22 Nov 2010

Peluru Dari Langit 1: Pembeli Rumah Di Gombak Tuntut Janji

Mana janji 61 rumah?'

GOMBAK: Kira-kira 40 pembeli rumah kos rendah di Batu Lima, Taman Medan Idaman, di sini, semalam mengadakan piket secara aman sebagai bantahan berikutan kegagalan pemaju menyiapkan 61 unit rumah kos rendah yang ditandatangani sejak pemindahan penduduk pada 1994.

Penduduk mendakwa, pemaju mengambil sikap lepas tangan serta mungkir janji dan berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) campur tangan untuk membantu mereka.

Penduduk asal, Mohd Sidek Hussain, 51, berkata dia sudah menetap di kawasan setinggan taman berkenaan sejak 1988, namun penantian seperti sia-sia.

“Apabila dikhabarkan kami akan dapat sebuah rumah tiga bilik, saya amat gembira apatah lagi rumah asal hanya dua bilik.

“Tetapi, selepas 16 tahun impian saya masih tinggal impian. Kini saya masih menyewa rumah satu bilik di Flat Sri Kedah dengan bayaran RM90 sebulan.

“Sepanjang tempoh pemindahan, kami semua tidak pernah ditawarkan pampasan atau penempatan sementara,” katanya.

Menurutnya, penduduk asal yang membeli rumah kos rendah di situ bimbang rumah yang dijanjikan tidak akan dilaksana kerana baru-baru ini pemaju dikatakan akan membina rumah kedai di satu-satunya ruang kosong yang terdapat di taman itu.

Lim Yoong Chong, 52, yang juga penduduk asal mengakui kecewa dengan tindakan pemaju seolah-olah menafikan hak mereka dengan memungkiri perjanjian awal sebelum ini.

“Saya sudah tidak mampu bersabar lagi menghadapi masalah ini kerana ia sudah berlarutan selama 16 tahun,” katanya yang kini menumpang di rumah anaknya di Setapak, Pengerusi MCA, Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look yang turut menghadiri piket itu berkata, pejabatnya menerima aduan daripada penduduk apabila tanah lapang milik pemaju di kawasan itu untuk pembinaan kedai.

“Pemaju pernah mengemukakan permohonan untuk membina sebuah blok rumah pangsa empat tingkat diatas tingkat rumah kedai, tetapi ditangguh DBKL.

“Kemudian pada November 2008, pemaju menerima pengecualian daripada DBKL iaitu tidak perlu membina rumah kos rendah dan tanah terbabit boleh dibangunkan untuk projek lain.

“Jadi, saya mencadangkan DBKL membekukan sementara projek pembangunan yang dijalankan dan menyelesaikan masalah penduduk berkenaan terlebih dulu berikutan terlalu lama ia tertangguh,” katanya.

Ulasan GB

Siapa Ahli Parlimen Gombak?

Itu sebab GB kata sebelum ini, sibuk dengan pengaturan penipuan untuk menang di dalam Pemilihan tetapi lupa untuk menjaga kawasan sendiri.

Kita tunggu lagi selepas ini kerana Al-Quran menegaskan:

"dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.. Ya Tuhan Kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau..” (Ali Imraan: 191)

"Dan apa saja musibah (kecelakaan) yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan allah mema'afkan sebagian besar (dari kesalahan kesalahanmu)." (As-Syuura' : 30)


GB dah kata pun sebelum ini, peluru dari langit ini akan tiba juga:

Menang Tapi Takkan Senang Sampai Kiamat

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa kaitan isu ni dengan ahli Parlimen Gombak? Kan mereka tunggu dari 1994, masa tu siapa ahli parlimen Gombak?

Unknown berkata...

Walaupu ia isu dulu, tetapi sepatutnya ahli parlimen sekarang perlu bangun selesaikannya.

Apakah kerana kalau dulu UMNO BN memiskin dan menzalimi rakyat, maka kini wakil rakyat hanya perlu berdiam diri dan berpeluk tubuh?

Yang ini lebih ketara dutujukan khas utk Azmin:

http://greenboc.blogspot.com/2010/09/penduduk-hulu-kelang-sudah-bersuara-can.html

Tanpa Nama berkata...

GB, org Gombak tak dapat rumah, tiba2 awk hentam Azmin.Dlm artikel tu, penduduk kata nak minta bantuan DBKL. Boleh sy tau kenapa penduduk nak mintak bantuan DBKL jika kawasan ni di bwh parlimen Gombak. parlimen Gombak ni bwh negeri Selangor, bukan bwh KL. Yg bercakap pun bukan Pengerusi MCA Gombak, tapi Pengerusi MCA Wangsa Maju. Mungkin kawasan ni dalam KL iaitu area Setapak. Jd jgn la semata-mata ada perkataan Gombak, awk main hentam saja. Ingat Allah, GB. Jgn sebab rasa marah, kita menulis perkara yg tak tepat.