10 Nov 2010

Saya Cuma Minta Maaf Jika Berkecil Hati, Bukan Tarik Balik Suruh Bersara

Asri tak tarik cadangan gesa Anwar bersara

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau tidak pernah menarik balik atau menyesal kerana mencadangkan “dinosaur-dinosaur” politik dalam PKR, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara.

Katanya, perkara itu dinyatakan dengan jelas dalam surat terbukanya kepada ketua pembangkang itu semalam.

"Cumanya saya hanya memohon maaf jika beliau berkecil hati.

"Itu adalah adab pergaulan, namun pendapat saya masih kekal sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, menjawab dakwaan Anwar di lobi Parlimen, Dr Mohd Asri menafikan digunakan oleh akhbar Umno Utusan Malaysia dalam 'perancangan' untuk mencemarkankan nama baik Anwar sebagai ketua pembangkang.

Beliau juga berkata, sebagai seorang Muslim, diharapkan persaudaraan Islam antaranya dan Anwar tidak terputus.

Sambil menegaskan bahawa pandangannya hanya untuk renungan politik dan bukan isu peribadi, Dr Mohd Asri berkata, sebagai saudara Muslim, beliau sekali lagi memohon maaf atas pandangannya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah mendatangkan hal yang sebaliknya. -mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni minta DSAI bersara dari politik? Adakah dia nak ambil tempat pulak? Dia adakah maklumat untuk bawa di Parlimen macam DSAI? Katak Kulim tu suruh Zaid joint PAS!

Tanpa Nama berkata...

wahai anon 10:50

sedap jer mulut kau panggil Dr Asri sebagai Mamat. Kau ingat ilmu ugama kau dah teror sgt ker berbanding Dr.Asri.

Diantara Dr.Asri dgn Anwar, Asri jauh lebih bersih dan mulia dari Anwar.

Dr.Asri tidak ada masalah akhlak dan peribadi, tetapi Anwar punya akhlak dan peribadi terlalu hanyir.

Tanpa Nama berkata...

Tak minat nak bandingkan pribadi DR.Asri dengan DSAI tapi sokong kuat seruan Dr.Asri agar kuda-kuda tua dalam Pakatan Rakyat berundur dan beri peluang kepada pemimpin-pemimpin muda meneruskan perjuangan.Kalau kuda-kuda tua ni tak faham-faham yang mereka sudah "over stay" wajar orang luar,melakukan seruan ni kerana ahli-ahli parti(3 party)begitu wala kepada pemimpin-pemimpin mereka.

Tanpa Nama berkata...

Yg tua2 undur belaka samada umno, pkr, pas mahupun dap... kita tengok macamana orang muda nk memerintah negara... buat syarat 40 tahun ke bawah boleh pegang jawatan dalam parti.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik baik Dr. Asri masuk politik, biar jelas perwatakannya.

Tanpa Nama berkata...

Terfikir juga......siapa barisan pelapis muda PKR yang boleh mengganti beliau? Yang bleh diterima oleh rakyat jelata dan rakan PR.....dan digeruni oleh BN?

Untuk menjadi negara maju, sistem dua parti tak dapat dielakkan. Majoriti negara maju kini mempunyai sistem dua parti...