6 Okt 2010

Kereta Lama Akan Ditamatkan Hayatnya. Orang Miskin Makin Menderita.

Proton sokong dasar kenderaan tamat hayat pada Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lalu.

"Kami faham ia adalah satu proses yang mahal, dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan," katanya pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini, hari ini.

Syed Zainal berkata, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam, tidak berada atas jalan.

"Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia.

"ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggap sampah dan perlu dilupuskan," katanya.

Syed Zainal berkata, kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempromosi inovasi, sejajar dengan Model Baru Ekonomi.

Langkah itu, katanya, akan menggalakkan aktiviti R&D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersilkan.

"Itu setidak-tidaknya sebagai pemangkin oleh kerajaan dalam memudahkan peserta automotif seperti Proton, serta pengguna, untuk mula peka terhadap kenderaan berteknologi hijau," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Dasar Kenderaan Tamat Hhayat (ELV) hendak dilaksanakan bagi menampung industri automotif negara. Dalam bahasa yang mudah "memaksa rakyat untuk membeli kereta baru". Supaya Proton terus dapat hidup. Kerana jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan.

Kereta lama dikatakan tidak selamat dan tidak mesra alam.

Namun, kita ingin pihak Proton dedahkan statistik kemalangan jiwa yang berlaku setiap hari. Apakah lebih banyak kereta lama atau kereta baru?

Dasar ELV yang ingin diperkenalkan satu lagi dasar kerajaan BN yang mencerut leher rakyat marhain.

Katakan TIDAK kepada BN!

11 ulasan:

kembara putih berkata...

Kereta baru Proton pun tidak selamat dan tidak capai piawai antarabangsa, pasal tu la Proton ubah spec kereta jika nak eksport ke Eropah.

Sampai bila pun Proton tak mampu berdiri atas kaki sendiri, bergantung pada subsidi kerajaan (cukai import kereta luar ditinggikan), selama tu la rakyat dicekik leher oleh Proton. Dah beli kereta yg tak selamat pada harga yg tak masuk akal, pengguna pula kena servis di pusat servis Proton yang kadarnya termahal di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Begitu haprak sekali Proton,untuk menaikkan penjualan kereta Proton,sanggup menindas orang bawahan dan yang kurang kemampuan memiliki kereta baru.Syed Zainal Abidin mana tau,jika dasar ini diamalkan,yang orang akan membeli Proton? Pasti cadangan ini tidak mendapat sokongan rakyat.Sekiranya diteruskan,rakyat akan mengajar BN dalam PRU ke13 akan datang.

MOHD FATIHAH berkata...

biar rakyat mati janji Proton terus hidup............. bagus bagus

Tanpa Nama berkata...

nak berniaga tak pandai, penasihatnya mahathir, yang pandai meyusahkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

dasar UMNO hanya slogan bohong, tapi menindas rakyat.

Tanpa Nama berkata...

era najib bela koperat, menindas rakyat...

joe penang berkata...

Dulu kan ada isnsentif trade in kereta terpakai?
Lihatlah di Bandar Proton, Tg Malim. Sebelah production plant depa.
Beribu2 kereta buruk tersadai? Apasal x direcycle semula? Xde kualiti la tu...

Tanpa Nama berkata...

kembara putih: saya setuju dengan anda. Dalam malaysia dah la keta tak ikut spec, servis mahal, alat ganti pun berganda-ganda. Ni memang nak menjeratkan rakyat dalam hutang seumur hidup ni. Kalau dasar ni di teruskan, kita ramai-ramai bantah

Tanpa Nama berkata...

Habisla... mana ada duit nk beli keta baru.. mana larat nak byar 300 lbih tiap2 bulan smpai 9 tahun.. nk byar sewa rumah lg.. gila ka.. gaji dh la cukup2 bulan.. simpanan mmg susah la.. nk naik bas kmudahan trhad kt bndar2 besar je.. dlu dh ptong subsidi jnji nak prbaiki pengangkutan awam.. nyusahkan lah lagi.. smpai anak cucu aku xsokong bn..

Tanpa Nama berkata...

Pilih lah lagi BN... Terbukti sejak merdeka penindasan mereka bertahap. Sekarang dah tahap melampau dan tak masuk akal. Malangnya sebahagian mereka ada berlambak dalam PKR. Harap DSAI diberi Allah ilham dan akal untuk memurnikan semula PKR selepas pemilihan nanti. Anak DSAI janganlah selalu kacau daun dengan kenyataan yang mencelarukan keadaan.
Dalam PKR/PR semua orang bercakap nak tumpang sibuk. Akhirnya parti bercelaru.
Aku sangat yakin, rentetan kecelaruan/kekecohan itu akan disusun secantik mungkin untuk dijadikan peluru oleh UBN menembak PR dalam PRU-13 nanti... Ayat si Azmin terhadap Zaid aku yakin tak akan ditinggalkan begitu sahaj. Dasar pemimpin tidak berhikmah jauh lagi berhemah. Rakus dan tamak. Macam tiada beza dengan perangai UMNO yang dibenci rakyat jelata.
Ampun maap.

Tanpa Nama berkata...

Lau nak bt ELV boleh dengan syarat:
1. Turunkan harga kereta proton dan perodua mengikut harga yg sepatutnya mengikut kualitinya.. patut harga sekitar rm20-40k shj.
2. Turunkan kadar bunga yg dikenakan keatas belian kereta baru..xdelah hutang smpai 9thn pastu kena scrap dah..
3.Kereta luar negara hendaklah dijual dgn harga asalnya tanpa cukai yg sehingga 200%. Biar wujud pilihan dan saingan dlm industri otomotif.
4. tempoh hayat kereta yg dibenarkan dicadangkan 20-30thn bkn hanya sampai 10-15thn jer. dan Seharusnya ELV tu mengikut kualiti kereta.
5. Kerajaan (PROTON la) bayar kpd pemilik kereta semua kereta yg akan dihapus dgn harga yg ok bkn cam scrap ca byr rm5k shj, tp amik kete baru hutang lg..ada berani ker