23 Dis 2010

Langkawi Diancam Obor-obor, 100 Bergotong Royong Menangkapnya

Ancaman obor-obor di pantai Langkawi membimbangkan banyak pihak yang mana ia mungkin boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke sana.

Bagi menjadikan Langkawi bebas dari obor-obor, semalam, seramai 100 orang sukarelawan dari pelbagai ajensi dan organisasi bukan kerajaan telah bergotong royong menangkap obor-obor di Pantai Chenang.

Gotong royong itu diajurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi, dan sebanyak 200 kotak obor-obor dari pelbagai spesis berjaya ditangkap termasuklah jenis Carybdeid Morbakka.


Presiden Kelan Rekreasi Langkawi Datuk Mansor Ismail berkata aktiviti gotong royong itu akan diadakan secara kerap bagi menjadikan pantai Langkawi bebas dari obor-obor dan selamat untuk para pelancong.

"Sejumlah 150 kes melibatkan serangan obor-obor dilaporkan tahun ini. Langkah ini diharapkan dapat membangkitan usaha secara bersama di antara pelbagai agensi dan juga orang ramai.

“Mungkin, kita boleh adakan pertandingan menangkap obor-obor di masa akan datang untuk mempopularkannya.”

Ulasan GB

Ada perkara yang Allah ingin sampaikan kepada kita lewat serangan obor-obor itu. Kita nantikan.

4 ulasan:

shay2k berkata...

Mungkin obor2 tu petanda ada malapetaka akan melanda Langkawi....ingat Krismas, ingat 26Disember 2004,ingat lagi....

Tanpa Nama berkata...

apa mesej GB sebenarnya dgn penyiaran artikel ini?

Unknown berkata...

anon 9:01

Terima kasih kerana prihatin dengan siaran artikel-artikel di sini.

Moralnya: dimana peranan PAS dan PR di dalam hal ini? Kita jangan hanya berpolitik tetapi mengabaikan hal-hal seperti di atas.

Anak Perelih berkata...

obor obor ni selalunya berada dikawasan air yg kotor atau kurang bersih seperti di pelabuhan ... jadi petanda kehadiran obor obor yg banyak di pantai chenang ialah air di kawasan pantai itu kotor...