6 Okt 2010

Zaid Mendahului Dalam Undian Di Blog Penyokong Azmin

Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR semakin hangat. Setakat ini calon yang memperolehi pencalonan terbanyak, Azmin Ali dilihat semakin menggila dan agresif untuk mendapatkan jawatan berkenaan, manakala Zaid Ibrahim dan lain-lain calon kelihat tenang dan bersahaja. Keududukan setakat ini ialah: Azmin Ali 102, Zaid Ibrahim 38, Mustafa kamil Ayub 17, Tian Chua 5, Khalid Ibrahim 4.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bancian di sebuah blog penyokong kuat Azmin, iatu wfauzdin.blogspot di mana daripada jumlah 2243 orang yang menyertai undian itu, 39% memilih Zaid Ibrahim meninggalkan Azmin yang memperolehi 33%, Khalid Ibrahim 12%, Mustafa 8%. Soalan bertanya "Dikatakan Tokoh Ini Adalah Calon Jawatan Timbalan Presiden PKR. Siapakah Pilihan Anda?"

Azmin semenjak sebelum pencalonan lagi telah mula menggerakkan kempennya dengan wayang beberapa orang ADUN dan MP membuat kenyataan memberi sokongan kepada pencalonannya. Malah ada YB-YB yang menampakkan kesengetan yang teramat sangat apabila menyerang pula batang tubuh bakal calon lawan dengan mempertikaikan kesetiaannya dan menuduhnya sebagai musuh dalam selimut (trojan horse).

Tetap sandiwara tersebut tercalar apabila beberapa orang YB pula bangun menafikan keterlibatan mereka di dalam agenda sokongan pencalonan Azmin itu.

Azmin pula dilihat menerima sokongan kuat dari Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Dr. Syed Husin Ali apabila kedua-dua pimpinan itu menampakkan "ketidak-neutral"an mereka berdua apabila melakukan serangan terbuka terhadap Zaid Ibrahim.

Sementara itu, media PKR seperti Suara-Keadilan dan TVSelangor juga menampakkan kecenderungan yang amat sangat menyokong Azmin dan menekan Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden. Sesuatu yang begitu janggal apabila media-media parti tidak dapat berkecuali di dalam saingan merebut jawatan di dalam PKR.

Penyokong Azmin juga telah menyerang portal media alternatif Free Malaysia Today yang disifatkan oleh mereka menyamai Utusan Malaysia. GB telah mengulas di
Kisah Benar: PKR Jangan Mudah Menempelak Media Alternatif..

Di blog wfauzdin itu juga terdapat bancian terhadap pemilihan Ketua AMK dimana Badrul Hisyam (Ce'gu Bard) mendahulu pesaing-pesaingnya dengan 79% daripada 1626 yang menyertai undian berkenaan.


5 ulasan:

Unknown berkata...

Ramai rakyat Malaysia yang ingin menjadi ahli PKR. Kalaulah pendaftaran keahlian boleh dibuat melalui online, tentu ramai nak join.

Undi dalam internet bukan menggambarkan sokongan dari ahli PKR. Tetapi menggambarkan sokongan rakyat Malaysia.

Lan Perak berkata...

Betoi ke teman dengor Azmin pakai Porche. Teman memang tak suke betoi kalau pemimpin Tunjuk kaye, kaye tak ngape tapi nunjuk kaye hai tak gemo sunnguh teman. Tak jadi le teman nok mangkah Azmin. Moh rame2 ako umbi PKR mangkah Zaid. Hidup Dato Zaid !Tak ngape Zaid memang udah kaye pun....

Tanpa Nama berkata...

wfauzdin tu bengong sikit, tak cukup duit, sebab tu jadi penulis upahan azmin. punya la lawak, pandangan dia berbeza dari pandangan pembaca2 blog dia. haha.

john labu berkata...

Ada kah anda terpikir bahawa...
1. banyak perkara-perkara yg kita agak pelik or rasa -rasa tak patut di ucapkan or di katakan oleh YB Azmin tak di tegur oleh anwar !

2. Mengapa kita lihat seolah-olah Dr wan azizah & YB Nurul izzah tak menyenangi or tak berapa setuju dgn azmin tetapi tidak anwar !! Anwar di lihat menyebelahi azmin !!!(ada kah azmin ada secret yg dia tahu pasal anwar ???
3.Mengapa Mustapa Kamil di lihat kurang menyerlah dalam pemilihan kali ini berbanding Azmin & zaid,bagi aku dialah diantara pemimpin PKR yg di lihat kurang liability berbanding YB Azmin & Zaid !!!

Timbalan presiden ...Dalam PKR ,jawatan ini sangat penting kerana kemungkinan Anwar akan masuk dalam penjara lagi (itu pun kalau tak ada runding bicara dgn orang berkuasa Malaysia)..
a. cari lah pemimpin yg kurang liability di antara yg ada..
b.lama dalam Parti bukannya satu ukuran yg tersangat penting (penting tapi bukan yg utama)dalam pemilihan pemimpin Timbalan presiden PKR ....
p/s tepuk dada masing-masing dah kenal luar dan dalam siapa Azmin /Zaid/Mustafa kamil/tian chua/Tan sri Khalid ...Bagi aku Tan sri Khalid dia sangat bagus jadi manager but as a politician(leader) ????

wallahuadlam !!!

zamri berkata...

senang aje nk pilih pilih mustaffa kamil atau khalid ibrahim, zaid dah kata tak nk bertanding jika khalid ibrahim bertanding, klu zaid ingkar kata katanya tak tahulah , mmg mudah berkata kata