10 Nov 2010

Perletakan Jawatan Zaid. Nurul Izzah Terasa Kehilangannya

Ramai menaruh harapan pada Zaid – Nurul Izzah

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Nurul Izzah Anwar berkata beliau merasai kehilangan yang besar kepada parti khususnya di Wilayah Persekutuan ekoran perletakan jawatan pengerusinya Zaid dua hari lalu.

Menurut Izzah, sejak Zaid memegang jawatan Pengerusi PKR beberapa bulan lalu ramai dikalangan ahli menaruh harapan yang besar terhadap kepimpinan Zaid.

"Saya juga merasai kehilangan beliau kerana begitu ramai ahli yang menaruh harapan dan amanah terhadap beliau," jelas Nurul. Katanya, beliau menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh Zaid kerana memahami keputusan yang dilakukan Zaid setelah memikirkan secara mendalam.

"Saya percaya setiap anggota parti PKR bebas untuk berfikir dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka dalam kerangka perjuangan parti. Pilihan sama ada untuk memegang atau melepaskan jawatan itu adalah hak setiap anggota parti." tambah beliau ketika dihubungi.

Menurut Izzah lagi, pengisisan kekosongan jawatan sebagai peneraju PKR wilayah Persekutuan perlu di isi segera.

"Saya juga percaya PKR mempunyai anggota-anggota yang cukup dan mampu untuk mengambil alih tugasan yang telah diberi kepada Dato’ Zaid sebagai pengerusi PKR WP supaya aktiviti parti dapat dijalankan." ujar beliau

Sementara itu, Zaid ketika dihubungi memberi tahu surat perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan akan di serahkan dalam sehari dua lagi.

Semalam, Zaid dan seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayob mengadakan sidang media bersama menggesa kepimpinan tertinggi parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan proses pemilihan yang sedang berlangsung kerana didakwa berlaku pelbagai penyelewengan.

Faktor tersebut juga menjadi punca utama Zaid melepaskan semua jawatan beliau dalam parti.

Ulasan GB

Siapa yang berkata itu?
Ya Nurul Izzah, anak Anwar Ibrahim.
Apa dan bagaimana riaksi kumpulan pro-Azmin terhadap kenyataan Nurul izzah itu?
Apakah Nurul izzah juga akan dituduh dah terpaut dgn UMNGOK seperti tuduhan kumpulan Pro-Azmin apabila GB memberikan sedikit pembelaan kepada Datuk Zaid?


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kuntum seri PKR yang berhati luhur. Izzah juga tentu sangat mengenali orang-orang yang buat selambe je memusuhi dan mengaibkan ayahnya seolah-olah tidak rasa berdosa sedikitpun, malah barangkali ada yang berasakan 'mengerjakan' DSAI itu satu jihad..? Kes naya jika ada yang sampai ke tahap itu..! Sebuah persoalan.., Bagaimana caranya pemahaman dan keberimanan mereka terhadap pembalasan di hari akhirat..?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah teruk, anak sendiri pun tahu beza mana baik mana buruk.