26 Nov 2010

Isu 400,000 Ahli PKR: Kena Jumpa....

Jumpa saya kalau pertikai rekod keahlian, cabar Syed Husin

PETALING JAYA, 26 Nov — Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali menegaskan, jumlah sebenar ahli parti itu telah melebihi 400,000 orang, sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak termasuk beberapa bekas pemimpinnya.

Sehubungan itu, Syed Husin mencabar mana-mana pihak yang mempersoalkan jumlah ahli agar menemui beliau bagi melihat sendiri rekod ahli parti.

“Kepada mana-mana pihak yang mempersoalkan jumlah tersebut silalah datang jumpa saya di pejabat saya dan lihat sendiri di komputer berapa jumlah sebenar ahli kita.

“Datanglah tengok berapa jumlah ahli PKR, 70,000 ke? 100,000 ke? Datang jumpa saya,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini.

Beliau berkata parti itu mempunyai bukti bahawa jumlah sebenar ahli melebihi daripada 400,000 orang.

“Kita ada bukti, ahli kita memang seramai itu (400,000). Saya rasa pihak yang mempersoalkan jumlah ahli kita ini ada agenda.

“Tapi saya yakin akhirnya kebenaran akan muncul juga,” katanya.

Syed Husin akan melepaskan jawatan timbalan presiden PKR Ahad ini. Beliau telah menyandang jawatan tersebut sejak 2003.

Keputusan rasmi pemilihan pusat hanya akan diumumkan pada Ahad ini sempena Kongres Nasional PKR.

Dakwaan PKR kononnya ia mempunyai sehingga 400,000 anggota menjadi tanda tanya banyak pihak termasuk ramai bekas pemimpin parti itu sendiri.

Menurut mereka, sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berakhir Ahad lepas yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.

Bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

“Setiausaha agung dulu (Datuk Salehuddin Hashim) tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini (Saifuddin Nasution Ismail) pun tak pernah tunjuk. Jadi ini amat meragukan.

“Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Azmin Ali (calon timbalan presiden) tak sampai lima peratus pun,” katanya.

Anuar berkata sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Azmin yang kini Naib Presiden PKR, dipilih sebagai timbalan presiden mengalahkan seorang lagi Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub.

Jawatan Presiden kekal dipegang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa ditandingi.

Sementara itu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, pula terpilih sebagai naib presiden.

Selain Anuar, bekas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor berkata beliau tidak mengetahui jumlah anggota PKR selepas meninggalkan parti pada 2006, jika berdasarkan jumlah keanggotaan yang ada, sepatutnya lebih ramai anggota yang mengundi pada pemilihan MPP.

“Sekiranya benar, sudah pastinya calon yang menang tidak diberikan mandat oleh ahli untuk memimpin parti berdasarkan kepada peratusan kecil yang keluar mengundi,” katanya.

Ezam tidak menolak kemungkinan bahawa peratusan mengundi rendah disebabkan anggota PKR merasa diperalatkan untuk mencapai matlamat politik individu tertentu.

PKR sebelum ini mengatakan mempunyai ahli seramai 400,000.

Ulasan GB

Samada menegaskan jumlah angka keahlian 400,000 itu satu usaha untuk menegakkan benang yang basah adalah aatu hal yang berasingan, tetapi mencabar mereka yang tidak percaya untuk pergi berjumpanya sendiri untuk melihat di komputernya tentang jumlah ahli yang berdaftar adalah seasuatu yang benar-benar mengarut.

Bukankah lebih lebih baik beliau atau PKR sendiri cetak beberapa naskah, kemudian edarkan untuk mensahihkannya.

Apakah jika 10,000 orang yang nak tengok maka kesemua 10,000 perlu berhimpun di pejabatnya?

Saya sendiri tak percaya tetapi jika saya perolehi senarai keahlian itu saya boleh bantu paparkannya di blog ini.

Semua orang boleh yakin dan puashti nanti.

Bagaimana Senator?



7 ulasan:

Yong berkata...

Kalu ada bukti Yong caya le. kot ada begitu ramei ahli apesal bila PRK macam tak nampak je.... Ahli tidor ke? Ingat Hulu Selangor?

Tanpa Nama berkata...

tak perlu layan desakan UMNO yang kata ahlinya berjuta-juta, kalau pakatan kuasai putrajaya ahli UMNO hanya tinggal beribu orang saja, banyak yang ada berkepentingan...

Tanpa Nama berkata...

anon 8:43

org ckp pasal keahlian pkr, anda berckp keahlian umno, apara...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan gb... mengapa tuan memberi komen yang terlalu negatif dalam isu ini..
tahukah tuan terlalu ramai di luar sana yg menginginkan untuk menjadi ahli pembangkang, pkr khasnya... tetapi oleh kerana kepentingan kerjaya dan periuk nasik, mereka lebih selesa untuk menyokong secara senyap dan saya percaya jumlah orang2 seperti ini amat besar....
saya sendiri yg sedang berkhidmat sebagai kakitangan awam akan memberi kesan negatif jika menyokong secara terbuka atau menjadi ahli pembangkang secara langsung.....
saya harap tuan faham... dan sedar tentang kewujudan kami ini.... wassalam....

Unknown berkata...

kat mana yang negatif? Saya suruh dedahkan kepada umum senarai 400,000 supaya jangan ada pertikaian lagi. Itu bukankah positif?

Waris berkata...

Jumlah keahlian boleh dicipta. Saya sendiri telah didaftarkan sebagai ahli umno walaupun tak pernah tandatangan apa2 borang keahlian. Pasaltu umno ada ahli lebih 3 juta org. Tapi saya hanya sekali je TERpangkah umno sewaktu kali pertama mengundi. Waktu itu saya tak tau apa2 pasal politik. Pembangkang yg ada waktu tu ialah pas dan dap yg hidup segan mati tak mau. Lagi 3x mengundi saya pangkah asal bukan umno.

Sekarang pkr pulak buat kerja yg sama. Entah2 saya ni pun termasuk dlm keahlian pkr tanpa disedari. Utk pengetahuan, saya tidak berminat menjadi ahli mana2 parti politik yg akan menyebabkan jiwa dan minda saya terkongkong. Biarlah parti politik utkorg politik saja. Rakyat perlu bebas tanpa kongkongan dari mana2 parti. Rakyat perlu mengundi mengikut citarasa masing2. TAPI... mati hidup balik pun saya tak akan mengundi umno lagi. TOTALLY REJECT!!!

Jgn sampai rakyat mempunyai rasa yg sedemikian terhadap pkr dan pas. Dulu kata wakil rakyat ialah kuli, rakyat itu tuan. Tapi bila tuan tegur kuli knp tak nak ikut ckp? Bila rakyat pilih, buat kerja betul2. Jgn nak main2... Jgn sampai tuan campak kuli2 ni dlm tong sampah.

Tanpa Nama berkata...

Ooo Pak Aji oi. Peduli ape dengan angka tuh. 400 rubu ke, 400 juta keee, kalau peti undi yang pangakah PR 400 orang aje, macam mane nak ke Putera JAya...!!???????

Bak kata orang tua-tua, Selera besar tapi gigi tak ada... Alamat makan nasi blender-lah...