelaran dr abg mat sabu kita) jap2 lagi...hahhahahahahahahhaha..

tahniah dan syukur la GB sbb telah sedar anuwar ni sapa..

Tanpa Nama berkata...

Supaya tak dipinggirkan janganlah banyak tido. Tak belajar ke daripada sejarah paklah... Ahli UMNO sendiri godam dia...

BatuApi @ FireStone berkata...

Lain tulisan saudara kali ini?

Tanpa Nama berkata...

Greenboc,

Pada fikiran anda, apakah apabila Anuar Ibrahim tersepit maka akan dijanjikan kepada seseorang itu bahawa apabila dia menjadi perdana menteri maka dia akan melantik orang yang berpengaruh itu sebagai timbalan perdana menteri...?

Anuar Ibrahim mana satu yang anda maksudkan...? Apakah orang yang dituduh melihat kali kedua itu yang akan menjadi perdana menteri selepas menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional...?

Mungkin anda sedang keliru... Anuar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat II itu adalah adalah pencacai PKR saja. Lagaknya saja hebat tapi keupayaannya tidak ada.

Mana mungkin Anuar Ibrahim boleh jadi perdana menteri sedangkan peminat mereka dalam UMNO Baru mahukan Anuar beristirehat dalam pejara Sg. Buluh..?

Kalau dia berani berjanji dengan Lim Kit Siang seperti apa yang didakwa bermakna orang yang membuat laporan itu memang bangang kerana tidak tahu menilai moral dan kekuatan politik Anuar... Dan Lim Kit Siang jika menerima tawaran itu pasti akan bertukar menjadi Lim Kit Malam.

Mungkin minoritinya ada... tapi majoritinya tiada siapa yang mengharapkan Anuar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.

Orang yang amat memerlukan Anuar Ibrahim adalah UMNO Baru. Mereka yang memperalatkan Anuar Ibrahim dengan berbagai jolokan, sindiran, ejekan, kutukan, penderaan mental dan fizikal demi kelangsungan parti UMNO Baru untuk terus bernafas.

Hidupnya Anuar Ibrahim hingga kehari ini telah memeriahkan keadaan UMNO Baru dalam memanipulasikan bangsa melayu. Tanpa Anuar Ibrahim, UMNO Baru sudah pasti pupus terlebih awal.

Parti Keadilan Rakyat yang dibina sejak 12 tahun dulu telah bertukar arah iaitu untuk menegakkan keadilan untuk rakyat bukan untuk mengusung Anuar Ibrahim jadi perdana menteri.

Kalau Mohd. Najib mengatakan bahawa Anuar Ibrahim gila nak jadi perdana menteri.... Aku juga lebih gila bercita-cita nak jadi perdana menteri.

Tanpa Nama berkata...

jawab la bhai... apo sonyap joo...

Tanpa Nama berkata...

cara UMNO cara yahudi, nak jatuhkan pakatan rakyat kena jatuhkan PKR, tak kira bohong atau halal haram, yang penting matlamat tercapai

Tanpa Nama berkata...

penyokong UMNO dan pengundi Galas serta Batu Sapi dapat durian runtuh, harga minyak naik

Anak Sungai Derhaka berkata...

Katakan yang benar Tuan Greenboc.. biarpun ianya pahit..

Tanpa Nama berkata...

Salam.. "Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan" http://www.malaysiakini.com/news/149787 saya sokong... hehehe.. dan saya juga melayu..

manajanjimu berkata...

Inilah BALA ALLAH bila MELAYU tak PERTAHANKAN ISLAM tapi BANGSA ELIT MELAYU dan SUKU SAKAT sendiri.......JADI YANG MENONJOL NEGARA BANGSA tetapi ISLAM jadi PELEKAT KERETA saje.......

ISLAM lebih tinggi dari DUNIA [ POLITIK /EKONOMI /SOSIAL ] ........
ISLAM adalah Wahyu Allah untuk mengatur DUNIA DAN JUGA AKHIRAT .....
BUKAN DUNIA YANG MENGATUR ISLAM

ISLAM ITU ADDEEN: Islam Iman Ihsan Qiamat dan Tanda2 Qiamat.

KALAULAH semua UMMAT MELAYU BERSUNGGUH2 DENGAN ADEEN UL ISLAM.....tak payah bimbang dengan DUNIA dan AKHIRAT....TETAP ALLAH JAMIN........[ WALAUPUN TAK ADA PARTI POLITIK ISLAM SEKALIPUN ]
Tapi MAJORITI MELAYU MALU NAK DIPANGGIL ISLAM...........Akhir Zaman semua dah setuju dengan YAHUDINASOROMAJUSI.....

TAPI BILA 'ORANG2 ISLAM' SIBUK DENGAN DUNIA [POLITIK/EKONOMI/SOCIAL] maka ALLAH BALAKAN DENGAN PELBAGAI KEBIMBANGAN DAN PENYAKIT............TENGOKLAH DUNIA ISLAM HARI INI ....KENA BALA ATAU DIDALAM RAHMAT ALLAH ???..........Kuasa Politik Kena Share dengan kafir....Ekonomi Riba dan Judi dan Arak dan ADA CAMPURAN UNSUR BABI dan NAJIS........Sosial campur sekular dan kafir......lalu sentiasa dihina,sebab pakai baju orang bukan baju sendiri .....WAL'YAZUBILLAH...........