4 Nov 2010

Lintas Lansung Dua PRK Bhgn 2: Galas Dan Batu Sapi

Sambungan dari Lintas Lansung Dua PRK Bhgn 1: Galas Dan Batu Sapi

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merekodkan hampir 50 peratus pemilih telah keluar mengundi sepanjang empat jam pertama proses pengundian hari ini.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 49.61 peratus atau 5,732 orang telah keluar mengundi di Galas sehingga 12 tengah hari.

Pengundian akan ditutup pada 5 petang.

Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi — yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.

SPR sedang mengendalikan pilihan raya kecil serentak di Galas dan Batu Sapi.

Pun begitu, di Batu Sapi, hanya 36.2 peratus atau 9,261 orang telah selesai menunaikan tanggungjawab mereka.

GALAS:

Kemaskini tamat. Sila ke Keputusan Pilihanraya

6.00pm Peratusan keluar mengundi di Galas menghampiri 80 peratus manakala di Batu Sapi, Sabah pula sekitar 61.47 peratus.

Ia mirip prestasi peratusan keluar mengundi pada 8 Mac 2008.

Maklumat diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peratusan keluar mengundi di Galas mencapai 77.73 peratus atau 8,980 orang.

Ia tidak termasuk status di pusat pengundian Pos Brooke, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai dan Ladoi yang melibatkan Orang Asli.

5.30pm Bagi 4 peti undi Orang Asal iaitu daerah Belatim, Balar, Ladoi dan Bihai, kesemua peti berkenaan sudah tiba di tempat penjumlahan pukul 2.15 petang tadi.

Jumlah yang keluar mengundi di daerah berkenaan tidak dapat diketahui kerana menurut Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas, tiada talian telefon di kawasan tersebut.

5.30pm Pengurus pilihan raya kecil DUN Galas Wan Mustapha Wan Ab Hamid berkata SPR akan mula mengumumkan keputusan bagi sebanyak 177 pengundi pos diikuti keputusan bagi empat peti undi Orang Asli.

5.10pm Pengiraan undi akan bermula lagi sejam setengah.

5.00pm Masa mengundi tamat.

4.55pm: Di Sek Keb Tengku Indra Petra 1 kelihatan penyokong kedua-dua parti masih setia menunggu sehingga pusat membuang undi ditutup pada jam 5 petang ini.

4.45pm Kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi dijangka mencapai peratusan keluar mengundi yang direkodkan pada 8 Mac 2008 berdasarkan prestasi setakat 4 petang tadi.

4.41pm Sehingga jam 4.30 petang, 64.5 peratus pengundi sudah keluar membuang undi di Sek Men Keb tg Indra Petra. Perayu undi UMNO-BN makin berkurangan meskipun masa pengundian berbaki tidak sampai setengah jam manakala perayu undi PAS setia menunggu sehingga ke saat-saat akhir pengundian.

4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.40pm Penyokong kedua-dua belah parti kelihatan kepenatan tetapi penyokong PAS masih bersemangat dan sanggup menunggu hingga masa tamat sesi membuang undi pada pukul 5 petang ini

3.38pm Sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi setakat jam 3 petang tadi

3.33pm Sek Keb Gua Musang, Gua Musang Lama berada dalam keadan terkawal. penyokong berselawat dan bertakbir dan tiada kekecohan dilaporkan.

3.25pm Isu kebakaran bangunan PAS, GB dah ulas di SINI. Sementara itu GB berehat sebentar untuk minum petang.

3.24pm Di Sungai Terah, 400 pengundi masih belum keluar mengundi, lapor beberapa penduduk setempat. Insiden ini tidak diketahui puncanya dan dikhuatiri mereka takut untuk keluar mengundi.

2.30pm: Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman sedang mengadakan sidang media di pusat operasi PAS.

Beliau memohon SPR menjelaskan tiga kes berkaitan kertas undi yang tidak dicetak logo parti, dan hanya ada nama sahaja. Malah paling teruk, salah satu darinya mempunyai logo BN tapi tiada logo PAS.

Ulasan GB: Perlu ada tindakan susulan selepas ini terutama dari pucuk pimpinan parti dan juga ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.

2.16pm TGNA berasa amat berdukacita dengan pengurusan SPR yang tidak telus, kertas undi tiada lambang parti yang bertanding. Apa maknanya? Bersama ini disertakan laporan Polis pengundi yang terima kertas undi tanpa lambang parti yang bertanding. Sila klik gambar sebelah untuk pembesaran.

Sidang akhbar khas diadakan mengenai isu ini. Blog GB telah pun menyiarkan hal ini pagi tadi. Ia berlaku di dua UPU iaitu UPU Sg. terah dan UPU Bandar Baru.

Petikan:

11.55 am Tembelang SPR pecah. Wujud penipuan kertas undi oleh SPR di 2 Pusat Mengundi - UPU Sg Terah & UPU Bandar Baru - kertas undi tidak mempunyai lambang parti yg mengelirukan pengundi. Dalam proses laporan polis sekarang. SPR pasti akan bagi pelbagai alasan.


2.31pm Sidang Akhbar Khas PAS akan diadakan di Bilik Operasi Pilihan Raya PAS, 8301 Wisma Sri Galas sebentar lagi

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

1.50pm: Suasana sekitar tempat pembuangan undi mula lengang. Kedua dua penyokong juga makin berkurangan.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

1.00pm: 4 pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

4 pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor semua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter.

12.50pm: lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Ulasan GB: PAS sepatutnya mengambil butiran lengkap mengenainya kerana sebelum ini tatkala PAS ingin memberikan wang tambang terus sahaja Timbalan Pengerusi SPR menuduh PAS cuba memberi sogokan. Kini yang melakukannya adalah UMNO BN.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia

12.30pm: Jalan di pekan Gua Musang masih sesak dengan kenderaan.

BATU SAPI

4.15pm: Sejumlah 14,725 pengundi atau 57.56 peratus telah mengundi, kata SPR.

4.00pm: Pusat pengundian di SK Segaliud pula, yang mempunyai 785 pengundi ditutup, manakala yang lainnya akan ditutup pada jam 5 petang.

3.00pm: Pengiraan undi di SK Tronglit di Pulau Timbang, satu daripada 12 pusat mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi hari ini, sedang dijalankan sebaik pengundian melibatkan 984 pemilih berakhir.

Pegawai pengurus pilihan raya, Mohamad Hamsan Awang Supain, memberitahu bahawa apabila pengiraan selesai, undi itu akan dibawa dengan bot ke pusat penjumlahan undi di Dewan Orang Ramai Sandakan.

Dengan berbaki dua jam lagi, jumlah yang keluar mengundi dilaporkan masih rendah. Perangkaan rasmi SPR menunjukkan jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 52.06 peratus atau 13,318 undi.




2.00pm: Jumlah pengundian kini adalah 46.42 peratus atau 11,876 orang.

1.45pm: Jumlah pengundi yang keluar dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi setakat jam 1 tengahari ialah 41.06 peratus atau 10,505 orang.

1.30pm Seramai 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kemaskini tamat. Sila ke Keputusan Pilihanraya

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak ada lambang dalam satu dua kertas bukan sabotaj. kes biasa dalam percetakan

bukan mudah untuk jalankan proses pengundian.. tengok saja rakan anda pkr.. tonggang langgang jppnya