23 Dis 2010

Anggit Mengaku Salin Video Ariel

Mengaku salin klip video seks Ariel

JAKARTA – Seorang pemuda, Anggit Gagah Pratama mengaku bahawa dia secara tidak sengaja menyalin klip video seks yang menampilkan lelaki mirip vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham alias Ariel sedang melakukan hubungan seks, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Dia merupakan saksi defendan dalam kes penyebaran klip video lucah seorang lelaki mirip Ariel bersama selebriti, Luna Maya dan klip video yang menampilkan lelaki mirip penyanyi tersebut dengan hos televisyen, Cut Tari.

“Saya ikut terheret ke dalam kes ini. Sebenarnya, klip video itu diambil oleh saya tanpa disengajakan. Kalau tiba-tiba video itu ‘meletup’ saya tidak tahu,” kata Anggit dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Menurut Anggit, dia sedang mencari beberapa gambar-gambar di komputer peribadi milik Reza Rizaldy alias Redjoy (RJ) iaitu saudara sepupunya yang kini turut menjadi tertuduh dalam kes penyebaran video-video seks Ariel.

“Waktu itu, saya menggunakan komputer Redjoy di Bandung, di tempat saudara saya. Ketika itu, saya secara tidak sengaja menyalin gambar dan tidak menyangka akan mendapat klip video itu. Saya tidak tahu bila saya telah menyalin klip video Ariel,” katanya.

Menurut Anggit, dia kemudian menyimpan klip video tersebut tanpa memuat naik di Internet.

“Saya tidak pernah memuat naik. Saya cuma menontonnya sebelum ia disimpan,” katanya.

Peguamnya, Yulius Setiarto, menegaskan bahawa Anggit benar-benar tak sengaja melakukan hal tersebut.

“Anggit secara tidak sengaja mendapatkan fail klip video Ariel ketika menggunakan komputer di kamar Redjoy. “Anggit menggunakan komputer itu untuk mencari gambar tugas kuliah. Dia cari gambar, lalu tekan CTRL+A, sebelum menyalinnya ke dalam cakera kerasnya” jelas Yulius.

“Sehingggalah video itu tersebar, Anggit tidak menyangka kalau sumbernya (penyebaran klip video itu) itu berpunca daripada dia," tambahnya. - Agensi

BERKAITAN:

Ariel Mahu Bertaubat, Lihat Gambar Terhangatnya, PANAS!

Tiada ulasan: