25 Nov 2010

Seorang Ulamak Indonesia Dipenjara Kerana Kahwini Budak

Ulama Indonesia dipenjara kahwin budak

SEMARANG - Seorang ulama Indonesia yang mencetuskan kemarahan ramai kerana berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dipenjara selama empat tahun, semalam.

Pujiono Cahyo Widianto, 46, didapati bersalah oleh mahkamah Indonesia kerana mengadakan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur dan turut didenda sebanyak 60 juta Rupiah (RM21,000).

Ulama yang juga ahli perniagaan itu mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dihadiri ribuan tetamu semasa berkahwin dengan Lutfiana Ulfa, pada 2008.

Pujiono, yang juga dikenali sebagai Sheikh Puji menegaskan tidak melakukan kesalahan kerana mendakwa kanak-kanak itu sudah baligh semasa berkahwin.

Bagaimanapun, Pujiono membangkitkan kemarahan ramai, termasuk Majlis Ulama negara itu apabila menyuarakan hasrat untuk mengahwini dua lagi kanak-kanak yang berumur tujuh dan sembilan tahun.

Undang-undang di Indonesia menghalang kanak-kanak perempuan berumur di bawah 16 tahun daripada berkahwin. -SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang kahwin bersalah, yang tak kahwin diabaikan, dunia akhir zaman...

Tanpa Nama berkata...

macam shahrizat isu pelajar nak kahwin lari dari baling kelangkawi, kalau buat maksiat dia nak tanggung agaknya

Tanpa Nama berkata...

jangan halalkan yang haram, jangan haramkan yang halal