22 Nov 2010

Menang Tapi Takkan Senang Sampai Kiamat

Barisan baru PKR

SHAH ALAM - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melabuhkan tirainya semalam, menyaksikan muka baru dipilih akar umbi dalam kepimpinan selepas berlangsung selama tiga minggu sejak 29 Oktober lalu.

Keputusan tidak rasmi semalam menyaksikan Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden selepas meninggalkan jauh pencabar tunggalnya, Mustafa Kamil Ayub.

Sebelum ini, jawatan berkenaan ditandingi tiga calon, bagaimanapun Datuk Zaid Ibrahim menarik diri berikutan tidak puas hati dengan pemilihan yang didakwa tidak telus.

Manakala bagi saingan naib presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapat undian tertinggi diikuti Pengarah Strategi, Tian Chua; Pengarah Pilihan Raya, Fuziah Salleh dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman.

Bagi jawatan ahli MPP yang memperuntukkan 20 tempat, Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong Keat Ping mendahului saingan, diikuti ahli MPP, Dr Badrul Amin Baharon; Hee Loy Sian; Pengarah Pemantapan Politik Keanggotaan, Datuk Johari Abdul dan Khalid Jaafar.

Ketua Wanita PKR menyaksikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendahului dua calon lain dengan majoriti lebih 2,000 undi.

Berbeza pula dengan saingan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), persaingan sengit antara penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan anggota MPP, Badrul Hisham Shaharin yang menyukarkan untuk mengetahui siapakah yang bakal menang.

Sumber terdekat Badrul Hisham ketika dihubungi mengesahkan kekalahan itu selepas dimaklumkan ketinggalan sedikit undi sepanjang pemilihan.

Dalam keputusan 14 November lalu, Shamsul memperoleh 3,981 undi manakala Badrul Hisham 3,273 undi, beza undi adalah sebanyak 708 undi.

Semalam hari terakhir pemilihan parti, baki 37 cabang lagi di Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah akan mengadakan pemilihan yang berjumlah 208 cabang. -SH

Ulasan GB

Berakhir sudah Pemilihan PKR 2010. Yang menang telah menang. Yang kalah telah kalah. Tetapi ia tidak akan terhenti setakat itu.

Yang menang takkan senang sampai kiamat. Kerana sekalipun menang namun hati nurani mereka sendiri mengetahui bahawa kemenangan mereka adalah dengan cara penipuan.

Begitu banyak laporan penipuan dan kekecohan diserahkan tetapi pihak JPP dan pimpinan tertinggi mendiamkan diri agar konspirasi berjalan terus.

Dengar sini wahai kamu penipu-penipu, kami di dalam Pakatan Rakyat lebih rela untuk lambat ke Putrajaya daripada membawa kamu-kamu ke sana.

Rakyat tidak mahu PR mempunyai pemimpin-pemimpin yang menipu rakyat. Rakyat tidak rela mereka dizalimi lagi setelah sekian lama terzalim di era UMNO BN.

Rakyat tidak akan benarkan kamu ke Putrajaya seandainya kamu sama seperti mereka.

Allah tidak akan meredhakan pemerintahan yang serupa seperti yang ada kerana bukan itu matlamat kita. PR dibentuk bukan semata-mata untuk menggantikan UMNO BN, tetapi untuk menukarkan sistem pemerintahan kepada yang lebih bersih, adil dan telus demi untuk mencapai barakah.

Kamu boleh menipudaya ahli-ahli PKR, tetapi, jangan lupa Allah Maha Menipudaya terhadap tipudaya kamu semua.

Apakah GB berpihak kepada UMNO untuk menjatuhkan kamu? Itu persangkaan kumpulan kamu, kerana yang akan menjatuhkan kamu ialah perbuatan jijik kamu sendiri kerana GB tegak berdiri menyatakan KEBENARAN DAN KEADILAN.

Mungkin ada YB atau pemimpin PAS atau blogger PAS yang bersimpati kepada penipu-penipu ini, tetapi GB yakin mereka juga akan menerima serupa dengan kamu: tidak akan senang sampai kiamat kerana mengambil sikap bersubahat menipu rakyat kecuali bertaubat.

Kita tunggu peluru dari langit selepas ini kerana Al-Quran menegaskan:

"dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.. Ya Tuhan Kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau..” (Ali Imraan: 191)

"Dan apa saja musibah (kecelakaan) yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan allah mema'afkan sebagian besar (dari kesalahan kesalahanmu)." (As-Syuura' : 30)

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

respek sangat bro GB.

berani kerana benar.
berkata benar walaupun pahit.

Tanpa Nama berkata...

Ianye dtujukan khas jugak buat GB, saya dan teman2 yg lain.. .

Kita tunggu peluru dari langit selepas ini kerana Al-Quran menegaskan:

"dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.. Ya Tuhan Kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau..” (Ali Imraan: 191)

"Dan apa saja musibah (kecelakaan) yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan allah mema'afkan sebagian besar (dari kesalahan kesalahanmu)." (As-Syuura' : 30)

Unknown berkata...

Anon 3:51

Ini adalah kerana apabila musibah itu turun, ia tidak turun hanya kepada pesalahnya tetapi menurut hadith sahih riwayat Ahmad, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata.

Tanpa Nama berkata...

aku memang tak berkenan dgn Pkr dari mula lagi,Apa pun kalu datang pilihanraya kena undi pkr juga sbb Umno lebih busukperut dari pkr.Harap PAS minta lebih banyak kerusi pada pilihanraya akan datang sebab dah nampak pkr nak jadi macam umno.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anon 7:25..kalau perlu 3 penjuru sekalipun..ambik laa..yg penting jgn bagi muka langsung dgn kroni Anwar..

Tanpa Nama berkata...

Saya ada 1 cadangan iaitu PAS kena siap sediakan dua calon. 1 calon PAS dan 1 calon Bebas di kawasan di mana kroni Anwar bertanding.

Penat tau kerja berkempen tiba-tiba kena tibai dengan anwar... aku terasa nak maki jer dia.. huhu...

selasa berkata...

pakatan rakyat perlu adakan mesyuarat tergempar. beri kata dua kepada azizah. selesaikan masalah damal pkr. buat sementara pkr digantung dari pakatan rakyat.

minta penjelasan dari presiden pkr how come gombak ada 7,000 ahli yg mengundi cuma 284 orang saja ? ini masalah serius. jika ahli tidak percaya kepada parti, bubarkan saja pkr cabang gombak. gombak bukan kawasan hutan macam galas.

beri tunjuk sebab mengapa pkr banyak sangat menimbulkan masalah. bermula dari merebut kerusi, lepas itu tak ada calon langsung atau calon tangkap muat, wakil pkr yg suka melompat balabla

jika pilihanraya terkejut diadakan, tiada kerusi dan meja diberikan kepada pkr.