7 Dis 2010

Kes Video Lucah: Ariel Dakwa Polis Tidak Adil

Polis tak adil!

JAKARTA: Vokalis Peterpan, Ariel, menganggap polis tidak berlaku adil ke atasnya ketika mengendalikan kes penyebaran klip video lucah yang menggemparkan dunia hiburan baru-baru ini.

Kini dibicarakan, peguam Ariel, Boy Afrian Bondjol berkata, polis tidak sepatutnya membiarkan ramai penyebar video itu bebas.

Katanya, berlaku banyak kejanggalan apabila pihak berkuasa hanya menahan seorang lelaki, Redjoy, kerana menyebarkan rakaman sulit berkenaan, sebaliknya ramai penyebar lain tidak dikenakan tindakan.

“Penyebar rakaman video Ariel, Luna Maya dan Cut Tari ke Internet masih bebas,” katanya, semalam.

Sepatutnya, kata Boy Afrian, tindakan tidak terhad kepada Redjoy semata-mata.

“Pihak berkuasa ada nama-nama mereka yang disyaki selain Redjoy (gambar), seperti Anggit dan lain-lain,” katanya.

Pada 23 Julai lalu, tiga mahasiswa - dikenali hanya sebagai DP, RF dan AE - ditahan polis untuk disoal siasat.

Mereka disyaki mempunyai peranan menyebar klip video aksi ranjang Ariel bersama Cut Tari dan Luna.

Mereka dipercayai memuat naik rakaman itu ke Internet dari kawasan Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat.

Polis turut mengenal pasti penyebar pertama video itu - dikenali sebagai A, juga seorang mahasiswa yang disingkirkan - dan menetap di Bandung.

A dipercayai mahir dalam bidang teknologi maklumat walaupun tidak menamatkan sebarang pengajian rasmi.

Sehingga kini, status mereka tidak dapat dipastikan dan hanya Redjoy dibicarakan. - Agensi

Berita berkaitan

Ariel Mahu Bertaubat, Lihat Gambar Terhangatnya, PANAS!

1 ulasan:

dan laksa berkata...

Orang becara pasai hang yang buat rakaman lucah. Yang hang dok gaduh pasai polis tak tangkap penyebar video tu pasai apa. Jawab la pertuduhan hang tu dulu. Penyebar tu biag la polisi buat kerja depa. Kalau di Perlis kami panggil orang macam hang ni BODONG BANGANG N TONGONG !