25 Nov 2010

Menteri Pertahanan Perlu Jawab: Tertuduh Kes Enjin TUDM Diculik Pegawai Tentera

Peguam dakwa tertuduh kes enjin TUDM diculik pegawai tentera

SHAH ALAM, 25 Nov — Peguam bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran mendakwa anak guamnya itu “diculik” oleh sekumpulan pegawai sayap Angkatan Tentera Malaysia itu di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, N Surendran berkata beliau yakin tindakan pegawai-pegawai itu bertujuan menghalang Tharmendran (gambar) daripada mendedahkan butiran mengenai skandal kehilangan enjin dua jet TUDM yang dilapor hilang dan kemudian didakwa dicuri.

“Sekumpulan kira-kira 10 pegawai TUDM diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Razif Razak menahan Tharmendran di pekarangan mahkamah kira-kira 11 pagi tadi ketika dia dan bapanya menuju ke kereta selepas keluar bilik mahkamah,” kata beliau.

Kata Surendran walaupun beliau memprotes tindakan itu tetapi Razif mendakwa Tharmendran ditahan kerana tidak datang untuk lapor diri tugas.

“Saya memberitahu mereka bahawa dokumen menunjukkan Tharmendran bukan lagi staf TUDM, dokumen menunjukakn dia bukan kakitangan TUDM sejak 28 Mei lalu.

“Tetapi mereka tidak kisah, dan mahu menahan dia di Kem Tahanan Tentera,” kata beliau.

Surendran berkata beliau akan memfailkan habeas corpus petang ini bagi membebaskan anak guamannya dan juga perintah hina mahkamah ke atas Razif dan TUDM.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini, Kementerian Pertahanan berkata Tharmendran, yang menghadapi tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5-E, hari ini ditahan semula oleh TUDM atas kesalahan meninggalkan tugas.

Tangkapan dibuat oleh lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah di sini pada 12 tengah hari ini selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, kegagalan Tharmendran untuk hadir bertugas setelah membayar jaminan pada 6 September lepas sehingga ke hari ini merupakan satu kesalahan meninggalkan tugas yang bertentangan dengan peruntukan Akta Tentera 1972.

Tharmendran masih lagi berada dalam perkhidmatan TUDM, kata unit itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 6 Januari lepas, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5-E jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. -TMI

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keadilan sudah tidak ada lagi dimalaysia,apalah yang boleh diharap berkaitan dengan keadilan kalau pemerentah sendiri mencemari keadilan terhadap rakyatnya?.

Pak Oncu berkata...

hahahahah akta tentera 1972 .... mahkamah tentera menungu sarjan mangkok tu,,,, !!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Boleh lihat dengan mata sendiri! Jangan Menteri bengong nak kata kaum Cina dan India tak patriotik. Hak duit tak sama tak apa, hak rumah tak adil pun tak apa tapi hak fisikal mental pun kena aniaya... siapa nak masuk tentera.

Tanpa Nama berkata...

negara ku malaysia memang bengong selagi diperintah oleh umno dan pemimpin2 bengong

Tanpa Nama berkata...

Semua nak tutup,semua nak sapu bawah tikar dan semua nak rahsiakan.Lebih dari 50 tahun memerintah ini sudah jadi satu seni kepada UMNO.Rasuah,penyalahgunaan kuasa,kezaliman dan melacurkan undang-undang - dirancang,dihalusi dan dijadikan satu "seni" oleh UMNO sehingga yang bersalah bebas dan kuasa tetap ditangan.Yang pakai unifom,yang sudah angkat tangan berikrar,lupa ikrar dan sedia jadi kuda tungangan.

Tanpa Nama berkata...

Apalah nak jadi dengan Malaysiaku.

Tanpa Nama berkata...

Kes yang dipaparkan dalam artikel ini lebih menjurus kepada "Ikut arahan.."

Siapa yang mengarahkannya.. tiada siapa yang tahu tapi bertindak atas arahan. Kalau disiasat secara terperinci akan berlaku seperti...

Sama macam pembunuhan Altantuya... polis cabuk terima arahan membunuh. Siapa yang mengarahkannya polis cabuk itu membunuh sehingga kini jadi rahsia.

Orang yang menerima arahan membunuh duduk dalam penjara.... orang yang mengarahkan membunuh bebas dan mungkin orang itu sedang berada diatas perut GRO sekarang.....

"Hidup UMNO Baru"